#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Suntikan Liberalisme

Sedikit buah fikiran sebelum berlangsung Wacana Pemikiran Islam 2009. Jiwa saya tiba-tiba ghairah menanti kedatangan program tersebut. Hasil keterlibatan saya ( tak seberapa ) dalam penganjuran program ini, seolah-olah lubuk ilmu yang saya impikan selama ini terselak sedikit demi sedikit.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan Liberalisme, Allah telah mempertemukan saya dengan beberapa orang manusia yang membuka minda saya yang sebelum ini tertutup.



Pendokong Aliran Ini

Figura-figura yang mempertahankan aliran ini kebanyakan dari Indonesia. Antaranya ialah Harun Nasution, Ahmad Sahal, Luthfi Assyaukanie dan ramai lagi bertungkus lumus membangunkan ideologi ini. Tokoh dari Malaysia memang wujud tetapi seolah-olah masih bermain dalam selimut. Mereka bersuara tapi belum mengzahirkan diri. Tapi jangan kita lupa 'manusia' dari barat yang mungkin menjadi dalang dalam aliran ini.


Serangan Mereka

Jika tak kerana keterlampauan mereka, mungkin saya tidak tersentak dari lamunan. Minda saya juga mungkin masih lagi berada lingkungan kampus. Minda yang hanya berlegar dalam ruang silibus pelajaran. Rasa geram, menyampah, benci bila membaca respon pendokong aliran ini terhadap Islam. Kejahilan mereka jauh mendepani keimanan. Kejahilan mereka sedikit sebanyak hasil daripada sikap malas kita sendiri dalam menyebarkan Islam yang sebenar.

Jaudat Said mengatakan orang yang memaksa menganut sesuatu agama mereka adalah orang yang mempunyai masalah mental. Kebebasan beragama adalah menjadi teras perjuangan mereka.

SIS yang menggemparkan umat Islam di Malaysia dengan tuntutan hak sama rata antara lelaki dengan perempuan dalam perkara Faraidh. Banyak lagi tuntutan mereka yang menjadikan akal sebagai 'wahyu'


Peranan Kita

Hadirilah majlis-majlis ilmu yang boleh membuka fikiran kita. Perbincangan, perdebatan yang mengasak minda kita semua. Seterusnya saya tidak sabar menanti waktu wacana ilmiah yang pasti menggugat kestabilan minda saya. Saya harap anda semua pun begitu juga.
Previous
Next Post »

5 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Wed Aug 12, 09:30:00 AM delete This comment has been removed by a blog administrator.
avatar
Anonymous
AUTHOR
Wed Aug 12, 09:30:00 AM delete

salam ziarah...
sayangnya ana tak dapat pergi...
apa2pun, nanti kongsi la ea...
~ daiefiqh.blogspot.com

Reply
avatar
afifah
AUTHOR
Thu Aug 13, 04:58:00 AM delete

Assalamualaikum...

Asas kepada tindak tanduk manusia atau bagaimana manusia menjalani kehidupannya adalah berasaskan kepada PENDIRIAN hidup seseorang. PENDIRIAN pula adalah berdasarkan kepada kefahaman seseorang. Bukan untuk menafikan kepentingan kerohanian di dalam membentengi serangan ini, tetapi walaupun seseorang itu berzikir, solat dan lain- lain tetapi jika dia mempunyai kerangka pemikiran dan kefahaman yang salah dia akan membuat tindakan yang salah berasaskan pendirian hidup yang salah.

Islam liberal adalah berasaskan kepada kerangka pemikiran Barat yang pernah mengalami masalah dengan agama kristian.Doktrin agama kristian yang tidak sesuai dengan fitrah manusia menyebabkan mereka bangun menentang agama ini (satu ketika dahulu gereja dan raja amat berpengaruh). Contohnya di dalam persoalan perkahwinan. Ortodox kristian melihat perkahwinan dan sex sebagai sesuatu yang kotor. Oleh kerana itu paderinya tidak berkahwin. Penganut kristian yang tidak berpuas hati dengan doktrin ini telah menentang doktrin ini sehingga terus meninggalkan ajaran agama dan mewujudkan satu ekstrim lain yang yang membebaskan hubungan lelaki dan perempuan tanpa had (menjadi liberal).

Islam tidak mempunyai masalah seperti yang dihadapi oleh penganut kristian di barat. Islam sebagai rahmatal- lil- alamin memberi panduan dan etika yang sempurna berkaitan hubungan lelaki dan wanita. Islam tidak melihat hubungan seksual sesuatu yang kotor dan Islam membolehkan pergaulan lelaki dan perempuan tetapi mestilah pada- pada batas- batas syara' yang akan memastikan kemuliaan manusia akan terpelihara.

