AUKU akronim kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti. Dari segi undang-undang akta ini hanya sah diperlakukan kepada mahasiswa universiti dan juga kolej universiti sahaja. Mahasiswa di pusat pengajian pondok dan tahfiz tidak perlu risau terhadap akta ini.
Pemahaman tentang AUKU juga banyak disalahertikan oleh sesetengah pihak, ada yang menganggap akta ini menyekat keseluruhan aktiviti mahasiswa.
Pindaan AUKU 1971, memberi kebebasan kepada mahasiswa untuk mengembangkan potensi serta bakat sebagai seorang aktivis dan pemimpin.
"Pindaan AUKU yang dibuat pada 2008 dan diwartakan pada Februari lalu, bertujuan mengurangkan kawalan dan kongkongan terhadap mahasiswa dalam melakukan pelbagai aktiviti termasuk bersuara" ujar Timb. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah
Tambah beliau, " Dengan itu, kita amat berharap agar mahasiswa dapat menggunakan kebebasan tersebut dengan baik dan efisien agar kepercayaan yang diberikan tidak disia-siakan. Saya amat mengharapkan gerakan mahasiswa di peringkat kebangsaan akan menjadi lebih aktif berbanding tahun-tahun sebelumnya "
" Pemimpin tidak boleh dicetak. Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalm hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat " Bapak Natsir ( Bekas Presiden Indonesia )
Harapan beliau juga agar kumpulan pertama pelajar yang mendaftar bagi sesi 2009/20109 di seluruh negara dapat memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaik-baiknya.
Sekarang tiada alasan bagi mahasiswa untuk terus lesu membeku ketika di alam kampus. Banyak saranan yang diberikan oleh golongan negarawan, politikus dan juga ahli akademik supaya mahasiswa lebih aktif di kampus seterusnya memimpin bukan sahaja negara malah dunia.
Mahasiswa bukan dilahirkan untuk kampus, tetapi mahasiswa dilahirkan untuk dunia. Orang kufur menggunakan mahasiswa untuk merosakkan dunia tetapi orang yang beriman menggunakan mahasiswa untuk memakmurkan buana ini.
Jika dahulu Nabi Muhammad SAW menggunakan pemuda untuk menjalankan dakwah dan misi islam,
Jika dahulu Sukarno pernah membilang bahawa akan menggegarkan dunia dengan hanya 10 orang pemuda,
Jika dahulu Revolusi Iran megah diterajui oleh gerakan pemuda,
Sekarang, wahai pemuda jiwamu, tenagamu, fikiranmu, gerak langkahmu amat didambakan.

Persoalan
Cuma yang menjadi persoalan, setakat manakah mahasiswa mampu untuk bersuara?
Kebebasan diberikan tetapi pengehad dikaburkan.
Kebebasan diberikan tetapi pengehad dikaburkan.
Sign up here with your email