#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Mencari Makna Tartil


Kita seringkali mendengar “Bacalah dengan tartil”. Dalam al-Quran juga ada suruhan agar membaca al-Quran dengan tartil.


ÙˆَرَتِّÙ„ِ  Ø§Ù„ْÙ‚ُرْØ¡َانَ  Øªَرْتِيل

Dan bacalah al-Qur’an itu dengan tartil. (Al-Muzammil: 4)


Apa maksud tartil?

Ali bin Abi Thalib menjelaskan makna tartil dalam ayat,

”Mentajwidkan huruf-hurufnya dengan mengetahui tempat-tempat berhentinya”. (Syarh Mandhumah Al-Jazariyah, hlm. 13)

Ibnu Abbas mengatakan,

تبييناً بينه
Dibaca dengan jelas setiap hurufnya.

Kalau kita ingat ketika zaman kanak-kanak, kita berlumba-lumba untuk khatam al-Quran. Ada juga sesetengah ibubapa yang membuat kenduri khas sempena anak mereka khatam al-Quran.

Saya amat bersyukur kepada Allah, kerana dipermudahkan untuk belajar al-Quran. Walaupun ketika zaman kanak-kanak saya antara yang lembab dalam membaca al-Quran. Yang menyedihakan, saya khatam al-Quran pun ketika darjah 4, sedangkan kawan-kawan seusia saya kebanyakan khatam 2 atau 3 tahun awal berbanding saya. Saya juga berterima kasih tak terhingga kepada guru-guru saya yang telah menyampaikan ilmu dan tunjuk ajar dengan sabar.

Suka untuk saya ceritakan sedikit ‘pengembaraan’ saya mencari guru untuk belajar al-Quran dalam masa yang sama memberi penghargaan kepada mereka atas sumbangan yang telah diberikan.

Saya mula belajar al-Quran dengan ibu saya, Pn Siti Rakiah Omar. Ramai orang sangat takut belajar dengan ibubapa sendiri. Dengan mereka kita tak boleh mengelat. Malah kadang-kadang ibubapa lebih garang berbanding guru mengaji. Ibu saya juga garang bila mengajar mengaji. Pernah juga menangis kerana tak tahan kena tegur. Huhu

Seterusnya, saya mengaji al-Quran dengan arwah Mak Do (panggilan). Jiran saya. Arwah merupakan guru yang paling lama saya mengaji al-Quran. Saya juga mula mengenal sebutan huruf hasil didikan arwah. Selepas Mak Do meninggal, saya belajar dengan Su yang juga jiran saya.

Untuk mendapatkan pengajian al-Quran secara formal, saya mohon untuk mengaji di Pusat Qiraati. Walaupun pada awalnya hasil terpengaruh dengan rakan bukan kesungguhan untuk belajar al-Quran. Guru yang mengajar saya bukan calang-calang orang, beliau merupakan anak kepada Babo Hj Loh. Ustaz Abdul Rahman Abdullah al-Hafiz seorang yang sangat tegas dalam mengajar al-Quran mirip bapanya. Ustaz pernah test bacaan basmallah. Hanya 2 orang je yang betul bacaan, yang salah semua kena rotan. Alhamdulillah saya salah seorang yang tak kena rotan. Hehe

Selepas Ustan Abdul Rahman berpindah ke Besut untuk membuka pusat tahfiz di sana. Saya belajar al-Quran dengan Ust Li Laden: Seorang yang berperwatakan lembut. Beliau banyak tekankan tajwid dan makhraj huruf. Juga merupakan ayah kepada kawan saya, Mulia Alimi.

Pada tahun 2004 sementara menunggu result PMR saya bersama Mulia belajar di Maahad Tahfiz Darul Riyadh Rantau Panjang selama sebulan. Menghafal beberapa surah serta memperbaiki bacaan. Guru tasmik saya adalah Ustaz Mad. Seorang yang tegas dan cermat dalam bacaan. Ada suatu hari, ketika Ust Mad cuti, saya perlu tasmik bacaan di hadapan Tuan Guru Ustaz Fauzi Isa (arwah Ustaz Ji), Mudir Darul Riyadh.
 
Bangunan Darul Riyadh


Hati memang berdebar dan takut. Arwah seorang yang sangat tegas tentang kualiti bacaan. Tidak hairanlah jika dilihat anak-anak murid beliau semua mempunyai kualiti bacaan yang sangat bagus. Beliau selalu nasihatkan agar mempertingkatkan kualiti bacaan dan jangan terlalu mengejar kuantiti sehingga kualiti terabai. Bermula di sini saya mula sayangkan tajwid dan berusaha untuk memperbaiki bacaan. Alhamdulillah, diberi kesempatan menziarahi beliau di rumah ketika sakit.
 Semasa menyambung pengajian di Maahad Muhammadi Lelaki, saya diberi pilihan untuk mengambil pengajian al-Quran atau Tahfiz. Oleh kerana sudah terbiasa dengan tahfiz, saya pun memilih untuk ikuti kelas tahfiz. Kelas tersebut dikendalikan oleh Ustaz Asmadi. Seorang ustaz muda yang berjiwa muda. Yang amat memeranjatkan, beliau adalah anak murid Ust Ji. Sikap dan kehebatan bacaan al-Quran jelas diwarisi dari Ust Ji. Beliau juga antara anak murid Ust Ji yang sangat rapat dengan Ust Ji.