Ini adalah satu contoh kerangka pemikiran yang membentuk tindakan- tindakan kita. Bahaya liberalisme adalah kerana ianya adalah SERANGAN PEMIKIRAN yang akan menyebabkan jika seseorang itu kalah kepada serangan ini ianya akan menguasai keseluruhan pemikiran dan tindak- tanduk mereka. Oleh itu kerohanian tidak dapat membentengi muslim jika kerangka pemikirannya telah salah dan rosak. Manusia akan kurang ikatannya dengan Islam dan agama kerana dia melihat ugama ini adalah sama, tidak menekankan persoalan ketuhanan- dosa dan pahala, menekankan kepada kebebasan mutlak dan sebagainya.

Pendekatan kerohanian akan bermakna jika umat ISlam mempunyai kerangka pemikiran ISlam yang betul dan tulen. Hubungan kepada Allah melalui tadabur Al- Quran, zikir dan sebagainya akan memperkukuhkan lagi ikatan muslim kepada agamanya dengan syarat dia mempunyai kefahaman ISlam yang betul. Allah mesti dilihat sebagai Ilah yang menjadi sumber ketundukan yang total, ketakutan, kecintaan serta sumber perundangan. Ini adalah asas pemikiran Islam (rujuk Al- MAududi, Syed Qutb). Di atas kalimah syahadah itu muslim membina asas pemikiran dan kehidupannya.

perkongsian seorang 'abid

Reply
avatar
afifah
AUTHOR
Thu Aug 13, 07:50:00 AM delete

Assalamualaikum...

Asas kepada tindak tanduk manusia atau bagaimana manusia menjakani kehidupannya adalah berasaskan kepada PENDIRIAN hidup seseorang. PENDIRIAN pula adalah berdasarkan kepada kefahaman seseorang. Bukan untuk menafikan kepentingan kerohanian di dalam membentengi serangan ini, tetapi walaupun seseorang itu berzikir, solat dan lain- lain tetapi jika dia mempunyai kerangka pemikiran dan kefahaman yang salah dia akan membuat tindakan yang salah berasaskan pendirian hidup yang salah.

Islam liberal adalah berasaskan kepada kerangka pemikiran Barat yang pernah mengalami masalah dengan agama kristian.Doktrin agama kristian yang tidak sesuai dengan fitrah manusia menyebabkan mereka bangun menentang agama ini (satu ketika dahulu gereja dan raja amat berpengaruh). Contohnya di dalam persoalan perkahwinan. Ortodox kristian melihat perkahwinan dan sex sebagai sesuatu yang kotor. Oleh kerana itu paderinya tidak berkahwin. Penganut kristian yang tidak berpuas hati dengan doktrin ini telah menentang doktrin ini sehingga terus meninggalkan ajaran agama dan mewujudkan satu ekstrim lain yang yang membebaskan hubungan lelaki dan perempuan tanpa had (menjadi liberal).

Islam tidak mempunyai masalah seperti yang dihadapi oleh penganut kristian di barat. Islam sebagai rahmatal- lil- alamin memberi panduan dan etika yang sempurna berkaitan hubungan lelaki dan wanita. Islam tidak melihat hubungan seksual sesuatu yang kotor dan Islam membolehkan pergaulan lelaki dan perempuan tetapi mestilah pada- pada batas- batas syara' yang akan memastikan kemuliaan manusia akan terpelihara.

Ini adalah satu contoh kerangka pemikiran yang membentuk tindakan- tindakan kita. Bahaya liberalisme adalah kerana ianya adalah SERANGAN PEMIKIRAN yang akan menyebabkan jika seseorang itu kalah kepada serangan ini ianya akan menguasai keseluruhan pemikiran dan tindak- tanduk mereka. Oleh itu kerohanian tidak dapat membentengi muslim jika kerangka pemikirannya telah salah dan rosak. Manusia akan kurang ikatannya dengan Islam dan agama kerana dia melihat ugama ini adalah sama, tidak menekankan persoalan ketuhanan- dosa dan pahala, menekankan kepada kebebasan mutlak dan sebagainya.

Pendekatan kerohanian akan bermakna jika umat ISlam mempunyai kerangka pemikiran ISlam yang betul dan tulin. Hubungan kepada Allah melalui tadabur Al- Quran, zikir dan sebagainya akan memperkukuhkan lagi ikatan muslim kepada agamanya dengan syarat dia mempunyai kefahaman ISlam yang betul. Allah mesti dilihat sebagai Ilah yang menjadi sumber ketundukan yang total, ketakutan, kecintaan serta sumber perundangan. Ini adalah asas pemikiran Islam (rujuk Al- MAududi, Syed Qutb). Di atas kalimah syahadah itu muslim membina asas pemikiran dan kehidupannya.


perkongsian seorang 'abid

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Thu Aug 13, 09:46:00 AM delete

To Farid: xpe. i'allah bleh kongsi. tp anta kne gak kaji dlu. w'pun xpegi, bleh kaji

To Afifah: syukran ats p'kngsian

Reply
avatar