#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Isu Penempatan Pelajar Tamhidi





Alhamdulillah pada 24/02/2010 ( Rabu ), saya berkesempatan berjumpa Dato' NC face to face sempena dengan Hari NC Bertemu Mahasiswa. Ramai mahasiswa datang untuk meluahkan pendapat kepada NC, satu perkembangan yang bagus. Isu yang saya bawa ialah:

Pelajar Tamhidi ( Lelaki dan Perempuan ) Ditempatkan di Kolej Kediaman Yang Sama

Saya mula rasa pelik dan bingung tentang isu ini sejak notis tentang penempatan di kolej kediaman bagi sesi hadapan dikeluarkan. Banyak persoalan yang mula terbit dalam benak pemikiran. 

-----------------------------------------------------

Sesi Diskusi Bersama NC

Bersama Dato' NC


Sebelum saya berjumpa dengan Dato' NC, saya telah menjalankan survey tentang isu ini. Hampir 100% tidak bersetuju dengan isu percampuran pelajar lelaki & perempuan. Banyak sekali sebab-sebab dan akibat jika pelajar lelaki & perempuan ditempatkan di kolej kediaman yang sama, dimuntahkan kepada saya.


Saya menerangkan kepada Dato' NC ( ada sedikit perubahan ayat ):

1) Pelajar-pelajar Tamhidi Merupakan Lepasan Sekolah Agama.

Pelajar-pelajar tamhidi merupakan lepasan tingkatan 5 sekolah agama dari pelbagai jenis sekolah dan juga negeri. Berdasarkan budaya pergaulan mereka yang terjaga semasa di sekolah agama, mereka agak terkejut dan susah untuk menyesuaikan diri dalam keadaan kolej kediaman yang bercampur. 

Suasana percampuran ini apabila diterjemahkan dalam situasi menunggu bas untuk ke kampus, membeli makanan di kafe dan sebagainya ternyata amat menyukarkan pelajar.

Saya bukan cakap semborono, kerana saya juga pernah hidup di zaman percampuran pelajar lelaki dan perempuan ( sesi 07/08 ), setiap malam boleh menonton aktiviti dating, walaupun arahan larangan berdua-duaan telah dikeluarkan. 


Hanya Tinggal Sebagai Perhiasan


2) Persepsi Ibu bapa & Masyarakat Luar

Sudah menjadi satu lumrah bagi ibu bapa apabila anak-anak mereka mendapat tawaran belajar di universiti, mereka akan menghantar anak-anak mereka semasa hari pendaftaran.

Sudah pasti, mereka akan terkejut dengan isu penempatan pelajar yang bercampur dalam satu kawasan kolej kediaman. Mereka akan berfikir, bagaimana anak-anak mereka akan tinggal dalam keadaan sebegini. Adakah keselamatan anak-anak mereka ( perempuan ) terjamin? Banyak persoalan akan timbul.


3) Pengurusan Kolej Kediaman

Jadual akademik tamhidi amat padat. Dari pagi sehingga petang penuh dengan kelas, kadang-kadang sehingga ke malam. Mereka juga amat sukar untuk memberi komitmen yang tinggi untuk aktiviti luar.

Sedangkan di setiap kolej kediaman, memerlukan satu organisasi (JAKSA) yang mampu mengurus kebajikan, kerohanian dll. Jadi, siapa akan dilantik sebagai JAKSA? Yang akan mengurus kolej kediaman?

Kolej Kediaman Yang Bakal Dihuni oleh Pelajar Tamhidi Lelaki & Perempuan




Ulasan jawapan Dato' NC:

1) Masalah Sosial adalah Kawalan Diri Sendiri

Masalah sosial boleh diatasi dengan kawalan diri individu sendiri. Walaupun kolej kediaman tidak bercampur, tetapi masalah sosial tetap juga berlaku. Jadi isu percampuran bukanlah sebab utama.


2) Menyesuaikan Diri Untuk ke Dunia Luar

Pelajar mesti sesuaikan diri mereka dengan keadaan sedemikian kerana di luar sana ( dunia luar ) banyak keadaan yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan.

Dato' NC juga menyuarakan kebimbangan beliau dengan pelajar yang tidak mahu bercampur lelaki dan perempuan ( yang syadid dalam ikhtilat ).

Beliau juga turut risau jika tiada syarikat yang mahu mengambil pelajar USIM kerana pelajar ini susah untuk bergaul lelaki dan perempuan.

