#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Kisah Ramadhan, Pengertian Yang Kabur

Gambar kenangan teman seperumahan

"Wahai orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa, sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertakwa "

*moga-moga dari sudut penggunaan manusia bermaksud semoga/harapan. Tapi bagi Allah adalah satu kepastian*


" Letih sangat, boleh tak kalau saya nak berbuka ?"soal aku bagai separuh mati. Ketika itu aku baru balik dari Thailand, seludup mercun. "Siapa suruh pergi jalan-jalan, cuba tengok orang lain, semua letih, tapi tetap juga berpuasa" mak aku nasihat dengan nada sederhana marah. Ketika itu aku masih di bangku sekolah rendah.

Satu lagi aktiviti bulan puasa ialah main PS2 di Thailand. Thailand dari sudut teknologi memang hebat. Lebih maju dari Malaysia.

Dahulu rumahku di kawasan perumahan. Agak meriah dengan gelagat kanak-kanak, tapi kadangkala orang tua menyampah dengan kenakalan budak-budak. Aku tidaklah nakal sehingga orang lain menyampah.

Jika dahulu sekadar puasa, itupun susah nak sempurnakan puasa, penghayatan jauh sekali. Kebanyakan rakan-rakan lain, menjadikan bulan puasa sebagai bulan perniagaan. Jual makanan, mercun dan banyak lagi. Orang ramai berterawih, budak-budak main mercun.

Soal terawih sukar nak diperkatakan, maksima 8 rakaat, minima 0 rakaat. Dahsyat sungguh zaman kanak-kanak.

Aku pernah ikut jemaah tabligh dahulu, semasa keluar dakwah 3 hari, masa itu bulan puasa. Tak cukup 3 hari, aku minta izin kepada ketua rombongan untuk balik awal, alasan nak berbuka bersama keluarga. Kesian abang-abang karkun. Aku tak pernah genapkan 3 hari

Walaupun zaman kanak-kanak aku agak nakal dan jahil. Tapi dari segi iktikaf di masjid memang kami minat. Hampir tiap-tiap malam sepanjang Ramadhan kami iktikaf di masjid. Ajak budak-budak nakal join sekali. Memang seronok.

Bila disingkap sejarah, banyak peperangan berlaku dalam bulan Ramadhan. Yang paling popular ialah Badar Kubra, yang mana menonjolkan 313 tentera Islam yang amat mapan dari sudut keimanan, jitu kesabaran mereka

Zaman Sekarang
Kini, sudah berubah. Walaupun tak banyak berubah, tapi ada perubahan. Penghayatan Ramadhan diutamakan. Tapi satu kekurangan. Jika di kawasan rumah, ramai budak-budak atau kawan-kawan sebaya yang tidak lagi berminat untuk beriktikaf. Masing-masing ada urusan sendiri, main futsal, lepak, tengok bola dan macam-macam lagi. Susah untuk gambarkan. Ini bukan lagi zaman kanak-kanak, ini zaman persediaan kita untuk memimpin.


Previous
Next Post »

3 comments

Write comments
Maisarah
AUTHOR
Sat Aug 22, 03:40:00 AM delete

sungguh..zaman kanak2 la zaman terindah sambut Ramadhan.tpi, skg ni bukan lg waktu utk menyambut Ramadhan, tp utk menghayati Ramadhan.

Reply
avatar
rauhunt
AUTHOR
Thu Aug 27, 01:08:00 PM delete

Muloh ayoh ambik gambar ni deh? Namo gapo doh adik nyo Ikhwe anok Kak Pah sbeloh rumoh dulu ...Bukhori ko? Pahtu sbeloh dio tidok anok Pok Ya Chakuih ..namo gapo? Ore lain abe han cam cam blako

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Fri Aug 28, 11:57:00 AM delete

rasonyo la. xigt, mujor jupo smpat scan lagi. adik ikhwan, bukhori samo tuo ngn ore. Anok p.ya tu mamat ( dok upsi )

Reply
avatar