#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Penantian Perubahan

Sepatutnya bahang pilihanraya kampus (PRK) telah dirasai oleh semua warga kampus USIM. Tarikh 21 Januari menjadi tarikh debaran bagi semua warga kampus. Kenapa? 

1) Tarikh itu merupakan titik penanda perubahan minda mahasiswa USIM. Sama ada mahasiswa USIM telah dilengkapi dengan kesedaran politik yang tinggi atau masih berada pada takuk yang lama.


2) Tarikh itu merupakan titik permulaan perubahan yang bakal dilakukan oleh pimpinan mahasiswa bagi sesi yang baru. Perubahan itu bukan diukur dengan jumlah program, tapi boleh diukur dengan tahap kemampuan memimpin yang ditonjolkan oleh pimpinan dan juga dapat dinilai dengan nilai pemikiran yang wujud dalam diri pimpinan

3) Tarikh itu juga akan menentukan 'keperkasaan' calon yang bertanding. Dengan jumlah bilangan calon yang ramai dan berwibawa.


Sememangnya PRK kali ini amat berbeza dengan sebelumnya. Banyak perubahan yang telah berlaku dan akan berlaku. 




TITIK PENANDA PERUBAHAN



Hazimin, (   ), Faisal Tehrani
PEMIKIR'09


Satu program yang cukup kritis dalam membahaskan dunia liberal. Dengan penampilan ahli panel yang hebat dalam menyampaikan erti sebenar LIBERAL. Sambutan yang diberikan oleh mahasiswa USIM amat memberangsangkan. Sekalun tahniah kepada sahabat saya, Mohd Hazimin Harun ( Setiausaha Akhbar kepada Sdr. Alif Ismail ) kerana menjemput saya untuk sama-sama menjayakan PEMIKIR'09


KUASA PERUBAHAN SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Merupakan program yang pertama 'memecahkan' DKP 3 yang sebelum ini tidak pernah berlaku. Kehadiran peserta melebihi 700 orang walaupun operasi promosi hanya 2 hari. Amat tepat nama program yang dicadangkan oleh Hazimin iaitu KUASA PERUBAHAN.



Dua program ini membuktikan bahawa mahasiswa USIM sudah berubah dan bersedia untuk berubah lebih jauh. Persoalan, siapakah yang mampu menjadi AGEN PERUBAHAN?



Jawapannya, tunggu tarikh 21 Januari 2010


Dua elemen dalam perubahan ialah: pertama: Agen Perubahan, kedua: Bersedia untuk melakukan perubahan 




MENGHADAPI SUASANA PILIHANRAYA MATRIK


 Sahabat KMNS

Saya tidaklah merasa kekok apabila menghadapi PRK kerana saya telah merasai pengalaman pilihanraya semasa di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). Semasa di KMNS saya bukanlah seorang calon yang bertanding, tetapi saya sempat melihat gelagat sahabat-sahabat yang bertanding. 


Beberapa hari sebelum pilihanraya, ada yang gelabah, takut, risau, menangis. Saya tahu mereka semua terpaksa untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam kepimpinan. Mereka menangis kerana mereka sedar amanah itu terlalu berat untuk dipikul, tetapi mereka yakin mereka bukan keseorangan, ramai sahabat-sahabat yang akan membantu. Saya tak sempat untuk sama-sama turun ke medan politik di KMNS, saya menjadi penasihat sambilan kepada sahabat-sahabat saya yang berada dalam kepimpinan KMNS 07/08 iaitu Fadil, Saidah, Riduan, Hizamin, Firdaus, Firdauz, Razali, Aimerul, Mahirah, Atikah, Hidayah, Asyura, Intan, Tolhah, Shahman dll. Sungguh manis kenangan dulu.


Di USIM saya tidak terlibat dengan sepak terajang PRK, sekadar pemerhati dan penyokong kepada agen perubahan.  




TARIKH-TARIKH PENTING:
1) 19 JAN : MAJLIS RAPAT UMUM CALON DI KKNC JAM 8 MALAM
2) 21 JAN : PILIHANRAYA KAMPUS (PRK)


WAJIB TURUN MENGUNDI
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
ka
AUTHOR
Thu Jan 21, 05:54:00 AM delete

x semua turun mengundi.ramai g LI...ramai calon yang tak dijangka bertanding.tp bagus ah sbb berani mencuba

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Fri Jan 22, 06:36:00 AM delete

rugi sgt,,,kalau sume mengundi, polariti mesti berubah

Reply
avatar