#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Hanya Teori Tertolak?

Gambar hiasan

Teori Evolusi

Teori Evolusi dalam konteks sains moden digambarkan sebagai teori yang menyatakan manusia berasal daripada binatang (khususnya kera). Darwin di dalam bukunya yang bertajuk "The Origin Of Species", beliau menyatakan bahawa semua mahkluk yang hidup wujud hasil daripada proses evolusi daripada satu atau beberapa induk.


Manusia VS Kera

Kemunculan Teori Evolusi yang digagaskan oleh Darwin sedikit masa dahulu menggemparkan dunia. Para cendekiawan dan filosuf islam bertungkus lumus untuk mematikan hujah tersebut.

Isu manusia dikaitkan dengan kera, bukanlah isu yang baharu. Sebenarnya isu ini telah dinyatakan dalam Al-Quran dan diperincikan di dalam kitab Tafsir. Isu Bani Israel yang 'disumpah' menjadi kera dek kerana ketamakan dan keingkaran mereka telah dinukilkan dalam surah Al-Baqarah 65:


Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu kami berfirman kepada mereka, "Jadilah kamu kera yang hina"

Kaum Yahudi telah dilarang oleh Allah menangkap ikan pada hari sabtu untuk menguji keimanan mereka, tetapi kerana tamak, mereka telah melanggari perintah Allah. Menurut kebanyakan Mufassir, sebahagian dari kaum Yahudi yang derhaka itu telah berubah bentuk kepada kera. Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa hanya hati dan perangai mereka seperti kera.

Al-A'raf 163:


Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) kampung yang terletak di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi dugaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di permukaan air; sedangkan pad hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan dugaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasiq


Bertanyalah wahai Muhammad kepada kaum Yahudi yang ada pada zamanmu di Madinah mengenai kisah moyang mereka yang tinggal di sebuah bandar di tepi laut, yang telah melanggar larangan Allah pada hari Sabtu, lalu ditimpa azab disebabkan derhaka. kalau mereka pula melanggar perintah Allah yang kamu sampaikan kepada mereka, maka mereka juga akan ditimpa bala' bencana seperti yang telah menimpa moyang mereka dahulu.

Persoalan?

1) Kenapakah kera menjadi satu bentuk persamaan dengan manusia, adakah ada persamaan dari sudut fizikal atau sikap?

2) Apakah faktor penguat Darwin untuk menggagaskan teori tersebut? Adakah ia satu bentuk pengkajian akal semata-mata atau bersumberkan secebis daripada agama kemudian diselewengi?



Al-Faqiru ilallah:
ARAH
24/09/09
20:16


Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Sat Sep 26, 08:17:00 PM delete

Salam~

Teori evolusi bukan sekadar manusia dan kera. Teori ini intipatinya; kehidupan di dunia ini terjadi secara kebetulan. Bermula dengan seringkas-ringkas organisma menjadi organisma kompleks yang wujud pada zaman moden hari ini..

spt burung [menurut teori ini]; asalnya dari reptiLia. dan apa yang ada di darat hari ini asalnya dari laut.

apa yang perlu difikirkan teori ini menjadi sumber iLham kepada Hitler dan Israel hari ini..? Anda tahu kenapa..?

Sains adaLah sekular...Beriman kepada teori sains secara membuta tuLi adalah kesilapan. dan berhujah tanpa pengetahuan yang cukup juga bukan perkara yang perlu dilakukan.

Islam bukan menang atas dasar hujah, tetapi hikmah=)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Sun Sep 27, 12:11:00 AM delete

ye betul. menurut teori evolusi setiap organisma hidup mengalami evolusi. mungkin bg mereka manusia berasal daripada kera, mungkin juga burung berasal daripada gajah. sungguh pelik. alam ini terjadi dengan sendiri

Reply
avatar