Pada ramadhan hari ke-9, kami ( Syahir smsu 5th year, Umar smsu 2nd year, Noura smsu 1st year ) sama-sama berbuka puasa di Restoran Saba'. Restoran arab ketiga yang pernah aku pergi menjamu selera. First Al-Marjan di KLCC bersama keluarga, At-Tarbush di Kota Bharu bersama guru dan rakan-rakan. Harga makanan di Saba' murah berbanding Al-Marjan, tapi agak mahal berbanding Tarbush. Mungkin faktor muka bumi banyak mempengaruhi. Yang bagusnya, kesemua masih mengekalkan keaslian makanan arab.
Perjalanan ke Cyberjaya sepatutnya tidak terlalu lama, oleh kerana kami 'makan langsat', masa perjalanan menjadi lama. Setibanya di sana, masa untuk berbuka hampir tiba, sekadar tempah apa yang paling cepat.
Kiri atas: Kabsah Chicken, Kanan atas: Grilled Chicken, Bawah: Haniz Chicken
Ini bukan sekadar berifthar, tetapi perjalanan yang mempertemukan dua orang sahabat yang telah berpisah selama 2 tahun. Noura amat girang apabila berjumpa kembali dengan sahabatnya, Abdullah ( kini belajar di LKW ). Dua orang Afrika ini sangat teruja sehingga terlupa akan kewujudan kami.
Abdullah (kiri), Noura ( kanan )
Kami memecut ke Masjid Hadid ( Masjid Besi ) untuk menunaikan Solat Terawih. Sayang sekali, masjid yang indah, besar dan kos pembinaan yang tinggi, tetapi ahli jemaah kurang.
Perjalanan tak berakhir di situ. Banyak tempat diziarahi. Hampir setiap tempat, kami bergambar. Kami memahami sahabat foreigner, mungkin gambar kenangan ini akan dibawa pulang ke kampung halaman untuk ditatap oleh keluarga. Aku terpaksa menjadi cameraman yang tidak bertauliah.
Sekadar cebisan kenangan.
Sekadar cebisan kenangan.
Sign up here with your email
5 comments
Write commentsAmboi jalan sakan n0..xajak pun
Replyrushdunk,
Replysedap an nasi kat saba'..=)
nyum2..
sedap an nasi arab Saba'..
Replynyum3=)
sedapnya.. yum.yum.
Replythere's one arab restaurant near hartamas yg sedap.i would recommend that to ur friend..
happy fasting
to Fazareez:
Replymaaf la, tak sempat beritahu. tak pe lain kali kita g same2
to hannah:
boleh tahan
to Ms.na:
boleh tahan sedap.
there is a restaurant in inti college, but very expensive