Saya (penulis) mencelah dengan mengatakan bahawa dalam Islam ada keadaan yang dibolehkan untuk bercampur ( ikhtilat ) dan ada juga keadaan yang tidak dibolehkan, tapi amat bahaya jika percampuran pelajar dilakukan di kolej kediaman di sebuah universiti, kerana segala aktiviti peribadi (privacy) berpusat di kolej kediaman.

Dato' NC juga mengakui agak sukar untuk mengawal pelajar di kolej kediaman tersebut, kerana di sana bercampur dengan orang awam. 


3) Persepsi Ibu Bapa Perlu Diubah

Beliau berkata, ibu bapa perlu membetulkan persepsi mereka dalam isu ini. Mungkin mereka nampak keburukan percampuran di universiti, tapi bagaimana pula apabila anak-anak mereka bekerja nanti, mungkin ada yang tinggal di kawasan rumah flat yang bercampur lelaki dan perempuan.

Sepanjang diskusi tersebut ( hampir satu jam ) saya juga menyuarakan apakah tindakan HEP dalam membendung & bertindak terhadap kes salahlaku sosial dalam kalangan pelajar. Kerana ada juga kes yang tidak diambil tindakan walaupun kes tersebut telah dilaporkan secara bertulis. Saya berharap kes seumpama ini tidak menjadi kes terpencil.

----------------------------------------------


Dato' NC menyuruh saya, MPP, JAKSA dan juga semua mahasiswa memperdebatkan isu ini dalam kalangan mahasiswa, kerana isu ini adalah isu bersama.Beliau juga melontar satu persoalan untuk diperdebatkan iaitu, 

Apakah halatuju pemikiran kita semua terhadap isu percampuran (lelaki dan perempuan) sekarang. Adakah baik sebagai langkah persediaan untuk menghadapi dunia luar yang memerlukan percampuran. Ataupun tidak?

Saya nyata sekali hampir 100% tidak bersetuju dengan isu ini, iaitu pelajar lelaki & perempuan ditempatkan di kolej kediaman yang sama. Kerana sudah ternyata akan mengundang banyak masalah.

Jika isu percampuran ini dilaksanakan, bagi saya, seolah-olah kita membuka pintu masuk kepada masalah sosial berlaku dalam kalangan pelajar.

Suarakan pandangan anda semua!!!



Previous
Next Post »

20 comments

Write comments
Fri Feb 26, 01:27:00 AM delete

Mungkin ada sebab lain pihak atasan menempatkan pelajar tamhidi laki dan perempuan disatu tempat? Seperti yang dilihat, 3 point itu merupakan ulasan kepada jawapan yang diajukan?

Pendapat ;

1.Seseorang boleh mengawal dirinya sendiri tetapi memerlukan kondisi yang baik dan harmoni(biah solehah). Maknanya, biah(persekitaran) amat mempengaruhi diri seseorang itu.Sifat manusia yang lemat, iman turun naik. Jadi,ini bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Lebih baik mencegah dari mengubati , bukan?

ALLAH SWT berfirman: “ Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya(zina) itu adalah satu perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk” Surah Al-Israa’ ayat 32.


2.Syadid dalam berikhtilat tidak bermaksud tidak boleh membiasakan diri untuk ke dunia luar. Jika dilihat pada diri Baginda Rasulullah saw sendiri menyuruh agar umatnya menjaga batas pergaulan (ikhtilat) , tiada masalah yang berlaku pada zaman itu. Realitinya, ramai mahasiswa daripada universiti Islam sendiri tiada masalah untuk menyesuaikan diri di dunia luar.

“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya), dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini) tanda-tanda(kebesaran ALLAH) yang jelas agar kamu tergolong dari kalangan orang yang beringat” Surah An-Nur ayat 1.

3. Jika dilihat, masalah gejala sosial semakin menjadi - jadi hingga ke hari ini, bagaikan tiada jalan sudahnya. Apakah kita masih mahu menyokong kejadian ini terus berlaku dalam kalangan mahasiswa/i Islam semata - mata kerana ingin mencapai matlamat yang sebenarnya masih boleh diperbaiki dari hari ke hari dengan sokongan dan bimbingan semua pihak.

ALLAH SWT berfirman: Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan: “Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu). Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu) melainkan aku (sekadar) menyerumu. Lalu kamu yang mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya, orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih” Surah Ibrahim ayat 22.

Ikhtilat Zero, Mahasiswa cemerlang akademik dan sahsiah. InshaAllah.

