#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Sukma Patriotik


Saban tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan. Banyak wang dibelanjakan bagi memastikan ‘temasya’ tersebut meriah. Adakah dengan meriahnya sambutan Hari Kemerdekaan sudah menggambarkan diri kita mempunyai jiwa patriotik? Adakah ini erti kemerdekaan yang sebenar? Persoalan ini timbul dalam ruang minda anak muda yang sayangkan negara iaitu Malaysia.

Rasuah, penyelewengan kuasa, fitnah, kebejatan sosial, krisis ekonomi yang runcing, keselamatan negara yang semakin rapuh dan pelbagai masalah yang timbul dalam masa yang sama kita masih lagi ‘berseronok’ menyambut Hari Kemerdekaan.

Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan mempunyai sistem multi-party, mungkin isu patriotism ini agak kabur kerana ada sesetengah rakyat masih berada dalam krisis antara semangat cintakan negara (patriotik) dengan mempertahankan parti yang disokongi. Mereka keliru, sekiranya tidak bersetuju dengan kerajaan yang sedia ada akan dianggap mengkhianati negara. Adakah itu benar?



Wajarlah di sini kita memahami apakah erti sebenar patriotik. Sebagaimana yang dijelaskan oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna berkenaan dengan Patriotism. Beliau menjelaskan patriotism melalui 3 sudut pandangan.

a.                    A) Cintakan negara
“Jika patriotism yang dimaksudkan oleh para pejuang patriotism ialah cintakan tanahair, rasa kasih dan rasa rindu atau seumpamanya, perasaan ini sememangnya sedia tertanam dalam fitrah manusia dan bertepatan dengan perintah islam

b.                   B) Negara yang merdeka dan bermaruah
“Jika apa yang mereka maksudkan ialah kewajipan berusaha sedaya upaya untuk membebaskan negara daripada penjajahan kolonialisme atau melakukan sesuatu kea rah mencapai kemerdekaan negara atau menanamkan harga diri dan semangat kemerdekaan dalam jiwa anak bangsa, jika ini yang mereka maksudkan ia bermakna kita turut sama bersama mereka”

C) Masyarakat yang bersatu
“Jika apa yang mereka maksudkan dengan patriotism ialah mengukuhkan hubungan antara masyarakat dalam rantau yang sama dan memimpin mereka menggunakan hubungan ini untuk kepentingan mereka, jika ini yang mereka maksudkan kita turut bersetuju dengan mereka”

Semangat cintakan negara sememangnya perlu ada dalam jiwa semua rakyat. Kerana mempertahankan negara dari serangan penjajah adalah satu jihad. Banyak kalam para ulama dan mujahidin berkenaan dengan jihad mempertahankan negara seperti Dr Abdullah Azzam, Imam Maqdisi dan lain-lain.

Perlu difahami bahawa setiap kecintaan itu mesti ada sempadan. Mencintai manusia juga ada sempadan, begitu juga dalam hal cintakan negara, ada sempadannya juga. Imam Al-Banna menyebut:

“Apa yang membezakan kita dengan mereka ialah kita meletakkan sempadan patriotism kita ialah AKIDAH. Sementara mereka meletakkan sempadan patriotism mereka ialah sempadan GEOGRAFI. Ini berbeza dengan pejuang patriotism. Mereka hanya mengambil perhatian kepada sebidang tanah yang kecil dan sempit. Perbezaan ini lebih ketara apabila mereka berusaha memperkukuhkan kekuatan mereka dengan menindas bangsa lain. Kita tidak rela melakukannya jika ia menyebabkan penindasan kepada mana-mana bumi Islam. Kita harus menuntut perkara yang membawa kekuatan kepada semua. Bagi pejuang patriotism, mereka tidak melihat ini sebagai suatu masalah. Oleh itu berlakulah keretakan dalam hubungan antara negara islam, kekuatan negara islam semakin lemah dan peperangan tercetus sesama sendiri akibat percaturan pihak musuh”

Dalam sirah terukir satu peristiwa dalam perang uhud yang menggambarkan kepada kita perbezaan antara perjuangan mempertahankan negara dengan aqidah. Selepas peperangan selesai, Rasulullah ditunjuki mayat para syuhada. Tiba-tiba baginda menafikan satu mayat iaitu daripada kalangan tentera islam. Baginda menegaskan mayat ini (tentera tersebut) akan masuk neraka. Para sahabat terkesima dan bertanya kenapa baginda berkata sedemikian. Baginda menjelaskan bahawa tentera tersebut berjuang kerana mahu mempertahankan Madinah bukannya Islam.

Ini adalah persoalan usul bukannya furu’. Persoalan akidah akan membezakan antara iman dan kufur, antara ditolak atau diterima sesuatu amalan dan membezakan antara destinasi terakhir kita adalah syurga atau neraka. Jika semua umat islam ditanam soal akidah dalam jiwa tentu sekali sesebuah negara akan maju dan berkembang. Jadilah ia sebuah Negara yang baik dan mendapat keampunan dari Allah.

Selamat Berada di Pengakhiran Ramadan dan Menyambut EidulFitri
Previous
Next Post »