#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Barah Hedonisme

Budaya Hedonisme bukanlah budaya yang baharu. Cuma istilahnya dimodenkan. Budaya ini tidak terkena hanya kepada orang yang tidak belajar agama, tetapi 'Sang Ulama' juga terkena budaya ini.

Ada beberapa pendapat tentang pengharaman dan pengharusan mendengar nyanyian. Saya tidak mahu mengulas, sekadar mendatang pendapat ulama sudah memadai bagi saya.

Imam Syafii berkata dalam Kitab Adabul Qadhi:
"Sesungguhnya nyanyian adalah makruh, menyerupai batil. Barangsiapa yang banyak menyanyi, maka dia itu tergolong dengan orang safih ( bodoh ) yang ditolak kesaksiannya"

sebaliknya

Abu Talib Al-Makki berkata bahawa ada orang bertanya kepada Abul Hasan B Salim
"Bagaimana tuan menentang mendengar nyanyian, sedangkan Al-Junaid, Sari As-Saqati dan Zun Nun mendengarnya"


Berhibur Biarlah Berpada-pada

Bila mendengar nyanyian nasyid 'Berhibur Tiada Salahnya', menunjukkan bahawa islam itu syumul tidak jumud seperti yang dinyatakan oleh sang jahil.

Kaedah Fiqh:
"Asal sesuatu perkara adalah harus, sehingga ada hukum menghalalkan"

Berhibur adalah harus tetapi ada sempadannya. Bukan ikut suka je. Kita perlu mengambil kira dari segi aurat, keadaan tempat, cara hiburan itu dijalankan dan banyak lagi. Bukan nafsu memandu perjalanan hiburan.


Pisang Berbuah Dua Kali

Saya turut menyibukkan diri semasa Minggu Taaruf Sarjana Muda USIM. Walaupun terpaksa mengorbankan cuti, tetapi berbaloi bagi diri untuk memerhati keadaan semasa hari kejadian. Kekecewaan terhadap isu "TUDUNG" hasil dari Minggu Taaruf Tamhidi yang lepas ternyata menggugat kesabaranku untuk membantah. Bukan mahu menjadi radikal tetapi atas dasar akauntabiliti sebagai mahasiswa islam.

Junior saya ramai yang mengadu,

"Kenapa tudung ini pendek sangat"

"Tak cukup bajet ke nak beli kain tudung yang labuh"?

dan banyak lagi persoalan yang diutarakan kepada saya. Sedikit tercabar kerana tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan. Tetapi insyaallah saya akan usahakan juga.

Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Tue Jun 30, 02:17:00 AM delete

Erm, hari pertama pendaftaran di KKNC, kelihatan beberapa org pelajar yg dahulunya bekas tamhidi mendaftar untuk degree. Seraya mereka bertanya,

"akak,knape dulu tudung labuh je yg usim bg? Skrg pendek amatt. Camana sy nak pakai ni?"

Ana menjawab,

"Nak buat camana. Anti buatlah macamana pun agar ianya nampak labuh dan menutup aurat. Pakai tdg lain di dalam ke?"

Hm, apa nak jadi lah ya. Mungkin org2 yg kuat spt MPP dsbg boleh usulkan perkara ni? Kata nak bagi nampak USIM lain dari U lain. Huhu.

p/s : sila baca dengan nada biasa , bukan emosi :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Wed Jul 01, 07:36:00 AM delete

Betul2
disamping kita usul kpd pentadbiran.
pelajar juga mesti bijak memanipulasikan keadaan. cam pakai tudung labuh kat dalam. bgus2

Reply
avatar