#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Politik Sepanjang Zaman

Apabila bercakap soal politik, kita tidak mampu lari dari usaha untuk mengalahkan satu pihak dan memenangkan satu pihak. Tetapi kita lupa satu usaha yang penting iaitu, usaha untuk memenangkan kedua-dua pihak.


Perbezaan Antara Politik dan Siasah

Dari sudut bahasa, Politik adalah daripada Bahasa Melayu manakala Siasah daripada Bahasa Arab. Menurut Kamus Dewan:

Politik:
1) Ilmu berkaitan pemerintahan, ilmu kenegaraan
2) Segala sesuatu berkaitan pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain
3) Kelicikan dan muslihat

Siasah:
1) Pengetahuan yang bersangkutan dengan hal ehwal kenegaraan ( pemerintahan dll )
2) Kebijaksanaan ( kebolehan, muslihat ) untuk mencapai sesuatu maksud


Politikus-politikus

1) Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad adalah insan yang versatile. Baginda sangat menguasai ilmu politik, malah ilmu politik baginda amat dikagumi lawan. Sirah Nabawiyyah telah merakamkan berpuluh-puluh strategi Nabi SAW dalam usaha berdakwah dan juga berperang. Nabi SAW juga berdiplomasi dengan golongan bukan islam, itu adalah salah satu bentuk politik. Dari sudut politik, baginda juga banyak melakukan sesuatu tindakan yang mengutamakan keuntungan jangka masa panjang dan besar. Perlu diingat, politik nabi bukanlah politik yang berbentuk kepentingan peribadi, politik nabi juga tidak membuahkan kegerunan semata-mata kepada pihak musuh, tetapi yang penting kebencian musuh kepada baginda bertukar kepada kecintaan kepada baginda.


2) Kaultilya ( 321 - 296 SM )

Kautilya @ Canakya. Tokoh politik yang membincangkan soal kenegaraan melalui politik berdasarkan kebijaksanaan, falsafah, kepimpinan, ekonomi dan tatanegara. Beliau juga menitikberatkan soal agen rahsia, kegiatan para menteri, penghakiman kepada pesalah dan kegiatan seorang raja ketika mahu berperang. Ada yang mengatakan prinsip Kaultilya mempunya persamaan dengan prinsip Machiavelli.



2) Sun Tzu ( 400 - 320 SM )

Menghasilkan sebuah karya agung "The Art of War" yang menjadi rujukan bagi seorang politikus mahupun strategis perang. Karya tersebut diperkenalkan di Jepun sekitar tahun 716 - 735 M, seribu tahun kemudian muncul di Eropah.


petikan Strategi Sun Tzu

Bab 1: Strategi untuk menang
Pinjam Tangan Seseorang Untuk Membunuh : Menentang pihak musuh dengan menggunakan kekuatan orang lain

Bab 2: Strategi berhadapan dengan musuh
Pisau Tersarung Dalam Senyuman : Menjadi seperti gunting dalam lipatan

Bab 3: Strategi penyerangan
Pinjam Mayat Orang Lain Untuk Menghidupkan Kembali Jiwanya : Ambil cara/teknologi yang telah dilupakan/tidak digunakan lagi untuk mencapai kepentingan peribadi

Bab 4: Strategi Kaos
Jauhkan Kayu Bakar Dari Tungku Memasak : Apabila berhadapan dengan musuh yang kuat, kita perlu runtuhkan dasar mereka

dan lain-lain


3) Niccolo Machiavelli ( 1469 - 1527 )

Sosok tubuh yang amat dikenali manusia dalam bidang politik, falsafah, ketenteraan dan lain-lain. Berasal dari Itali. Antara karya-karya beliau ialah, The Prince, The Discourse, The Art of War dan lain-lain. Inti pati pemikiran dasar beliau adalah bagi seorang pemimpin yang ingin mencapai sesuatu tujuan perlulah melakukan apa-apa sahaja tindakan walaupun melanggari etika atau tatasusila. Ramai yang mengatakan bahawa karya beliau merupakan sumber rujukan bagi diktator. Dalam ribuan pencaci kepada Machiavelli, ada juga di celahan yang memuji pemikiran konkrit beliau. Beliau juga amat menitikberatkan soal kenegaraan.



4) Mahatma Gandhi ( 1869 - 1948 )

Dilahirkan di India. Menggunakan uslub politik yang sangat berbeza dengan Machiavelli. Dikenali sebagai figur yang memperjuangkan hak kemanusiaan dengan konsep ahimsa ( tanpa kekerasan ). Selain di India, beliau juga berjuang di Afrika Selatan dengan mendapat bantuan daripada Nelson Mandela. Sesungguhnya perjuangan tanpa kekerasan memerlukan kesabaran yang tinggi kerana masih banyak lagi perjuangan beliau yang belum berjaya. Namun, di sebalik perjuangan tanpa kekerasan, beliau telah ditembak mati.




Sepak Terajang Politik Negara

Politik Malaysia secara zahirnya dipandang 'baik' oleh sesetengah orang, tidak dinafikan prinsip Machavellian ( iaitu unsur-unsur politik yang mengetepikan soal adab dan tatasusila ) telah diaplikasikan secara ghairahnya. Perkara ini tidak mustahil, kerana hampir semua negara mengamalkannya. Perlu diingat, kita tidak mahu kepada prinsip Machavellian, tetapi kita percaya bahawa " Peperangan adalah tipu daya ". Hanya sesetengah pihak sahaja yang masih mengamalkan politik nilai dan politik bakti, tetapi majoriti menggunakan politik sebagai landasan untuk kepentingan peribadi sehingga sanggup menggadaikan agama, maruah, jiwa dan juga saudara.


" Politik untuk menguruskan manusia lebih sukar daripada politik untuk menguruskan binatang " - Imam As-Syafie


Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Mon Nov 30, 10:43:00 PM delete

politik nilai mengangkat ilmu dan adab, sementara politik kuasa tidak bererti apa-apa.

tahniah, penulisan yang baik daripada orang yang ahli. =)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Mon Nov 30, 11:27:00 PM delete

byk lg warfare yg agak2 jahat yg masih diselindungi

tq

sama2 m'ahlikan diri yg dh pun ahli

Reply
avatar
Fri Dec 04, 05:26:00 AM delete

Al Quds Travel Welcome You :-

"AL QUDS TRAVEL FAIR 09"
Date : 10,11,12 December 2009
Time : 10.30 am - 10.00 pm
Venue : Ruang Legar KB Mall K.Bharu
Organizer : Al Quds Travel Sdn Bhd
Official Radio : THR Gegar FM
Tel No : 609-747 9999

Diskaun RM999.00 untuk Pakej Umrah

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Fri Dec 04, 07:38:00 AM delete

sempat lagi promosi...hu3

Reply
avatar
Wed Dec 16, 07:18:00 AM delete

betapa ruginya orang yg memisahkan agama dgn politik..ternanti-nanti kemunculan pmimpin2 yg menjadikan politik n siasah Rasulullah sbg sumber utama..

Reply
avatar