#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Manusia Sememangnya Sangat Lemah

Hidup sebagai pejuang tidak menjanjikan kesenangan di dunia. Kehidupan penuh dengan keperitan dan kesedihan. Ujian yang seringkali dihidangkan, adakala ujian berbetuk kesenangan adakala ujian berbentuk kesulitan. Apa sekalipun ujian yang datang, keimanan yang kuat menjadi teman yang cukup berguna .

Orang yang sentiasa merungut, mengeluh ketika menghadapi ujian sebenarnya tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai pejuang. Kerana pejuang sentiasa tabah menghadapi ujian, malah semakin kuat ujian semakin kuat iman mereka.

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga padahal belum datang kepadamu sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan sehingga berkatalah rasul dan orang-orang yg beriman “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

Al-Imam Hasan Al-Bana telah menegaskan bahawa seseungguhnya ujian-ujian itu merupakan ketetapan Allah dalam bidang dakwah dan akan berlaku ke atas kita sebagai pendakwah dan beliau berkata ketika bercakap mengenai perkara ini: Kamu mulai menjalani jalan golongan oendakwha dan terkadang berlarutan ujian-ujian itu ke atas kamu dan adakah kamu sanggup meneruskannya? Inilah yang wajib diketahui oleh kita bahawa jalan dakwah itu penuh ujian dan bala’.

Setengah daripada hikmah mengapa allah menguji dai-dai ini dengan pelbagai bentuk ujian, ialah kejayaan adalah, selepas disakiti dan amanahnya berat yang memerlukan kepada persediaan yang sesuai untuk menanggung amanah kemenangan melalui ujian dan bala’.

“Dan sesungguhnya telah didustakan pula rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan kami kepada mereka. Tidak ada seorang pun yang dapat merubah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Dan sesungguhnya telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul ini”- Al-An’am ( 34 )



sekadar gambar hiasan

Yang menjadi kemusykilan yang cukup besar ialah, apabila ditimpa ujian manusia akan rasa lemah tapi apabila berlalunya ujian itu, mereka kembali angkuh dan sombong.

“Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan tabiat cepat gelisah” Al-Maarij (19)

Menurut As-Syahid Qutb di dalam tafsirnya Fi Zilalill Quran

Tiga ayat yang pendek ini memberi gambaran yang sungguh hidup. Ia menggambarkan manusia yang amat gelisah dan cemas bila disentuh kesusahan, seolah-olah kesusahan itu akan terus mencengkamnya buat selamanya. Tiada lagi jalan keluar, tiada lagi perubahan yang dapat diharap dari Allah, kerana itu ia terus dimakan kegelisahan dan dikoyak-koyakkan oleh kecemasan.

Semuanya ini berpunca kerana dia tidak berlindung pada tempat yang kukuh yang dapat mengotakan keazamannya dan dapat menggantungkan harapannya. Ia menggambarkan manusia yang kikir dan bakhil apabila ia mendapat kekayaaan dan kesenangan. Dia mengira bahawa kekayaan dan kesenangan itu adalah samata-mata dari hasil usaha dan penat jerihnya kerana itu dia merasa begitu bakhil untuk ditumpahkan kepada orang lain dan terus menyimpan kekayaan itu untuk kenikmatan dirinya sahaja. Kini dia menjadi hamba dan tawanan harta kakayaannya kerana dia tidak memahami hakikat rezeki dan hakikat peranannya di dalam rezeki  itu.

Dia tidak mengharapkan sesuatu yang lebih baik dari Allah kerana dia telah putus dari Allah dan hatinya kosong dari Allah. Di dalam menghadapi keadaan ini, dia selamanya gelisah dan cemas iaitu gelisah dan cemas terhadap kesusahan, gelisah dan cemas terhadap harta kekayaannya. Itulah gambaran manusia yang sungguh malang dan menderita apabila hatinya kosong dari iman


Menurut Prof Hamka di dalam tafsirnya Tafsir al-Azhar:

“Sesungguhnya manusia diciptakan dalam keadaan keluh kesah”

