#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Di Sebalik Angka Dua Belas [12]

Artikel kali ini saya sajikan dengan cara mengumpul ayat-ayat al-Quran dan juga peristiwa yang berkaitan dengan angka 12. Artikel ini bersih dari unsur khurafaat iaitu menganggap angka 12 adalah sebagai ‘tuah’ kepada kehidupan. Pengumpulan ini bertujuan menghayati keagungan Allah taala.


1) Dua Belas Sifat Ibadurrahman

Ibadurrahman ini dinisbahkan kepada Dzat Allah yang suci (A-Rahman) yang mengandungi pengertian, bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah dan mereka selalu berada dalam naungan rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri, atas, dan bawah- Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi


Inilah ayat al-Quran yang disebutkan di dalam surah Al-Furqan, dari ayat 63 sehingga ayat 77. Dalam ayat-ayat ini Allah menjelaskan tanda-tanda golongan manusia pilihan ini. Allah menjadikan mereka sebagai teladan untuk diikuti.

2) Dua Belas Orang Naqib Bani Israel

وَلَقَدْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَبَعَثْنَا مِنْهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا

“Dan sesungguhnya, Allah telah mengambil perjanjian (dari) Bani Israel dan telah Kami angkat di antara mereka 12 orang pemimpin.” Iaitu, orang-orang yang arif bijaksana dari kabilah-kabilah mereka untuk berbaiah, mendengar, dan taat kepada Allah, Rasul-Nya dan Kitab-Nya

Ibnu Abbas menyebutkan dari Ibnu Ishaq dan beberapa ulama lainnya bahawa hal itu terjadi ketika Musa a.s berangkat untuk memerangi para penguasa zalim, ia memerintahkan agar setiap kabilah mengangkat seorang pemimpin

Sumber: Tafsir Ibn Kathir

Yang menarik mengenai peristiwa Dua Belas Orang Naqib Bani Israel ialah, nombor ayat bagi kisah ini ialah ayat ke-12 Surah Al-Maidah


3) Dua Belas Orang Naqib Ke Madinah

Perjanjian Aqabah Kedua

Setelah proses baiah selesai dilaksanakan, Rasulullah s.a.w meminta supaya dipilih 12 orang pemimpin sebagai naqib kepada kaum mereka, bakal bertanggungjawab bagi pihak mereka semua dalam rangka usaha merealisasikan seluruh agenda baiah itu, baginda seru: "Ayuh kemukakan dua belas orang sebagai naqib untuk pimpinan kepada kaumnya”. Pemilihan pun dibuat dengan segera, yang terdiri dari al-Khazraj sembilan orang, dan tiga dari al-Aws mereka itu adalah:

Naqib-nabib kepada al-Khazraj

1. As'ad bin Zurarah bin Ads
2. Sa'd bin al-Rabi' bin Amru
3. Abdullah bin Rawahah bin Tha'labah.
4. Rafi bin Malik bin al-Ajlan
5. Al-Bara' bin Marur bin Sakhr
6. Abdullah bin Amru bin Hiram
7. Ubadah bin al-Samit bin Qais
8. Sa'd bin Ubbadah bin Dulaim
9. Al-Munzir bin Amru bin Khanis

Naqib-naqib kepada al-Aws

1. Usaid bin Hudhair bin Simak
2. Sa'd bin Khaithamah bin al-Harith
3. Rifa'ah bin Abd al-Munzir bin Zubair

Dengan itu rasulullah menegaskan kepada mereka dengan sabdanya: "Kamu semua adalah penjamin sebagaimana golongan al-Hawariyun adalah penjamin kepada Isa bin Mariam dan aku adalah penjamin kepada umat ku" . Jawab mereka sebulat suara dengan lafaz; "Ya".

Sumber: Ar-Raheeq Al-Makhtum

4) Dua Belas Mata Air

وَإِذِ اسْتَسْقَى مُوسَى لِقَوْمِهِ فَقُلْنَا اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانفَجَرَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْناً
Surah Al-Baqarah 60

Dan sentiasalah ayat-ayat menyebut dan membilang nikmat-nikmat ke atas Bani Israel. Salah satu daripada nikmat yang besar ke atas mereka, tatkala mereka sesat di padang pasir dan dahaga yang amat sangat, hampir-hampir membawa kematian, lantas Nabi Musa a.s. berdoa kepada Tuhannya supaya diberi pertolongan kepada mereka. Selepas itu Allah mewahyukan kepadanya supaya memukul tongkatnya ke batu sehingga keluar daripadanya pancutan mata-mata air mengikut kadar jumlah kabilah mereka, iaitu sebanyak 12 kabilah.


Inilah yang dinyatakan Allah 'Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, kerana teramat dahaga ketika sesat di padang pasir, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), dengan sebab itu, terpancutlah mata air daripadanya.



Ada dua pandangan ulama mengenai batu:



Batu yang makruf bagi Musa. Inilah pendapat Ibn Abbas, Ibn Jubair, Qatadah, `Atiyyah, Ibn Zaid dan Muqatil. Mereka berselisih pendapat mengenai sifat batu tersebut kepada tiga pendapat:



1)Batu yang bersegi empat, pendapat Ibn Abbas.



2)Batu berbentuk kepala lembu jantan, pendapat `Atiyyah.



3)Batu berbentuk kepala kambing, pendapat Ibn Zaid.



Bahawa arahan memukul mana-mana batu tetapi pendapat yang pertama lebih kuat.



Lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air. Ini berdasarkan jumlah kabilah mereka. Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing, supaya tidak bergaduh antara satu sama lain. Jika ditanya, apakah hikmah dijadikan 12 mata air? Jawapannya, ialah bahawa kaum Musa jumlahnya ramai ketika mereka sesat di padang pasir dan amat memerlukan air, kemudian mereka mendapatinya. Sudah tentu berlaku pergaduhan dan perebutan di antara mereka. 

Justeru, Allah sempurnakan nikmat ini dengan menjadikan setiap puak dari kalangan mereka mata air yang khusus kerana mereka mempunyai 12 puak, iaitu daripada keturunan anak-anak Ya'kub. Cucu-cucu beliau lebih dikenali dengan istilah asbat (suku-suku) yang sering disebut dalam al-Quran. Mereka merupakan ketua-ketua suku Bani Israel dan mereka masih terus mengikut sistem suku. setiap suku itu dibangsakan kepada ketua besarnya.







Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Fri Feb 04, 05:31:00 AM delete

chup
yg no 2 tu bani israel right?
-clearing-

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Sat Feb 05, 10:00:00 AM delete

yup...typing error...
syukran

Reply
avatar
Jαnnαhツ
AUTHOR
Tue Feb 15, 05:07:00 AM delete

12 bulan dalam setahun...

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Tue Feb 15, 03:16:00 PM delete

jannah: lupa pula...jam ada 12 angka

Reply
avatar
muslimut
AUTHOR
Thu Feb 17, 08:01:00 AM delete

salam saudara rasyadan. saya pernah terdengar tentang suatu hadis yang mengatakan bahawa akan terjadi suatu bunyi yang tersangat kuat di pertengahan bulan ramadhan tahun 2012. yang beriman akan selamat, yang tidak beriman akan binasa. tp saya lupa pulak hadis tu. sejauh manakah kesohihan hadis tersebut.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Wed Jun 08, 08:06:00 PM delete

muslimut:
maaf saya tak pernah dengar hadis itu. saya cuba cari. tapi, kenapa 2012? ada hadis sebut detil ke tarikh?

Reply
avatar