“Hayat manusia terlalu singkat, sedangkan obor perjuangan tidak mahu dibiarkan padam.”
Rasulullah dan Perkaderan
Rasulullah membentuk generasi awal iaitu 60 orang dari semua lapisan masyarakat. Bermulanya fasa dakwah secara terang-terangan selepas siap kader dakwah yang lengkap segala pengisian dalaman dan luaran.
“Bukti dari bentuk dakwah ini (dakwah secara terangan) ialah tidak ada seorang pun di antara para sahabat yang murtad pada waktu terjadi tribulasi. Bahkan mereka yang telah hidup pada awal dakwah ini dan akhirnya menjadi generasi islam terbaik di segi kualiti keimanan, akhlak, jihad dan pengorbanan. Bahkan kalau kita perhatikan tingkatan teratas di dalam umat islam, iaitu tingkatan 10 sahabat yang dijamin masuk syurga adalah dari kelompok mereka kecuali Umar al-khattab RA. Kelompok inilah yang membentuk generasi pemimpin bagi masyarakat yang hebat. Khalifah yang terpilih dan telah dipersetujui oleh Rasulullah juga dari kelompok ini” (Manhaj Haraki)
Generasi para sahabat merupakan generasi yang terpilih. Sehingga timbul satu persoalan, adakah akan muncul kembali generasi seperti itu? Jawapannya, TIDAK.
Imam Ghazali dan Perkaderan
Acuan yang dicipta oleh Imam Ghazali dalam melakukan reformasi sangat luar biasa. Memberi focus kepada aspek pentarbiyahan merupakan strategi yang sangat relevan. Seperti yang dinukilkan di dalam Kabangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Aqsa ke Pangkuan Islam, proses reformasi yang dilakukan oleh Imam Ghazali sangat dinamik sehingga lahirnya negara Az-Zinkiyah dan juga generasi Salahuddin. Negara Zinkiyah yang berteraskan ‘Meninggikan Kalimah Allah’ dengan paduan antara ulama dan profesional dalam struktur kerajaan.
Kuasa Isti’ab
Hati manusia perlu ditangkap dan dijaga, jangan biarkan terlepas walaupun sekejap. Kerana hati itu lembut dan memerlukan belaian. Isti’ab adalah kemampuan da’i untuk menarik mad’u. Da’i yang cemerlang adalah da’i yang mampu mempengaruhi setiap orang, dengan pemikiran dan dakwahnya, sekalipun mereka mempunyai pelbagai kecenderungan, peribadi, dan tahap.
“Perumpamaan petunjuk dan ilmu yang dengannya Allah mengutuskan aku adalah seperti hujan yang turun ke bumi. Bahagian bumi yang baik, ia menerima air hujan itu dengan baik lalu menumbuhkan tanaman dan rumput yang banyak. Ada juga bahagian bumi yang menahan air, lalu Allah memberikan manfaat kepada manusia dengan air yang disimpannya, sehingga mereka boleh minum dan menyiram tanaman dari air tersebut. Bahagian yang lain adalah padang tandus, ia sama sekali tidak boleh menyimpan air dan juga tidak menumbuhkan apa pun. Demikian, itu adalah perumpamaan orang yang diberi kefahaman dalam agama, lalu ia dapat memanfaatkan apa yang aku bawa itu, sehingga ia sentiasa belajar dan mengajarkan apa yang dia fahami. Dan juga perumpamaan orang yang sama sekali tidak mempedulikan dan juga tidak mahu menerima petunjuk Allah yang aku sampaikan”. (HR Bukhari Muslim)
kalam ringkas
Sign up here with your email