*Mohon tegur andai salah*

Reply
avatar
nama.aku.lynn
AUTHOR
Fri Feb 26, 03:38:00 AM delete

slm..
ktorg as tamhidi-09/10 skrg ni pon 100% xstuju...
btol kt NC..mslh sosial boleh datasi dgn kawalan sndri..tp xsmua pljar yg mampu bfikir scr matang dlm hal ni..
so..ktorg 100% membantah...

Reply
avatar
Fri Feb 26, 04:20:00 AM delete

Islam meraikan uruf setempat selagi mana tidak melanggar syara'..

"Al-A'dah Muhakkamah"

Tetapi betapa ramai manusia menjustifikasikan adat sebagai pembuat hukum baru seganding dengan wahyu Allah Azza Wa Jalla

Ingat! Syaitan a.k.a itu tidak bodoh..dia sudah puluhan ribu tahun hidup..masakan manusia yang berumur 60 tahun di boleh yakin x dipengaruhinya begitu sahaja...

salam AMANAH!

Reply
avatar
al faqir ila Allah
AUTHOR
Fri Feb 26, 07:34:00 AM delete

salam..totally disagree..lebih byk mengundang keburukan jika tempatkan male and female in one college..totally 100% disagree...

Reply
avatar
Ahmad Ridhwan
AUTHOR
Sat Feb 27, 01:41:00 AM delete

salam,

walau masalah sosial masalah diri sendiri seperti yang di nyatakan oleh NC, namun dengan menempatkan mereka disuatu penempatan yang sama merupakan suatu jalan membuka kepada masalah itu. Pendekatan SADDU ZARAI' perlu menjadi faktor penting dalam pertimbangan pihak berkenaan.

dalam membincangkan isu pekerjaan, sememangnnya percampuran tidak dapat dielakkan. maka menjadi tanggungjawab universiti untuk memastikan para pelajar mendapat input yang betul tentang cara yang betul untuk berikhtilat.

Dan salah jika pihak universiti menggunakan pendekatan "belajar dari pengalaman" untuk mendidik pelajar dalam hal ini.

Reply
avatar
Sun Feb 28, 05:03:00 AM delete

Salam. Astaghfirullah. Saya memang langsung tidak bersetuju dengan perkara ini. Adakah Dato' NC sedar bahawa apabila siswa/i Tamhidi sudah terbiasa dengan pergaulan yang tidak syar'ie, apabila menghadapi suasana luar kampus nanti contohnya suasana pekerjaan sudah tentu harapan untuk melakukan maksiat yang lebih besar adalah tinggi. Masalah ikhtilat adalah masalah peribadi? Khalifah Umar b Abd Aziz tidak dapat tidur nyenyak kerana memikirkan mungkin masih ada rakyat pimpinannya yang melakukan dosa. Bagaimana perlakuan dosa individu boleh dikatakan masalah peribadi? Ingatlah, kalau seseorang itu dimasukkan ke syurga Allah, dia tidak masuk keseorangan kerana ditemani oleh orang-orang yang bertanggungjawab menyebabkan dia masuk syurga seperti orang yang menunjukkan tauladan yang baik. Begitulah juga jika seseorang hamba Allah dimasukkan ke neraka. Fikir-fikirkanlah khususnya dirimu wahai Dato' NC.

Reply
avatar
mujahidah
AUTHOR
Mon Mar 01, 05:29:00 AM delete

-hmmm, andaikata klu xcampur antra llaki & prm pun dh wjud malah sosial, apatah lagi klu cmpur....mesti kan brtmbah9x msalah sosial nyer.. bukn ker kputusn nk cmpur tu seolah2 nak menyumbangkn lagi kearah PERTAMBAHAN msalah gejala sosial..fikir2kan..
-persepsi ibu bapa..??? mcamna nk ubah persepsi tu andaikata umur memainkan peranan kematangan seseorang...klu nak bandingkn dgn umur dh bekerja nnti, kerisauan kurang lebih2 lagi yg sudh berumh tngga...

