Menjadi satu persoalan, adakah makanan itu menjadi satu KEPERLUAN atau KEHENDAK? Dalam keadaan bagaimana makanan sesuai diklasifikasikan?
Pandangan Ahli Bijak Pandai
Empat musuh menurut Imam Ahmad B Sahl:
1) DUNIA: Senjatanya adalah Makhluk, sedangkan penjaranya adalah Uzlah
2) SYAITAN: Senjatanya adalah Kenyang, sedangkan penjaranya adalah Lapar
3) NAFSU: Senjatanya adalah Tidur, sedangkan penjaranya adalah Berjaga malam (Beribadat)
4) HAWA: Senjatanya adalah bercakap, sedangkan penjaranya adalah Diam
Imam Syafei apabila ditanya keadaannya, lantas beliau berkata:
"Bagaimana keadaan sesiapa pada waktu pagi sedangkan dituntutnya Lapan perkara,
1) Kitab tuhannya dengan amalnya
2) Sunnah nabi dengan mengikutinya
3) Nafsunya dengan syahwatnya
4) Keluarganya dengan makanannya
5) Hawa nafsunya dengan panjang angan-angannya
6) Masanya dengan pembaziran
7) Malaikat maut dengn mengambil nyawanya
Makanan adalah keperluan kita, tetapi biarlah berpada-pada, jangan kerana terlalu 'lapar', ibadah tergendala kerana perut yang penuh
Sign up here with your email
2 comments
Write commentsKelihatannya iftar di saba' tadi. Mungkin lauknya terlalu sedap sehingga "sayang" nak bangun untuk mengerjakan solat maghrib yg amat singkat masanya~
ReplyAda pun, ana lebih suka solat dahulu baru makan ~ berbuka sedikit ala kadar sblm solat mgrb :)
Apapun,mmg benar. Lagi - lagi bila tgh lapar kan, semua dpn mata sedap je nampak. Padahal, bila dah teguk air waktu berbuka, semua yang dipandang sedap tadi sudah layu dipandangan mata.
Rasulullah saw juga bersabda:
"Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi
sihat."
Punca segala penyakit ialah daripada makan yang tidak
diatur mengikut syariat dan terlalu berlebih-lebihan.
Dengan berpantang dan berpuasa kesihatan dapat dikawal
kerana perut dapat dijaga dari menerima terlalu banyak
makanan dan makan makanan yang tidak sesuai.
Wallahua'lam~
(sila tegur jika salah)
ya, meja berhampiran sahaja. Betul apa yang sdri. katakan, mungkin terlalu lalai.
Replytapi bukan terlalu lapar, sekadar menunggu sahabat dan juga makanan.
tegur kerana salah tak mengapa, syukran