#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Koreksi Buat Diri

Terimalah hakikat bahawa Ramadhan telah berlalu meninggalkan kita semua. Sekarang Syawal sedang berlangsung. Syawal juga bulan yang mulia. Bulan yang dianggap sebagai bulan menyambut kemenangan bagi orang yang bertaqwa.

Kemenangan ke atas apa? Siapa yang memperoleh taqwa? Persoalan yang cukup subjektif. Hanya diri sendiri yang mampu menjawab dengan telus. Yang pasti kilangnya adalah pada bulan Ramadhan.

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu sekalian puasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu sekalian bertaqwa "
( QS Al-Baqarah : 183 ).

Sepanjang Ramadhan kita suka menghitung fasa-fasa dalam bulan Ramadhan. Iaitu Fasa awal, fasa pertengahan dan fasa terakhir. Adakah kita pernah memikirkan fasa selepas Ramadhan? Fasa di mana amalan kita menjadi haru biru. Apa sudah jadi dengan amalan kita? Semakin meningkat atau jatuh menjunam

“Jadilah hamba Allah, dan jangan jadi hamba Ramadhan”





Perancangan perlu rapi. Perlu memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Supaya kita ada beberapa plan alternatif sekiranya berhadapan dengan kesulitan dan dugaan.Banyak perancangan yang dibuat tanpa ada persiapan yang rapi menyebabkan semua perancangan menjadi tidak tentu arahDatang secubit dugaan sahaja, perancangan sudah kucar kacir.

Kesibukan urusan dunia membuatkan kita sedikit lalai dalam mengejar ganjaran yang allah janjikan pada bulan Ramadhan. Memang benar konsep ibadat itu luas. Belajar, menyiapkan homework, assignment, itu adalah ibadat. Tapi kita juga perlu kepada ibadat yang khusus, iaitu yang mampu menjernihkan hati yang sudah lama kotor. Melunakkan hati yang semakin hari semakin keras dan beku. Mungkin sikap suka menangguh kerja perlu dipersalahkan.

 (keindahan Masjid Beijing Rantau Panjang)


Meramal malam lailatul qadar sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat kita. Ada yang memfokuskan amalan pada 10 malam terakhir. Ada yang fokus pada malam yang ganjil sahaja. Ada juga yang hanya tumpu pada malam ke-27. Terpulang pada masing-masing. Yang penting kita ada usaha untuk merebut ganjaran yang Allah janjikan.

Kemanisan iktikaf di masjid perlu dirasai oleh semua orang. Angin yang dingin, nyamuk yang mengganggu sudah menjadi ‘mainan’ di sana. Kemanisan lebih dirasai jika bersama-sama dengan sahabat ditambahi pula dengan taujihat-taujihat yang lembut dan halus yang menusuk ke hati. Sudah lama tidak merasai suasana ini. Hati pun sudah menjadi keras dan hitam.



Suka melihat kanak-kanak ramai di masjid. Kerana kanak-kanak yang selalu ada di masjid mempunyai potensi yang cukup besar untuk menjadi insan yang baik kelak. Soal bising dan bermain itu soal kedua. Itu perlu kepada peranan ibu bapa dan kesabaran para jemaah dalam usaha mendidik kanak-kanak.

Dalam kita menghadapi krisis kekurangan anak-anak muda di masjid, kita perlu memikirkan cara bagaimana untuk memikat hati tunas-tunas islam ke masjid. Biarkan tunas itu bermain di masjid. Biar hati mereka diikat kemas di tiang masjid. Nanti apabila sudah besar, mereka akan mengingati dan mula berpaut pada masjid. Salah satu golongan yang dinaungi oleh Allah taala.

“Lelaki yang hatinya berpaut pada masjid”

Menampung kecacatan Ramadhan dengan amalan-amalan dalam bulan Syawal

Hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Thu Sep 16, 02:32:00 PM delete

salam rasyadan,

boleh bagi rujukan untuk kalimah ini?:

“Lelaki yang hatinya berpaut pada masjid”

kalau perempuan hukumnya bagaimana?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Thu Sep 16, 07:31:00 PM delete

wassalam akhi (ni sape ye?)

ni hadis penuh:

Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :

1) imam (kepala atau pemimpin) yang adil.

2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.

3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.

4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.

5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)

6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.

7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq 'alaih)


syarah bg golongan ketiga byk,
tp ana tak rujuk lagi kitab fathu; bari & kitab2 lain. nnt ana rujuk.

ada pndpt kata bukan sekadar lelaki, tp perempuan juga termasuk.
pas2 ada pndpt kata bukan sekadar masjid, tp yg dimaksudkn adlh tempat2 yg baik, prgm2 yg manfaat, benda2 yg baik. hati mereka suka kpd benda yg baik

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Fri Sep 17, 01:03:00 AM delete

syukran jazilan.

Reply
avatar