#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Ramadhan : Tiada Yang Pelik

Ramadhan bakal menjelma,
Setiap kali datangnya Ramadhan,
Strategi juga dirangka, kononnya untuk menjadikan Ramdhan kali ini adalah yang terbaik.


“ (masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaaan antara yang benar dengan yang salah. “ (al-Baqarah-185)


Ramadhan menjadi ‘kawasan’ untuk memecut,
Memecut laju mengejar amalan-amalan sunat,
Malangnya habisnya Ramadhan terus lesu,
Amalan juga membeku.


Tiada yang pelik dalam Ramadhan ?
Tiada peliknya jika kita banyak berzikir hanya pada bulan Ramadhan
Tiada peliknya jika kita selalu ke masjid pada bulan Ramadhan
Tiada peliknya jika kita selalu bangun awal pagi untuk solat subuh pada bulan Ramadhan
Tiada peliknya jika kita banyak bersabar pada bulan Ramadhan
Walaupun pada bulan-bulan yang lain, kita tidak sedemikian

Inilah keunikan Ramadhan,
Bulan penuh barakah dan rahmat Allah taala.






Daripada Abi Mas’ud al-Ghifari, katanya Rasulullah SAW bersabda:
“ Kalaulah hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan, nescaya mereka bercita-cita supaya bulan Ramadhan berlaku sepanjang tahun ”

Riwayat al-Tabarani, Ibn Khuzaimah dalam sahihnya dan al-Baihaqi


Tidaklah pelik pada bulan Ramadhan jika kita,

Tidak ber’dating’ bersama bukan mahram kita,
Tidak menghabiskan duit membeli dan menghisap rokok,
Menjaga aurat dengan panduan syariah.




Kerana ia pada bulan Ramadhan
Bulan umat islam berlumba-lumba untuk beribadat mengharapkan keampunan dari ilahi


Daripada  Abi Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:

“Apabila menjelmanya Ramadhan, nescaya dibuka pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan”     Riwayat al-Bukhari dan Muslim


Pohonlah keampunan dari Allah taala
Mengharapkan keredhaanNya dalam semua urusan kita


Supaya Ramadhan, madrasah yang mendidik jiwa kita




Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Thu Aug 12, 01:03:00 AM delete

Bulan Ramadhan adalah bulan puasa. Selamat berpuasa~

-mujahid-

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Thu Aug 12, 01:07:00 AM delete

jangan ponteng puasa ea..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Thu Aug 12, 02:08:00 AM delete

to sufi
ramadhan karemm


to mujahid:
ye saya tahu..i'allah

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Thu Aug 12, 08:05:00 PM delete

Ramadhan adalah bulan nuzul quran.
Ramadhan adalah bulan padanya laitulatul qadr.
Ramadhan adalah bulan padanya syaitan dibelenggu.
Ramadhan juga adalah bulan manusia mencari keuntungan.

Sebaik-baik keuntungan itu keuntungan akhirat.
Tetapi mengapa ramai orang yang masih mencari keuntungan dunia didalam bulan yang Allah menyediakan dalamnya keuntungan akhirat yang berbilang-berbilang?

Jangan leka, jangan lalai.

-mujahid-

Reply
avatar