Pada tahun 2007, ketika menyambung ke Tingkatan 6 di Rantau Panjang sementara menunggu keputusan ke IPT. Saya sempat belajar al-Quran dengan Tuan Guru Hj Abdullah Daud (Babo Loh) di kediaman beliau iaitu setiap pagi Jumaat.

Kehebatan beliau menjadi buah mulut masyarakat. Alim, tegas, hebat. Cukup menggambarkan tentang beliau. Sebut sahaja Hj Loh Tahfiz, semua pasti mengagumi Tuan Guru itu. Saya juga mengajak ramai kawan-kawan untuk turut serta, namun ramai yang tak bersedia, mungkin kerana takut dengan Babo. Anak-anak murid beliau seringkali mengharumkan nama Rantau Panjang ketika pertandingan hafazan al-Quran samada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Saya masih ingat, setiap kali pergi ke Pertandingan Hafazan al-Quran Peringkat Negeri Kelantan nama Pusat Tahfiz al-Hidayah Rantau Panjang (Babo Hj Loh), Pusat Tahfiz an-Nisa’ Rantau Panjang (Babo Hj Loh) dan Maahad Tahfiz Darul Riyadh Rantau Panjang (Ust Fauzi) tidak pernah tertinggal dalam merangkul anugerah. Berita Anugerah Tokoh Maulidurrasul yang diterima oleh babo (klik di sini)

Babo Hj Loh & Arwah Ust Ji

Ketika menyambung pengajian di USIM saya tercari-cari guru al-Quran yang menitikberatkan bacaan al-Quran yang betul. Alhamdulillah, saya diperkenalkan dengan Prof Hasan, seorang pensyarah dari Mesir yang mengajar di USIM. Saya belajar al-Quran selepas Isyak di kediaman beliau dan kadangkala di bilik pensyarah pada waktu beliau lapang. Rezeki saya tidak lama bersama beliau. Akhirnya beliau pulang berkhidmat di tanah air beliau.

Semangat untuk belajar masih berkobar. Saya berpegang dengan motivasi ciptaan saya sendiri “Belajar tajwid mesti pada waktu muda kerana mulut, lidah, gigi kita masih lembut. Tapi bila sudah tua, ia menjadi keras dan sukar untuk memperbetulkan tajwid, makhraj dan sifat huruf”.

Saya ucapkan tahniah kepada pihak Sekretariat Perhubungan Pelajar (SPP FPQS) USIM yang telah menganjurkan Bengkel Pengajian Al-Quran selama hampir 1 semester. Kelas pengajian saya dikendalikan oleh Ust Abdul Muhaimin Ahmad (FPQS). Alhamdulillah beliau sangat memberi perhatian soal makhraj dan sifat huruf. Saya sangat berpuashati dengan kaedah pengajian bersama beliau.

Ust Abdul Muhaimin

Dengan pertemuan yang tak dijangka, ketika menunggu bas untuk pulang ke kampung, saya terserempak dengan Dr Misbah Mansour (FKP, USIM) yang kebetulan makan sebuah restoran. Saya mengambil kesempatan untuk mohon kebenaran talaqqi dengan beliau. Saya nyatakan hasrat saya untuk perbetulkan bacaan al-Quran kerana saya tahu beliau merupakan guru al-Quran kepada beberapa orang pensyarah dan pelajar USIM.

Niat asalnya untuk sekadar tahsin bacaan, namun bila kelas pertama beliau terus arahkan agar saya menghafal 1 hizib (lebih kurang 5 mukasurat) bagi setiap kali kelas. Kelas berlangsung hujung minggu di rumah beliau. Ketika itu saya menetap di Seremban. Menunggang motosikal ke Nilai untuk belajar al-Quran.

Majlis Perpisahan Dr Misbah

Kaedah pengajian al-Quran dengan Dr Misbah sangat menarik dan berkesan. Tajwid dan makhrah diajar secara beransur-ansur. Dengan kaedah ini saya jadikan metod untuk saya ajar al-Quran kepada orang lain termasuk isteri saya. Yang paling tidak dapat dilupakan ialah Jus Halia Panas yang seringkali beliau hidangkan ketika saya ke rumah beliau untuk tasmik bacaan.
 
Kenangan bersama Dr Misbah ketika hari terakhir kelas

Namun, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Beliau juga menuruti langkah Prof Hasan iaitu pulang berkhidmat di Mesir. Sebelum beliau pulang, beliau menyuruh agar saya tasmik dan perbetulkan sifat huruf dengan Prof Madya Saiful Daulah. Namun atas kesibukan Dr Saiful Daulah, beliau tidak mampu untuk sediakan masa untuk mengajar al-Quran.

Itu lah serba sedikit cerita pengalaman saya belajar dan mencari guru al-Quran. Masa muda, kita masih lagi boleh baca al-Quran dengan tepat, namun bila sudah berusia, susah untuk kita kekalkan ketepatan bacaan, apatah lagi ketika tua baru nak belajar tajwid, makhrah dan sifat huruf. Sehingga kini saya masih jahil dari sudut pengajian al-Quran malah dari sudut bacaan pun masih banyak salah. Saya berikhtiar untuk mendalami dan sentiasa memperbetulkan bacaan al-Quran. Semoga ia menjadi saham buat saya di akhirat nanti. Sekarang tengah berusaha untuk mengaji dengan Ustaz Anuar Hasin (Juara AQ) yang kebetulan jiran saya.
Previous
Next Post »