#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Atas Nama Cinta

Buku Novel Pertama Yang Aku Beli



Sudah lama tidak menekan papan kekunci laptop. Terasa keras. Saya memaksa diri untuk menulis satu isu tentang percintaan. Bukan cinta biasa, tetapi cinta yang pernah menggemparkan dunia sedikit masa dahulu. Kisah Maria Hertogh ( Al-fatihah untuk beliau ). Mungkin kisah beliau tidaklah sehangat kisah cinta Yusri dan Erra, tapi kisah beliau menyaksikan ramai manusia jagat bermandi darah semata-mata untuk mempertahankan aqidah tulen.


Muncul Maria Hertogh dengan nama islamnya Nadra Bt Ma’arof. Tanpa dimintanya, gadis manis ini menjadi rebutan dua dunia, dunia Islam dan dunia Barat. Nadra yang telah mengecapi iman dengan keluarga angkatnya, telah dituntut untuk kembali menjadi Maria oleh ibu kandungnya sendiri. Cinta Nadra yang mula berputik dengan pemuda yang baru dikahwininya dirampas oleh mahkamah penjajah. Nadra dipaksa untuk kembali ke Belanda.

Antara nama-nama besar yang terlibat dalam menghadapi konflik ini ialah, Almarhum Dr Burhanuddin Al-Helmy ( Ketua Penyunting Akhbar Melayu Raya ), Almarhum Prof. Ahmad Ibrahim ( Peguambela Nadra/Presiden Kesatuan Muda Muslim di Singapura ), Almarhum Dato’ Onn Jaafar ( Pengasas UMNO di Malaya ) dan ramai lagi.


Peristiwa tragis Nadra bagaikan mimpi seram yang boleh berulang jika pertembungan budaya dalam meraih kasih sayang seseorng insan ditentukan oleh kuasa pemerintah sahaja. Tambah-tambah lagi pemerintah yang tidak mahu member tempat kepada syariat Islam
-Prof. Dr. Nik Abdul Aziz ( UKM )

Atas Nama Cinta
Di desa Tjimahi
Maria yang putih
Atas nama cinta beralih kasih
Di desa Kemaman
Nadra yang rupawan
Atas nama cinta meniti iman
Kasih ibu tak berbelah bagi
Aminah – Adelaine berebut kasih
Kasih remaja sesingkat usia
Mansoor – Nadra terpaksa berpisah
Di Singapura meusuh angkara
Atas nama cinta
Sejarah berdarah
Di kota belanda
Maria berhiba
Riwayat terluka
Atas nama cinta
“Maria riang bercermin Nadra
Nadra duka kembali maria
Maria bertaut asal keluarga
Nadra hilang kasih sejahtera
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Samhani
AUTHOR
Sat Aug 08, 08:06:00 PM delete

Al-fatihah untuk beliau..

kisahnya sepatut menjadi iktibar buat pejuang Islam..

Reply
avatar