Pengambilan untuk pelajar baru Tamhidi Sesi 2009/2010 iaitu seramai 770 orang. Tapi yang datang mendaftar hanya sekitar 454 orang. Mana yang lain? Adakah ini tempias dari isu markah kasihan? Harap-harap tidak, isu itu sekadar 'gurauan' sahaja.
Dulu pernah juga teringin nak jadi fasi untuk minggu orientasi KMNS, tapi tak sempat. Sibuk di kampus. Sekarang aku berpeluang untuk menjadi urusetia bagi Minggu Taaruf. Fizikal tak penat, tapi mentallah yang penat. Penat nak layan kerenah manusia. Alhamdulillah...tidak timbul banyak masalah sepanjang Minggu Taaruf.
Seronok bila tengok adik-adik tamhidi datang untuk daftar. Teringat pula suasana tika mak, abang dan kakak aku datang untuk pendaftaran aku di KMNS. Agak kalut. Tak bersedia untuk masuk KMNS.
Berbalik kepada cerita adik-adik tamhidi.
Pengambilan pelajar tahun ini, berganda dari tahun-tahun lepas. Sebelum ini pelajar bagi Tamhidi Sains & Teknologi hanya sekitar 70 orang. Tapi kali ini sekitar 200 orang. Pertama kali kuliah di DKP. Penat juga Sifu-sifu tamhidi nak mengajar. Pahala kalian berganda. Insyaallah
Jiwa Baru
Bila ditenung wajah-wajah pelajar tamhidi ( jangan salah faham ), aku dapat rasakan satu daya perubahan wujud dalam diri mereka. Ya, aku yakin. Mereka mampu membawa perubahan kepada USIM. Menjadi lembah ilmu yang terkemuka seperti Kota Baghdad, Dimashq.
Kesungguhan mereka. Kecaknaan mereka terhadap ilmu agama amat aku kagumi. Inilah jiwa yang kita mahukan. Ada juga di kalangan mereka berjumpa dengan aku untuk berkongsi masalah. Baru sahaja kami kenal, tapi tautan hati kami kian kuat.
Kecewa dan Kesima
" Salam. Kenapa ada kontra "
Aku dapat mesej dari salah seorang adik tamhidi. Aku cuba memahami. Owh, rupanya dia tidak setuju dengan cara hiburan ketika malam terakhir Minggu Taaruf.
Ada juga yang datang berjumpa dengan aku di kediamanku dan Umar ( Dar As-Salaf )
" Saya sedih tengok muslimat tamhidi pakai tudung terlalu singkat. Dah memang tak ada tudung labuh ke "
" Mahal sangatke tudung? sampai kedekut benang!!"
" Muslimin dan muslimat tak ada batasan pergaulan. Selamba je bergurau "
" Ana sedih tengok rakan-rakan msulimat yang dipaksa menyanyi di hadapan dewan "
Pelbagai keluhan aku dengar dari adik-adik. Aku menjelaskan kepada mereka satu-persatu.
Permintaanku supaya pihak bertanggungjawab mengambil berat tentang isu ini.
Pesanan
Selasa petang aku diberi kesempatan untuk beramah-mesra dengan adik-adik Tamhidi Sains & Teknologi.Kami juga menayangkan slide gambar aktiviti sepanjang pembelajaran kami di tamhidi. Antara pesananku, berusahalah untuk menuntut ilmu agama, jangan rasa mual dengan ilmu agama dan bahasa arab, jadilah pelajar sains yang memahami agama.
Sign up here with your email
7 comments
Write commentsMabruk jadi urusetia tmhidi.
ReplyAna sendiri pelik dan sgt terkejut , "mana perginya tudung usim yg dahulunya labuh?" . Malu rasanya. Kalau ana di tmpt mereka, pasti tdg itu tidakku pakai. Hehe.
Harap2 ada pihak yg sedar akan perkara ini. Sgt berharap!
respek kat budak2 perempuan yang pakai tudung dua lapis hanya untuk memenuhi tuntutan agama
Reply"berbahagialah mereka yang asing"-hadith
:)
betul2
Replytp ada juga. adik2 tamhidi ni bgus. diorng pkai tudung yg labuh kt dalm. pastu tudng yng usim kt luar. jdi xde mslh aurat
kuwaisiah
Replykmns yang diingati..
Replyteringat soal tudung..
teringat soal tudung masa orientasi kmns
kmns bleh la bertolak ansur lg. mtrik kn. tp usim ni kta kne bersuara u nyatakn ketidakpuasn hati kita terhadap isu tudung
Replykmns ana xsmpt g orientasi
nak menambah sikit..
Replysy sndri jgak pelajar tamhidi usim 09/10.. [bekas actually..]
soal tudung itu.. xdinafikan.. mmg extremely pendek..
rasenye rata2 pelajar muslimat pon terkejut..
soal malam apresiasi seni jga boleh dipersoalkan..
tpi apakan daya..
kmi bukan pihak yg berkuasa..
harap2 usim bkn lagi seperti itu..
insya'Allah..