Kuku Besi
Istilah yang amat menggerunkan. Sang raja berkuasa rakyat ditindas. Saya ingin memetik beberapa buah fikiran daripada filosof Italia, Niccolo Machiavelli. Di dalam buku beliau "The Prince" beliau melontarkan idea-idea ke arah melahirkan pemimpin yang diktator. Walaupun ramai manusia menghina konsep pemikiran beliau tapi tak kurang juga ada beberapa orang tokoh menyanjungi kehebatan pemikiran Machiavelli. Tapi apa yang saya dapat memahami daripada pemikiran Machiavelli ialah tujuan utama beliau adalah untuk melahirkan pemimpin yang unggul.
Sang Kuku Besi
Firaun
Dikenali sebagai Ramses II. Mengaku sebagai tuhan. dengan sikap angkuhnya dia menyatakan sungai mengalir di bawah tapak kakinya. Kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh keluarga Firaun amat teruk.
Adolf Hitler
Antara pembunuh No 1 dunia. Jutaan manusia menjadi korban penjahat ini. Peristiwa Holocaust sudah cukup membuktikan kekejamannya. Dia tidak memilih mangsa, bukan sekadar Yahudi, Rusia pun dibaham. Pemimpin Nazi yang cukup berpengaruh. Simbol kekejaman yang tak mungkin dilupakan. Yang menyedihkan, ramai anak-anak muda Melayu dan Islam, memakai baju berlambang Nazi dengan penuh bangga.
Sebenarnya ramai lagi tokoh diktator durjana yang menjadikan kekuasaan mereka untuk menindas manusia. Seperti Lenin, Julius Caesar dan lain-lain.
Jika dahulu ramai yang menghina Machiavelli yang menerbitkan idea berunsur diktator, tetapi sekarang ramai pemimpin-pemimpin dunia mempraktikkan toeri-teori Machiavelli ini. Kerana gila kuasa atau takut digulingkan rakyat atau faktor-faktor lain. Itu yang menjadi persoalan.
Tugas rakyat diam membisu, mengiyakan perbuatan pemimpin, jika kamu ingkar, kamu akan dihukum
Sign up here with your email