#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Saat Air Mata Membasahi Pipi

Air mata. Harganya sangat tinggi. Tidak ada di pasaran. Hanya ada pada makhluk yang Allah kehendaki. Nilainya sangat tinggi sehingga tidak mampu dibeli oleh mana-mana jutawan. Lebih tinggi nilainya, jika ia digunakan pada tempat yang sepatutnya.


Air Mata Maksiat

Ada juga manusia yang tidak menghargai nilai air mata. Setitik sahaja sudah cukup.
Ramai orang merembeskan air mata sekadar menangisi sesuatu yang sia-sia dan juga atas jalan maksiat. Majnun menangis kerana ditinggalkan oleh laila. Sang kaki judi menangis kerana kalah dalam pertaruhan.


Air Mata Kematian

Fitrah manusia sedih mengenangkan saudara yang mati. Nabi SAW juga menangisi pemergian Abu Talib dan Sayyidatina Khadijah. Manusia yang celik hati juga manangisi kematian para pejuang islam dan ulama. Tapi air mata untuk kematian cukup sekadar had fitrah bukan meratapi kematian.


Air Mata Syukur

Syukur pada allah membawa kepada kemurahan dan keberkatan rezeki. Tanpa disedari air mata terkeluar dari celahan anak mata tatkala tingginya kesyukuran kita pada Allah.


Istighfar Kubra (Istighfar Besar)


Air Mata Taubat:

Air mata ini sangat bernilai. Bukan mudah untuk mengeluarkan air mata kerana taubat kita yang benar kepada allah. Ramai para wali, ulama dan pejuang islam menangis mengenangkan dosa lalu. Hasan Al-Basri, Fudhail B Iyadh, Ibrahim Adham, Malik B Dinar, Rabiatul Adawiyah, Uwais Al-Qarni, darjat mereka sangat tinggi di sisi Allah. Air mata sentiasa membasahi pipi kerana takutnya mereka kepada Allah.

Air mata kadangkala membeku. Susah untuk dikeluarkan. Walaupun mulut berkumat-kamit melafazkan istighfar. Hari juga gundah. Mulut tidak henti-henti memohon ampun kepada Allah. Inilah petanda bahawa hati kita menjadi keras. Susah untuk merasai kemanisan air mata taubat.





Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, 

"Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi




Hargailah nilai air mata
Previous
Next Post »