Kedatangan Ust Hasrizal atau lebih dikenali sebagai Saifulislam ( sebenarnya Saifulislam adalah nama anak sulung beliau ) ke USIM amat dinantikan. Teruja dan meransangkan kepada mahasiswa yang selalu mengikuti perkembangan www.saifulislam.com.
Saya meminati ust hasrizal bukanlah kerana populariti blog beliau, tetapi kemahiran beliau dalam menyampaikan dakwah. Bersahaja dan sarat dengan pedoman.
Tahniah diucapkan kepada JAKSA Desa Jati atas program yang dianjurkan walaupun ‘sejenak’ sahaja. Rasa bertuah juga kerana saya diberi peluang untuk menjemput Ust Hasrizal dari rumah beliau di Ampang ke USIM, Nilai.
Inilah Masanya untuk mengenali lebih dekat dengan Ust tanpa menggunakan soalan-soalan yang skema seperti dalam sesi soal-jawab.
Saya, Sdr Muzakkir, Sdr Imran dan Sdr Ezuan bertolak dari Nilai jam 7 malam dengan menaiki Unser menuju ke Ampang. Kesukaran mencari rumah ust tambahan pula hujan yang lebat dan juga kesesakan trafik menyebabkan kami sampai agak lewat di rumah ust pada jam 8:30.
Ust menyambut kami dengan senyuman. Pakaian ust bersahaja, sesuai dengan jiwa mahasiswa. Misi kami bukan sahaja untuk sampai di rumah ust, tetapi kami perlu bawa ust sampai di USIM sebelum jam 9mlm. Jadi tak kisahlah lewat sampai di rumah ust, asalkan sampai di USIM sebelum jam 9mlm.
Bertuah pada malam itu kami mempunyai driver yang cukup handal. Adrenalin telah dirembeskan dalam diri Sdr Muzakkir. Mungkin dalam minda Sdr Muzakkir, kami perlu sampai sebelum jam 9mlm. Unser memecut laju di jalan raya. Kami sampai jam 9:15mlm. 15minit lambat. Catatan masa yang agak menarik.
Sesi talk ust berlangsung lebih kurang 1 jam. Masa yang agak singkat bagi para pencinta ilmu. Mungkin jiwa sesetengah mahasiswa USIM pada malam itu memberontak dalaman. Ceramah yang hebat tetapi tempang dari segi ruang masa. Tapi syukur atas inisiatif pihak penganjur.
Antara inti pati mutiara ust, beliau menyarakan supaya berani mencabar diri sendiri. Cetuskan pemikiran luar kotak dan banyak lagi. Cerita selengkapnya boleh rujuk di blog Sdr Imran
Sign up here with your email