Keluh kesah tidak mempunyai ketenangan hati, selalu cemas, selalu ketakutan dan selalu merasa kekurangan saja. Pelbagai macam sakit jiwa dapat pula mengiringi keluh kesah itu. “Apabila disentuh oleh sesuatu kesusahan dia pun gelisah” Ayat 20

Bila ditimpa susah, dia tidak dapat lagi mengendalikan diri. Dia menjadi gelisah, menyesali nasib atau menyalahkan org lain. Mahunya hanya ‘tahu beres’ saja, tidak mahu terganggu sedikit pun. Pada ayat 10 dari al-Ankabut diterangkan juga perangai orang demikian. Iaitu apabila mereka bertemu penderitaan pada jalan Allah, dianggapnya fitnah manusia sebagai azab Allah juga. Pendeknya orang sepert ini tidak pernah mahu menyelidik kekurangan dan kelemahan dirinya, tidak mahu tahu bahawa hidupan di dunia itu mesti bertemu kesusahan dan kesenangan. Tidak ada yang senang dan mudah.


sekadar gambar hiasan

Apabila pejuang memahami secara mendalam erti perjuangan yang sebenar, nescaya tidak akan timbul soal mahu ‘lari’ dari perjuangan, apatah lagi ingin berehat sekejap. Kerana kalau kita tidak mahu berada dalam perjuangan ini, Allah akan menggantikan diri kita dengan orang lain. Islam tidak memerlukan kita, tapi kita memerlukan islam.

“ Go ye forth, (whether equipped) lightly or heavily, and strive and struggle, with your goods and your persons, in the cause of Allah. That is best for you, if ye (but) knew [ 41 ] If there had been immediate gain (in sight), and the journey easy, they would (all) without doubt have followed thee, but the distance was long, (and weighed) on them. They would indeed swear by Allah, "If we only could, we should certainly have come out with you": They would destroy their own souls for Allah doth know that they are certainly lying. [ 42 ]” Surah At-Taubah


Previous
Next Post »

9 comments

Write comments
N A U R A H
AUTHOR
Sun Feb 27, 08:00:00 PM delete

Islam tidak perlukan kita.. bertahan supaya tempat itu tidak diganti buat selamanya... tma ksh shbt.

Reply
avatar
Jαnnαhツ
AUTHOR
Mon Feb 28, 06:41:00 AM delete

"Yang menjadi kemusykilan yang cukup besar ialah, apabila ditimpa ujian manusia akan rasa lemah tapi apabila berlalunya ujian itu, mereka kembali angkuh dan sombong."

agree on this...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Mon Feb 28, 09:56:00 AM delete

Sufi alfaruqi: bertahan...bertahan (gaya slamdunk)

jannah: itu terjemahan ayat alquran. surah al-maarij ayat 19

mmg betul..itulah kita

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Mon Feb 28, 07:11:00 PM delete

ada orang tak bagi saya komen di sini. tapi saya nak komen juga.

Apa yang terkeluar dalam entry kali ini sangat realiti! terima kasih!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Mon Feb 28, 10:29:00 PM delete

orang yang mengalaminya , yang akan. termasuk tuan rumah.
sape tak bagi? alfaruqi ke?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Thu Mar 10, 12:32:00 AM delete

tepat. termasuk orang yang bertandang..bukan setakat tuan punya rumah.

a'a. alfaruqi. dia kata ana dengki kat dia.

Reply
avatar
N A U R A H
AUTHOR
Thu Mar 10, 12:38:00 AM delete

haish.. alwafiy..jum balik umah..

rumah orng nih..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Thu Mar 10, 01:42:00 AM delete

gelagat orang yg boring di tmpt praktikal

sama2 kita terus maju dan laju
bukan sekadar slogan
buang 'kemuncup' dlm perjuangan...kalau tak dpt buang, biarkan...usah hiraukan

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Fri Mar 11, 12:54:00 AM delete

haha. tepat dan menggugat (boring sbb byk keja @ buat bnde sama@ xbuat ape2?)

Apa pun, terima kasih untuk yang sentiasa terus-terusan mendoakan. kami pun mahu usaha angkat-angkat kaki selalu biar berjalan, kaki xlekat kemuncup. 2..3..ade juge yang terkena.

Reply
avatar