#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Wawasan Dakwah

     Memahami realiti dakwah sangat penting sejajar dengan bagaimana kita memahami kehendak masyarakat kampus (mood mad'u). Tokoh-tokoh dakwah yang muncul membawa agenda yang sama iaitu Islam walaupun mempunyai manhaj yang berbeza. Sheikh Muhammad Abduh, Al-Maududi, Malek Bennabi, Syed Qutb, Abul Hasan Ali An-Nadwi, Muhammad Iqbal dan Imam Hasan Al-Banna merupakan antara sosok dakwah yang sangat komited. 


     Di sini saya ingin berkongsi gagasan dakwah Imam Hasan Al-Banna. Menyoroti gagasan beliau yang sangat hebat membuatkan diri ini rasa sangat kerdil. Setakat mana usaha kita dalam menyambung perjuangan utusan Allah.


     Dalam buku Perkasa Asas dalam Agenda Kebangkitan Ummah Kajian Berdasarkan Gagasan Imam Al-Banna oleh Prof Dr Abdul Hamid al-Ghazali, saya ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat berkaitan dengan Wawasan Dakwah.






     Wawasan ialah suatu watikah yang menjelaskan prospek masa depan sesebuah jemaah. Wawasan menjelaskan peranan yang bakal dimainkan bagi merealisasikan prospek ini melalui beberapa lapangan atau plan tindakan tertentu, mengambil kira sempadan dan tempoh tertentu serta sasaran yang dimaksudkan. Wawasan menjelaskan matlamat utama sesebuah jemaah. peranan atau wawasan dakwah ini boleh disimpulkan kepada empat doktrin yang dinyatakan oleh ustaz Hasan al-Banna adalah seperti berikut:


1) Membebaskan ummah daripada sebarang sekatan politik dan membangunkan semula ummah


2) Menegakkan kuasa islam yang bersepadu


3) Berhadapan dengan cabaran kebendaan


4) Memimpin dan membimbing seluruh manusia




1) Membebaskan Ummah daripada Sebarang Sekatan Politik dan Membangunkan Semula Ummah


Ustaz al-Banna menyebut:


"Di sana ada tanggungjawab serampang dua mata:


1. Membebaskan bangsa ini daripada kongkongan politik supaya bangsa ini memperolehi kemerdekaannya dan kembali menikmati kemerdekaan serta kedaulatannya yang telah hilang.


2. Membina semula bangsa ini supaya mampu berjalan seiringan dengan bangsa-bangsa lain. malah mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain menikmati taraf hidup yang sempurna


(Menuju Sinar Cahaya)




2) Menegakkan Kuasa Islam yang Bersepadu


Ustaz al-Banna menggariskan doktrin ini dengan menyebut:


"Namun untuk huraian lebih terperinci, tugas ini bermula:
Sistem politik...
Sistem hubungan antarabangsa...
Pelaksanaan sistem kehakiman...
Sistem ekonomi...
Sistem pendidikan dan pelajaran...
Sistem keluarga dan rumah tangga....
Sistem yang berhubung dengan tingkahlaku individu...
Malah semua budaya yang diamalkan oleh individu dalam negara sama ada oleh pemerintah atau rakyat..."


(Ikhwan Muslimin di bawah Naungan al-Quran)



3) Berhadapan dengan Cabaran Kebendaan


Ketika menjelaskan doktrin ini Ustaz al-Banna menyebut:


"Peranan kita secara ringkasnya: Kita perlu sekat arus deras yang berupa tamadun kebendaan dan peradaban yang penuh dengan hiburan dan pesona ini yang kini sedanga melanda iumaya islam. arus ini menyebabkan umat islam hanyut terpinggir daripada pimpinan Nabi SAW dan petunjuk al-Quran"
(Ikhwan Muslimin di bawah Naungan al-Quran)




4) Memimpin dan Membimbing Seluruh Manusia


Di sini Ustaz al-Banna menjelaskan bahawa wawasan Islam ini dipetik daripada Islam itu sendiri yang menjadi pembimbing dan cahay kepada seluruh bangsa manusia. Beliau berkata:


"Inilah mesej yang ingin disampaikan oleh Ikhwan al-Muslimin kepada seluruh mausia supaya umat Islam benar-benar memahaminya. Malah supaya mereka bersedia melaksanakannya dengan penuh keazaman dan ketabahan. Mesej ini bukanlah ciptaan Ikhwan al-Muslimin dan bukan rekaan mereka. Sebaliknya mesej ini jelas dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulillah SAW yang mulia. Malah turut ditampilkan dengan jelas melalui amalan generasi pertama yang merupakan contoh teladan terbaik dalam memahami dan melaksaakan ajaran islam. Jika umat Islam mahu menerima mesej ini, ia menjadi tanda keimanan dan keislaman mereka yang sebenar. Jika mereka keberatan atau masih sangsi, di hadapan kita ada  Kitab Allah. Hukumannya adil dan keputusannya muktamad. Ia akan menjadi hakim antara kita dan saudara-saudara kita ini. Kitab allah yang menentukan sama ada kita di pihak  yang benar atau salah


"Wahai tuhan kami, hukumkanlah antara kami dan kaum kami dengan kebenaran (keadilan), kerana Engkau jualah sebaik-baik Hakim" - Al-A'raf : 89


(Halatuju Dakwah Kita)
Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Sat Aug 06, 09:55:00 AM delete

Alhamdulillah. -sinergi- untuk para da'ie. ambil dan usaha amalkan.moga dinilai Allah ta'ala dan hati kita semua dibersihkan dari sebarang keraguan-'bebaskan' diri dari kuasa dunia.Allahuakbar..-renungan dari dalam hati yang wujud apabila dekat hubungan dengan Allah.

Reply
avatar
mystery mystery
AUTHOR
Thu Aug 25, 09:48:00 AM delete

salam. em, blog wajah baru. nice!

Reply
avatar
Rushdunk
AUTHOR
Thu Aug 25, 11:58:00 PM delete

to faqirah alhawari a.k.a kak musliha:
pesanan murobbi besar kita Imam Hasan Al-Banna, byk kalam2 beliau yg wajar kita tekuni

to mystery2:
tukar cita rasa

Reply
avatar