#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Adat 'Perlawanan'

Kemenangan atau kekalahan bukanlah kayu ukur yang paling bagus untuk menentukan kecemerlangan atau kebenaran atau kesalahan. Tapi itu terletak pada hadaf dan beberapa unsur lain. Seperti kata pepatah kalah menang adat perlawanan. Hari ini kita kalah, mungkin esok kita akan menang.

Menceduk sedikit idea Emmanuel Kant dalam Teori Deontologi,

"Betul atau salah sesuatu tindakan itu tidaklah bergantung sepenuhnya kepada akibat sesuatu tindakan".

Pihak yang menang tidak semestinya betul manakala pihak yang kalah juga tidak semestinya salah atau sebaliknya. ( bukan semua keadaan boleh diaplikasikan teori ini )

Dalam sejarah islam, telah terukir peristiwa-peristiwa 'kekalahan sementara' tentera islam. Dalam Perang Uhud ( berlaku pada hari Sabtu, 15 Syawal tahun ke-3 hijrah ) tentera islam telah mengalami 'kekalahan sementara' dek kerana keghairahan sebilangan tentera isam untuk mengejar ghanimah .
Peristiwa yang paling hampir dengan kita ialah, perjuangan di Palestin yang sehingga hari ini belum lagi mencapai kemenangan. Tapi bukan bererti Palestin telah mengalami kekalahan, Palestin cuma belum mencapai kemenangan. Perjuangan pejuang islam di Indonesia juga belum mencapai kemenangan. Jika dahulu pejuang islam di Indonesia dilihat sebagai kumpulan yang begitu kuat, tapi kini sudah berubah.

Ramai figura-figura perjuangan islam, yang memperjuangkan islam tetapi syahid sebelum melihat kebenaran itu menjadi kemenangan. Mereka syahid tatkala islam baru mula berkembang.

Bukan sekadar perjuangan di medan jihad, malah perjuangan sebuah pasukan bola sepak juga mengalami fenomena yang sama. Yang menariknya, banyak pasukan yang hebat pada zaman dahulu seperti Everton, Juventus, Florentina tapi sekarang sepi dari kemenangan. Kalah menang bukan taruhan kita, yang menjadi dasar ialah kebenaran.

Usah sedih jika kita kalah pada hari ini. Sesungguhnya Allah bersama orang yang benar.
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Thu Oct 15, 07:51:00 AM delete

lmbt sgt post ni kluaq..dh krg feel 'kekalahan' 2..
tp xpa kalah ber'maruah'..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Fri Oct 16, 03:06:00 AM delete

xpe....kesan masih dirasa lagi

Reply
avatar