#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Anda Anti Dengan Supplement? Fikir Sekali Lagi

Saya seringkali mendengar keluhan tentang supplement. Ada yang tidak suka supplement malah ada sampai benci kepada supplement penjual supplement.

Sebenarnya kita perlu mengambil konsep rujuk kepada fakta dan pakar. Bukan kepada maklumat yang tanpa kajian dan rujukan.

Vitamin dan mineral

Perlu ingat! Tidak semua vitamin dan mineral dapat dihasilkan oleh badan kita. Tambahan pula sekiranya badan kita mengalami masalah (penyakit).

Sebagai contoh:

Antara vitamin dan mineral yang perlu diambil oleh wanita mengandung iaitu Folate (Asid Folik) dan Vitamin D. Manakala bagi kanak-kanak, Vitamin A, C dan D diperlukan untuk tumbesaran.


Namun harus diingatkan, makanan harian kita mesti makan. Ia tidak boleh diganti dengan supplement. Supplement hanya pelengkap nutrient sahaja.

Yang mengerikan, kekurangan nutrient khususnya vitamin dan mineral akan membawa implikasi yang sangat buruk. Bukan sahaja kesan kepada kecantikan malah kesihatan.

Sebagai contoh kekurangan Zat Besi (Iron), ia akan membawa kepada Anemia, masalah darah, lemah dan sebagainya. Malah menurut kajian, kekurangan Zat Besi adalah antara yang ‘popular’. WHO menyatakan lebih 30 % populasi dunia menghidap kekurangan Zat Besi

Kekurangan Vitamin A berkaitan rapat dengan kesihatan mata dan sistem reproduktif lelaki dan perempuan. Ia juga membantu menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan. Menurut WHO juga, kekurangan Vitamin A membawa kepada kesukaran untuk mencegah penyakit buta. 

Kekurangan Vitamin C

Kalau nak diceritakan semua, memang susah dan agak mustahil dalam ruangan artikel yang ringkas ini. Sebab itu, saya tegaskan agar kita kembali kepada fakta dan pakar.

Ada yang bertanya, boleh ke ambil vitamin dan mineral yang dijual di pasaran seperti Shaklee, herballife dan sebagainya.

Kaedah yang boleh diambil

Pertama: Periksa pengesahan dari Kementerian Kesihatan atau Institusi yang berkaitan
Kedua: Rujuk kepada nutritional fact label yang tertera di botol/plastik
Ketiga: Tahu jenis vitamin dan mineral yang diperlukan
Keempat: Tahu dos yang diperlukan

Yang paling penting, ia dijamin HALAL dan SELAMAT.

Perkara yang perlu diambil perhatian oleh penjual supplement adalah sentiasa tambah maklumat, tahu masalah pelanggan dan analisa, memberi apa yang diperlukan dan gunakan produk sesuai dengan penggunaannya.



Rasulullah SAW sendiri pernah menegur sikap peniaga di pasar Madinah yang menipu pelanggan dengan menjual makanan yang sudah rosak dan tidak berkualiti Seperti yang direkodkan oleh Imam Muslim

Dari Abu al-Hamra’, Rasulullah SAW bersabda:
 “Sesiapa yang menipu kita, adalah bukan dari kalangan kita”

Dan ia sejajar dengan apa yang Allah kehendaki:
“Sesungguhnya Allah itu baik, dan Dia tidak menerima kecuali yang baik”

Penjual vitamin dan mineral sepatut termotivasi dengan pekerjaan yang dilakukan. Sebab kesihatan adalah antara Objektif Syariah (Maqasid Syariah) yang penting. 

Malah apabila kita memberi saranan, panduan tentang pemakanan dan kesihatan ia adalah ilmu yang pahalanya berterusan

“Barang siapa memulai sunnah (perbuatan) yang baik dalam Islam maka baginya pahala dari perbuatannya tersebut, dan pahala dari orang yang melakukannya (mengikutinya) setelahnya, tanpa berkurang sedikitpun dari pahala mereka….” (HR. Muslim no 1016)

OK ke Kalau Beli Supplement Dari Penjual Yang Bukan Farmasi?

Mana Yang Lebih Baik Supplement Dari Klinik/Farmasi atau Beli Yang Orang Biasa Jual?

Nanti artikel ke-2
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Sakira
AUTHOR
Mon Dec 30, 02:43:00 AM delete

Your article is incredibly useful.Everyday your diary inspire Pine Tree State heaps deal and helped to develop one thing new like I actually have developed a brand new app apple juice nutrition this is often great and pleasant.Thanks for the awe-inspiring posts , please keep updated frequently.

Reply
avatar