#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Perlukah Ujian 1Malaysia?

Saya tertarik dengan cadangan DS Najib berkaitan ujian 1 Malaysia. Menurut beliau ujian tersebut bertujuan untuk memastikan setiap individu, kumpulan dan institusi bebas daripada sikap perkauman. Ujia tersebut menyentuh tentang pendirian masing-masing dalam isu etnik tertentu yang memberi impak kepada kaum atau agama lain.

Saya mula terfikir, adakah ia relevan atau sekadar retorik? Mungkin sesuatu yang sia-sia?. Tulisan ini bukan ingin memandang enteng cadangan PM, tapi kritikan dan cadangan ke arah membentuk perpaduan yang sebenar.

Dalam sistem kehidupan, barisan pentadbiran perlulah mempunyai tasawur tentang perpaduan yang jelas. Sebelum ‘projek’ ini dijalankan kepada semua warga negara, yang pertama sekali barisan pentadbiran negara mestilah bebas dari wabak perkauman.

Kenyataan Bekas Pembantu Khas PM, Datuk Nasir Safar yang berunsur perkauman ketika ketika ucapan beliau di seminar 1 Malaysia di Melaka menunjukkan bahawa indvidu yang berada dalam pentadbiran belum lagi memahami konsep perpaduan.

Kita amat kecewa dengan kes yang berlaku di Kulai, seorang pengetua sekolah memberitahu pelajar-pelajar berbangsa Cina di sekolahnya supaya balik ke China, dan menyamakan resam pelajar beragama Hindu menyerupai sejenis binatang. Dimanakah Falsafah Pendidikan Negara yang dicanangkan oleh kerajaan?

Sikap perkauman sedemikian amat membimbangkan kita. Tepatlah bidalan Melayu, “Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Apa untungnya menghina bangsa lain? Adakah dengan penghinaan itu membuatkan bangsa kita semakin maju?

Setiap manusia mendambakan perpaduan dalam kehidupan. Kerana kekuatan yang utama ialah kekuatan perpaduan. Usaha memupuk perpaduan mestilah bermula dengan kefahaman tentang perpaduan bukannya sekadar laungan dan slogan yang kosong.

UKHWAH ISLAMIYAH VS ASOBIAH

Islam mengutamakan perpaduan bukan sahaja dalam ruang orang islam malah meliputi seluruh alam. Kerana nabi Muhammad SAW diutuskan untuk membawa rahmat ke seluruh alam.  Bukti yang cukup jelas boleh dilihat pada khutbah pada Haji Wada’ , iaitu nabi berpesan tentang persaudaraan dan juga tegahan terhadap cara hidup jahiliah.

Medan Uhud menjadi saksi terhadap ‘kerosakan’ akibat daripada sifat asobiah. Diceritakan, selepas berakhirnya peperangan, sahabat menunjukkan kepada nabi mayat-mayat tentera islam yang meninggal dalam peperangan. Tiba-tiba nabi megngisyaratkan kepada 1 mayat sambil menyatakan bahawa mayat tersebut adalah ahli neraka.

Para sahabat terkejut kerana menyangka semua mayat adalah mati syahid. Nabi menjelaskan, mayat (tentera islam) tersebut berjuang kerana mempertahankan Madinah bukannya Islam.

KEADILAN ISLAM

Islam bersifat adil. Keadilan pada Islam menyebabkan orang bukan Islam menyenangi pemerintahan Islam. Contoh yang terdekat boleh dilihat di negeri Kelantan, rakyat bukan Islam kadangkala terbiasa dengan percakapan dan tuturkata orang Islam dan mereka merasa senang berada di bawah pemerintahan orang Islam.

Dalam buku The Preaching of Islam, T.W. Arnold melaporkan “Apabila tentera-tentera Islam tiba di lembh Jordan dan panglima Abu Ubaidah mengarahkan supaya khemah-khemah dipasang di Fhil, penduduk-penduduk Kristian di negeri itu menulis surat kepada golongan arab muslim ini dengan berkata, ‘ Wahai orang-orang Islam, kami lebih suka sekiranya kamu yang memerintah kami daripada pihak Rom walaupun mereka seagama dengan kami. Mereka merompak harta kami dan memusnahkan tempat tingal kami’.

Sebelum menggagaskan idea-idea perpaduan, molek jika kita merujuk sirah nabawiyah, meneladani kepimpinan nabi, sahabat, pejuang islam dan ulama. Cara mereka mentadbir kerajaan bukan sahaja menyatukan orang islam malah menyatukan antara orang islam dan bukan islam.

Kepimpinan Khalifah Ar-Rasyidin, Nurudin Az-Zinki, Salahuddin Al-Ayubi dan lain-lain boleh dijadikan model pentadbiran sebuah negara yang sangat bagus.
  
Konsep Islam Ya’lu Wala Yu’la Alaih (Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya) pasti dapat merobohkan tembok-tembok perkauman yang dibina manusia yang tak mengerti. Islam mengangkat keadilan menolak penindasan.




Previous
Next Post »