Reply
avatar
lebahmanis
AUTHOR
Mon Mar 01, 07:44:00 PM delete

salam perjuangan sekalian..
sy amat sokong hujah2 yg dilontarkan oleh sdara rushdan. amat tidak setuju jika perkara ini dilaksanakan.

oleh itu, sahabat2 sekalian, apa yg kita war2 kan dlm ni tidak sampai kpd telinga2 mereka yg perlu merubah keputusan tersebut. ini bukan hasutan, cuma cadangan, kita perlu menggunakan hak bersuara mahasiswa/i dlm menangani masalah ini. kenapa ia dipandang enteng oleh pihak atasan, dan tidak ada tindakan utk mengubahnya?

sy melihat ramai di antara kita yg tidak setuju dgn perkara ini, tp yg ramai itulah jgk yg xtau nk buat mcm mn. takkan bantahan kita hangat di dalam kalangan kita sedangkan kita tidak hangatkan di pihak atasan. kita perlu membuat satu memorandum untuk membantah perlaksanaan ini, lebih2 lg bantahan dr pelajar2 tamhidi sendiri. apakata sdara rushdan aturkan proses memorandum tersebut. sy yakin kuasa suara mahasiswa/i usim mampu membawa perubahan ummah.

salam perjuangan!

Reply
avatar
UkhTi Noraini
AUTHOR
Tue Mar 02, 12:24:00 AM delete

salam...

xstuju la.. kalau masalah sosial d klgn kita xdpt dibendung , apatah lg bila berada di bwh 1 bangunan...

time bekerja dan time belajar bg sy 2situasi bersama..

satu kejutan yg drastik bila terus bercampur gtu...kerana zaman remaja mereka masih lg mengbelenggu, n cintan cintun berlegar2 dalam hati & fikiran...

bagaimana nk bendung couple n aurat? kita sdiri dpt lihat walaupun dr ltr blkg agama tp masih lg tersasar...itulah manusia, yg xdpt lari dr melakukan kesilapan tp xslh kita bendung awal...

Wallahualam..
Sahutlah kempen" cover up, couple not"

Reply
avatar
UkhTi Noraini
AUTHOR
Tue Mar 02, 12:27:00 AM delete

opp!!!! silap taip!!!

"time bekerja dan time belajar bg sy 2situasi bersama.."

**time bekerja dan time belajar bg sy 2situasi berbeza..

Reply
avatar
Tue Mar 02, 05:59:00 PM delete

salam, tak sangka pulak ada isu macam ni kat USIM

cuma satu benda yang kita kene faham...

rambut sama itam, ati lain2.
memang kalau kononnya pandai jaga sosial msing2, memang takda percampuran llaki perempuan cuma..

datuk NC tak terfikir ke siswa boleh zoom zoom in dari tingkap? dan sebaliknya.

benda ni dah banyak kali berlaku, di mana2 kampus pn. :)

Reply
avatar
UMMI FARHANA
AUTHOR
Sat Mar 13, 12:24:00 PM delete

MATLAMAT TIDAK MENGHALALAKAN CARA... ALASAN KITA PERLU 'BER PRAKTIKAL' U BERCAMPUR SBLM MASUK DLM MASYARAKAT2 BOLEH JADI BETUL.THUS, KITA BLH BLAJAR DP PGLAMAN.TP BNYAK LAGI CARA LAIN.ISN' RIGHT? CUKUP2 LAH DGN PERCAMPURAN D KAMPUS...
- TERBUKA JANGAN HANYUT, MENJAGA TAPI TAK JUMUD -

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Wed Apr 07, 08:50:00 PM delete

Open Dialogue bersama NC, jwpn yg agak kabur

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Fri Apr 16, 12:20:00 AM delete

salam..tetibe rase nak komen gak..sume NC sama kot..bile nama NC sume jenis yg sekular..u ana pun..huhu..tapi lain topik le..
diorang nak insaf bila matahari terbit dari barat kot..

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Fri Apr 16, 08:10:00 AM delete

tu masalahnya..bila diri jahil dianggap alim
xmau dgaq ckp org
nnt dh berlaku kes, baru nak gelabah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Thu Apr 29, 10:52:00 AM delete

alhamdulillah. ramai yg tidak setuju. mari berjihad menentang NC.
esok di canselori jam 8 pagi.
-mujahid-

Reply
avatar
Abu
AUTHOR
Fri May 07, 02:14:00 AM delete

wallahu aalam...

Reply
avatar
krazix
AUTHOR
Wed May 04, 03:39:00 AM delete

dah selesai ke masalah ni

Reply
avatar
FST USIM
AUTHOR
Wed May 04, 11:02:00 PM delete

to krazix:

belum selesai
nampak semakin teruk

Reply
avatar
Azman Akasah
AUTHOR
Thu Feb 16, 07:58:00 PM delete

Tuan rumah, tolong update samada isu ini dah selesai ker belum. Isu ini dah lama, sepatutnya sudah ada jalan penyelesaian.

Reply
avatar