#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Cetusan Kuasa Pemikiran

Seharusnya seorang mahasiswa mempunyai daya pemikiran yang tersendiri. Tidak terikat dengan mana-mana unsur yang boleh menjadikan pemikiran mereka jumud. Tetapi dalam masa yang sama, pemikiran mereka tidak boleh melanggari batasan syariat.
Jika dilihat pada hari ini, kabanyakan mahasiswa membiarkan pemikiran mereka tenggelam dalam mendepani isu-isu semasa. Sehingga menyebabkan mereka tidak peduli akan isu-isu global dan hanya memandang isu-isu yang remeh temeh yang hanya berlegar dalam skop kehidupan harian mereka.
Perkara ini perlu diberi perhatian, supaya mahasiswa segar dengan pemikiran baru, berani mendepani isu serta berani untuk berubah dan mencipta sejarah( Seperti motto Sdr Alif YDP MPP USIM 08/09)


Di dalam al-quran terlalu banyak konsep pemikiran yang dijelaskan secara terperinci. Intisari Al-Quran juga seringkali mengajak manusia supaya sentiasa membuka minda memikirkan keagungan Allah swt.


“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.” [ 02:164 ]

Begitu juga di dalam sunnah nabi saw, kecergasan aqal nabi, kebijaksaan dalam menyelesaikan permasalah umat banyak yang boleh diambil untuk dijadikan pedoman. Jika dikaji tentang sejarah peperangan yang berlaku, nabi saw merangka pelbagai strategi yang cukup hebat sehingga bilangan tentera yang sedikit mampu mengalah bilangan yang ramai dengan izin allah taala. Pemikiran Nabi Muhammad juga Outside The Box sehingga mengundang pelbagai pertanyaan dari kalangan sahabat baginda. Kebijaksanaan baginda dalam konteks diplomasi sangat mengujakan.

Para sahabat, ulama dan tokoh islam lain tidak kurang hebat dalam menguasai daya pemikiran. Umar Al-Khatab yang bijak dalam urusan pentadbiran. Imam Syafei yang terkenal dengan kecergasan dan kebijaksaan berfikir dan ijtihat. Sultan Muhammad Al-Fateh yang ahir merangka strategi walaupun ketika usia masih muda. Ramai teruja apabila melihat kehebatan Salahudin Al-Ayubi ketika menentang orang kafir. Imam Hasan Al-Bana yang cukup strategis dalam menyebarkan dakwah. Dr Yusuf Al-Qardhawi yang cukup disegani kerana kebijaksanaan dalam fiqh kontemporari.

Tokoh bukan islam yang boleh kita ambil nilai kebaikan tetapi bukan untuk diagungkan. Kebijaksanaan dan kekentalan Genghis khan dalam menggempurkan pihak lawan. Napoleon Bonaparte Corsica juga hebat dalam membina strategi dalam Revolusi Perancis. Mohandas Gandhi yang bijak mengetuai kemerdekaan India dengan cara aman. Sun Tzu yang popular dengan The Art of War.

Konsep pemikiran moden banyak juga diterapkan seperti Pemikiran Sonsang ( Lateral Thinking ) yang dipelopori oleh Edward De Bono. Di samping itu beliau juga menerbitkan buku berkaitan dengan konsep pemikiran Six hats Method, Six Action Shoes. Tony Buzan yang popular dengan Pemikiran Peta Minda ( Mind-Mapping Thinking ) juga menerbitkan buku Brain Leader yang menerangkan cara untuk berfikir dengan peta minda, Pemikiran Saintifik ( Scientific Thinking), Pemikiran Kritis ( Critical Thinking ), Pemikiran Kitar Semula ( Recycle Thinking ) dan banyak lagi konsep pemikiran. Segala konsep pemikiran yang dipopularkan oleh golongan bukan islam, mereka sebenarnya mengekstrak dari konsep yang diajar oleh islam.

Kesemua ini memerlukan daya pemikiran yang hebat. Jadi sebagai mahasiswa, kita perlulah mengasah daya pemikiran yang selama ini dibelenggu. Bukalah minda asahlah pemikiran.

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi
20/02/09
9:13
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Fri Feb 20, 04:48:00 PM delete

salam ya akhi...

entri yang menyegarkan.. sememangnya, pemikiran perlu berpaksi dan berkembang.. kita bukan perlu ikut pemikiran mereka yang hebat, tapi kefahaman tentang bagaimana mencetus pemikiran hebat itu...

teruskan revolusi!!!

Reply
avatar