#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Pemuda Berwawasan

Agak lama tidak bermain dengan papan kekunci. Terasa janggal sekali. Masa sangat mencemburui. Kadangkala cuba juga untuk mencuri masa.

" الواجبات أكثر من الأوقات"

Meneladani manusia berwawasan dalam erti kata yang lain, ingin menjadi manusia yang berpandangan jauh. Tidak tersekat dengan pandangan lahiriah yang hanya tertumpu kepada duniawi, tetapi ingin memandang dengan mata hati kehidupan yang abadi.

Aku sempat berjumpa dengan junior aku dari tamhidi, aku bertanya tentang perancangan sebelum pulang ke kampung. Senario yang sering juga menimpa aku, iaitu tidak membuat perancangan yang begitu rapi sebelum pulang ke kampung. Sama ada ingin menggerakkan dakwah, memperdalamkan ilmu, menyemai bakti kepada masyarakat dan sebagainya. Persoalan yang menggugah supaya junior aku tidak mewarisi sifat aku dahulu.


Pemuda Itu

Aku tidak pernah bersua muka dengan pemuda itu, sekadar mendengar kehebatan beliau melalui ceramah dan membaca penulisan berkaitan beliau. Nama beliau tidaklah popular dalam kalangan manusia moden, cukup menjadi bahan sejarah untuk diteladani. Beliau adalah Mus'ab Ibn Umair. Seorang sahabat Nabi SAW yang amat mengagumkan. Meninggalkan dunia kemewahan demi mengejar 'kepahitan' perjuangan.

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang berada. Segala kemewahan dan kekayaan beliau nikmati. Tapi itu hanyalah untuk sementara, apabila sudah sampai hidayah Allah, hati yang dahagakan rabbani, sanggup meninggalkan kekayaan demi perjuangan Islam.


Wawasan Yang Menyinari Madinah

Sejarah ini mengisahkan apabila Rasulullah SAW menemui kabilah-kabilah arab yang datang semasa musim haji. Baginda mengajak mereka memeluk Islam. Ketika Baginda berada di Aqabah, Baginda menemui satu rombongan kaum Aus dan Khazraj. Lantas Baginda mengajak mereka kepada Islam dan mereka menerimanya. Bilangan mereka ketika itu 7 orang. Setelah itu mereka pulang ke Madinah, lalu menceritakan kepada kaum mereka tentang pertemuan tersebut dan Islam yang mereka anuti.

Pada tahun berikutnya (tahun ke-12 kerasulan). 12 orang (naqib) lelaki Ansar datang ke Makkah. Mereka berhimpun dan berbaiah dengan Nabi SAW. Mereka pulang ke Madinah bersama utusan khas Nabi SAW, Mus'ab Ibnu Umair. Tujuan diutuskan Mus'ab adalah untuk membacakan Al-Quran dan mengajarkan Islam kepada orang Islam di sana. Beliau digelar dengan panggilan " Muqri' Al-Madinah".


Bersama 12 orang Naqiban

Selepas bai'ah dilaksanakan, Nabi SAW meminta supaya dipilih 12 orang ketua sebagai naqib kepada kaumnya

Nabi bersabda "Keluarkan kepadaku 12 orang dari kalangan kamu sebagai naqib yang akan bertanggungjawab terhadap kaumnya apa yang ada pada mereka"

Nuqaba'

1) As'ad B Zurarah B Adas
2) Sa'ad B Al-Rabi' B Amru
3) Abdullah B Rawwahah Tha'labah
4) Rafi' B Malik B Al-Ajlan
5) Al-Barra' B Ma'rur B Sakhr
6) Abdullah B Amru B Haram
7) Ubadah B Al-Samit B Qays
8) Sa'ad B Ubaidah B Dulaym
9) Al-Mundhir B Amru B Khunays
10) Usayd B Hudayr B Sammak
11) Sa'ad B Khaythamah B Al-Harith
12) Rifa'ah B Abd Al-Mundhir B Zubayr

Kata baginda SAW kepada mereka, "Kamu bertanggungjawab terhadap kaum kamu sebagaimana bertanggungjawabnya Hawari kepada Isa AS, dan aku bertanggungjawab kepada kaumku"-yakni semua umat islam-. Mereka menjawab "Baiklah" ( Ibn Hisham 1/443,444,446 ).

Sepanjang menjalankan tugas di Madinah, Mus'ab juga pernah diancam nyawanya, tetapi beliau tidak melakukan apa-apa kecuali dengan membaca beberapa potong ayat Al-Quran serta menyebut beberapa hukum-hakam Islam. Lalu musuh yang kuat tiba-tiba menjadi lemah dan turut serta dalam kelas pengajian beliau.


Uhud Menjadi Saksi

Beliau turut serta di dalam peperangan Uhud. Di dalam peperangan itulah beliau dipilih Allah sebagai syahid. Dengan pakaian yang sehelai di tubuh beliau, baju labuh beliau tidak mencukupi untuk menutup keseluruhan 'aurat jenazah' beliau. Jika ditarik untuk menutup bahagian kepala, bahagian kaki akan terdedah dan sebaliknya. Keadaan ini diceritakan kepada Rasulullah SAW. Rasulullah menangis kerana terkenang akan pengorbanan beliau yang sanggup mengorbarkan kehidupan yang mewah demi mengejar 'janji Allah'. Lalu Nabi SAW bersabda " Tutuplah bahagian kepala dengan baju labuh itu, dan tutuplah kedua kakinya dengan daun kayu izkhur ".

Menyemai Wawasan

Mungkin ada yang terperasan kenapa aku terlalu mengagumi Mus'ab B Umair ( sebelum ini sudah ada posting berkaitan Mus'ab ). Bukan kerana sikap taasub, tapi sebagai pedoman hidup untuk menghadapi ranjau dalam perjuangan. Mus'ab B Umair adalah ikon anak muda yang bukan materialistik. Soal material amat penting, kalau tidak penting masakan banyaknya kes rasuah dilaporkan?

Sebab itu, kita mesti mencontohi Mus'ab, tidak memandang dunia sebagai pengakhiran tapi akhirat yang cukup jelas dalam sukma beliau. Wawasan kita adalah memupuk jiwa Tadhiyah (pengorbanan). Bukan sekadar Tadhiyah dari segi harta, malah masa, tenaga dan jiwa.

Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Sat Nov 07, 06:52:00 AM delete

what is the meaning of tadhiyah?

Reply
avatar
Mon Nov 09, 11:24:00 PM delete

Allahuakbar...Dia syahid sebagai orang yang mgkn faqir harta di dunia..tetapi pulang dengan jiwa yang kaya raya, insyaAllah...kita perlu taasub ana rasa, taasub dengan produk tarbiyah Rasul SAW..

Reply
avatar
yue_emaniez
AUTHOR
Sun Nov 15, 08:24:00 AM delete

ya, benar kata sdra kita umar..

wadah tarbiyyah yg dipersembah Rasulullah penuh onak n ranjau..tapi kita? sering teralpa dengan kelekaaan n keselesaan.

tahniah, titipan yang menyedarkan.

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Mon Nov 30, 11:35:00 PM delete

sewajarnya sifat tadhiyah ( harta, jiwa, masa ) dipupuk sejak kecil atau alam remaja, supaya diri kita tidak terjerumus dalam rasuah atau sebagainya. tidak memandang harta sebagai matlamat utama

Reply
avatar