#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Darul Riyadh


Bangunan pejabat dan asrama

Bangunannya sudah berkembang besar. Agak jauh beza dengan 6 tahun dahulu. Terletak 3 km dari Bandar Rantau Panjang. Antara tempat pertama pentarbiyahan al-Quran yang aku terima. Itulah Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Riyadh. Seindah namanya, seharum kecemerlangannya.

Setiap kali cuti, memang berhajat untuk menziarahi Darul Riyadh. Selalu tidak kesampaian. Alhamdulillah semalam (27 Dis 2010) aku berkesempatan menziarahi Darul Riyadh. Atau lebih tepat menziarahi Ust Fauzi (mudir). Hampir 2 tahun aku tidak ziarah. Pelajar-pelajar di sana sudah bersilih ganti. Ramai yang aku tidak kenali. Tapi yang pasti Ust Fauzi masih ku kenal, dan beliau juga mengenaliku.

Beliau tidak seperti dahulu lagi.Kalau dulu beliau sentiasa nampak segar dan penuh senyuman dalam ketegasan.  Sekarang beliau terlantar sakit, badannya lemah. Lebih menyedihkan nikmat penglihatannya ditarik Allah. Semoga Allah merahmati beliau. Melihat keadaan Ust fauzi, teringat keadaan bapa saudaraku yang juga sakit.


Sumbangan sangat besar dalam bidang al-quran

Tak keterlaluan jika dikatakan pertandingan hafazan al-quran peringkat negeri Kelantan, kebiasaannya akan didominasi oleh dua buah pusat tahfiz iaitu Tahfiz Al-Hidayah Rantau Panjang ( Tuan Guru Hj Abdullah Daud @ Baba Hj Loh) dan juga Tahfiz Darul Riyadh Rantau Panjang. Kedua-dua tahfiz ini ada kelebihan tersendiri. Guru yang cukup berwibawa, murid yang handal dan sistem pengajian yang mantap. Bukan sahaja di peringkat negeri malah kebangsaan dan juga antarabangsam pelajar-pelajar dari dua buah pusat tahfiz ini biasanya akan menjuarai pertandingan.

  
Zaman Pengajian Di Darul Riyadh

Teringat zaman ketika belajar di Darul Riyadh. Datang pagi balik malam. Sebagai pelajar separuh masa, aku mungkin ketinggalan suasana pembelajaran sebelum subuh. Iaitu menghafaz al-quran pada waktu qiamullail. Waktu yang paling tenang untuk membaca al-Quran.



Sepanjang detik masa yang singkat di sana, aku mempelajari disiplin menghafaz al-quran. Yang dirasakan lebih bernilai berbanding kuantiti hafazan. Kerana bukan kuantiti yang dikejar tapi kualiti yang diutamakan. Penilaian masa sangat penting dalam menghafaz al-quran. Waktu digunakan secara optima untuk memperbaiki bacaan, mengulangi hafazan dan menghayati intisari al-Quran.

Rutinnya, sebelah pagi pelajar sibuk menghafaz al-quran. Kerana waktu pagi yang segar dan nyaman membuatkan sang pencinta al-Quran tenggelam bersama bacaan mereka. Manakala, sebelah petang pula biasanya waktu untuk murajaah bacaan dan diselangi dengan simple test hafazan oleh Ust Fauzi.

Waktu malam pula diisi dengan pengajian bahasa selain daripada masa yang diperuntukkan untuk melancarkan bacaan al-Quran. Pada awalnya aku rasa pelik, kenapa pelajar lain tidak bosan seharian membaca al-quran. Lama kufikirkan dan kualami. Rupanya inilah kesan mukjizat terbesar nabi SAW. Membacanya tidak menjadi bosan malah semakin asyik. Amalan lain yang menjadi kebiasan di Darul Riyadh ialah solat Dhuha dan membaca surah al-Waqiah setiap malam.



tempat belajar & masjid

Pencapaian

Bangga bila kak ni (panggilan mesra kepada isteri Ust Fauzi ) ceritakan pencapaian bekas anak murid Ust Fauzi termasuk sahabat-sahabatku. Mereka semua sudah bertebaran di serata dunia. Mekah, Madinah, Afrika, Mesir, Yaman dan lain-lain. Yang membanggakan ada yang menjadi guru-guru al-Quran yang hebat dan membuka pusat-pusat tahfiz di seluruh negara. Berita yang menggembirakan pada bulan Julai 2011 akan diadakan himpunan bekas pelajar Ust Fauzi di Darul Riyadh. Insya Allah akan cuba untuk hadir.

Semasa menziarahi Ust Fauzi, beliau menasihatiku sambil membacakan ayat-ayat al-Quran berkaitan dengan SYUKUR kepada Allah taala.

وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ

Aku yang masih diberi nikmat kesihatan ini, kadangkala sukar untuk mentadabbur ayat-ayat Allah taala. Kalimah SYUKUR sangat besar pengertiannya. Aku teringat kalamullah, surah Al-Ma’arij:

Sungguh manusia diciptakan bersifat suka mengeluh (19)
Apabila dia ditimpakan kesusahan dia berkeluh kesah (20)
Dan apabila mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir (21)

  



Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Unknown
AUTHOR
Sat Jan 15, 08:18:00 AM delete

Rindu sungguh Darul Riyadh ni.. Lamo doh tok gi ziarah sano..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Sun Jan 16, 04:11:00 PM delete

demo keno gi ziarah Ust Ji. Kesian tgk Ust Ji. Bulan & ni ado ijtimak pelajar D.Riyadh

Reply
avatar
wardatussofia
AUTHOR
Sat Feb 04, 07:21:00 AM delete

Assalamualaikum wbt..

saya pelajar lepasan spm,perempuan..saya teringin untuk masuk ke mane2 sja pusat tahfiz/maahad..pertanyaan sy utk darul riyadh,

1~ade pelajar perempuan ke?
2~syarat kemasukan?

sy x dapat cari web/blog darul riyadh..harap ade jwapan.
sekian.wassalam wbt.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Sun Feb 05, 03:29:00 PM delete

to wardatussofia:

waalaikummussalam wbt,

1) tiada tempat utk muslimat

ana cadangkan enti masuk ke tahfiz an-nisa' di bawah tuan guru abdullah daud. ni ana bg no hp menantu dia ust yunus 014-8202714

nk tahu mklumat lain boleh, emel kpd ana, mrasyadan@yahoo.com

Reply
avatar
faiz daud
AUTHOR
Sun Aug 10, 10:17:00 PM delete

saya nak tanya bagaimanakah untuk mendapatkan sijil penghargaan selepas tamat belajar tahfiz?











Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Wed Jan 09, 11:21:00 PM delete

Assalamualaikum, saye pelajar perempuan degree tahfiz, saye sedang mencari pusat tahfiz yang boleh membantu saye untuk memantapkan lagi hafalan saye ketika cuti sem, ade tak cadangan pusat tahfiz?
Saye da cuba contact nombor tahfiz an-nisa yang awak Kasi tu tapi tidak ade ape-ape balasan.

Reply
avatar