#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Antara Kepimpinan Ulama dan Teokrasi

Demokrasi tidak 100% kotor dan jijik. Faktor ketelusan melaksanakan demokrasi memainkan peranan penting. Ibnu Farabi menjelaskan di dalam kitabnya Al-Madinah Al-Fadhilah bahawa sistem demokrasi dikelaskan dalam kumpulan sistem-sistem kotor, tetapi ia merupakan sistem yang paling suci berbanding sistem-sistem lain. Begitu juga pandangan Yusuf al-Qaradhawi dalam Agama dan Politik, beliau tidak menolak sepenuhnya sistem demokrasi, malah beliau mengatakan bahawa syura dalam sesuai dengan semangat demokrasi berbanding sistem kapitalis.

Demokrasi muncul dari kerangka sekular, yang menentang golongan konservatif agama (gereja). Golongan gereja didakwa tidak mampu membawa perubahan, kolot malah mengamalkan sistem teokrasi. Golongan sekular yang kononnya progresif dalam membangunkan negara menyingkirkan golongan gereja sambil memperjuangkan sistem demokrasi yang sebelum ini sistem despotik dan authoritarian berkuasa.

Menurut Khalif Muammar, politik islam lebih unggul daripada politik sekular barat. Tapi ada tuduhan yang dilemparkan kepada pendokong politik islam dengan menuduh politik islam mengamalkan sistem teokrasi yang despotik dan authoritarian.

Dewasa ini, isu kepimpinan ulama kononnya rancak diperdebatkan. Ada banyak pandangan dilontarkan dari pelbagai pihak sehingga beberapa label yang tidak enak didengari seperti puak Erdogan, Konservatif, Sekular, Liberal dan pelbagai lagi. Sedangkan konsep wehdatul fikr telah lama disemai. Perdebatan isu kepimpinana ulama pernah dijernihkan oleh almarhum Ust Fadhil Noor, kata beliau “Kita mengulama’kan professional dan memprofesionalkan ulama”.

Lebih dasyat lagi ada pihak yang menuduh kepimpinan ulama adalah jelmaan teokrasi (neo-teocracy). Golongan ini menyamakan pentadbiran teokrasi mesir kuno dengan kepimpinan gerakan islam abad ini. Semestinya seperti langit dan bumi. Berdasarkan pandangan saya, dua sistem kepimpinan ini dapat dibezakan dengan jelas melalui 3 perkara:

Pertama:
Kepimpinan ulama membariskan golongan ilmuan islam mentadbir sesebuah negara / gerakan, sedangkan teokrasi mendakwa sesebuah negara ditadbir oleh tuhan / wakil tuhan seperti yang diamalkan oleh firaun pada zaman Mesir kuno.

Kedua:
Kepimpinan ulama bukan dasar yang menjadi ketetapan tapi lebih kepada sistem pentadbiran yang boleh berubah dan sudah tentu ia jauh daripada amalan despotik, sedangkan teokrasi merupakan satu ketetapan / kepercayaan dan popular dengan pemerintahan despotik.

Ketiga:
Kepimpinan ulama dalam sesebuah gerakan sekarang berdiri atas kerangka demokrasi, sedangkan teokrasi berlandaskan authoritarian. Ini dapat memperkuatkan lagi hujah al-Qaradhawi tentang syura islam yang mempunyai semangat demokrasi.

Tuduhan-tuduhan terhadap islam sudah menjadi amalan musuh-musuh islam. Tuduhan mereka tidak ada asas penghujahan yang kukuh. Seperti Asghar Ali Engineer, seorang lagi pemikir Islam Liberal, menuduh gerakan Jamaat Al-Islami yang dipimpin oleh Al-Maududi berusaha mendirikan negara teokrasi seperti yang telah didirikan di Iran.
Previous
Next Post »