#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Membuka Ruang Ilmu Dalam Jiwa



Selesai sudah peperiksaan akhir semester pendek bagi subjek Aqidah Islamiah dan Fiqh Ibadat wa Munakahat. Dua subjek sebagai penutup kekecewaanku. Dulu bercadang nak menuntut ilmu agama masa cuti semester. Tapi tak tahu pula ada semester pendek. Tapi tak ape, dua subjek ini pun dah kira beruntung. Dapat tambah juga ilmu. Jika dipandang dari perspektif sekular, kenapa pelajar sains diwajibkan ambil subjek yang tiada kaitan dengan kursus?.

Hakikat Keilmuan

Adakah tahap ilmu itu dikira melalui kejayaan? Ya, kajayaan penting. Tapi sesuatu ilmu itu mesti diamalkan, itu lebih penting. Saya teringat kata-kata ustaz saya ketika beliau diajukan soalan kenapa pelajar islam yang meminum arak tapi hebat dalam akademik.

"Ilmu (manfaat) ialah sesuatu yang kita ada yang membawa kita kepada Allah, yang dia ( pelajar tersebut ) ada hanyalah sekadar maklumat"


"Sebenarnya ilmu berasal daripada Allah dan Dia berhak mengurniakan kepada mana-mana makhluk-Nya. Dan tidak dikurniakan kecuali sedikit sahaja
" - Ulama


Memahami Ilmu


Kita belajar bukan untuk dijadikan modal berdebat. Saya juga tidak mahu dan seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada terjebak dengan kancah permasalahan furu'. Saya tidak mengatakan bahawa perkara furu' itu tidak penting. Tapi oleh kerana banyak lagi masalah usul yang sudah parah lagi membarah. Jadi lebih baik saya menumpukan kepada perkara usul. Kenapa perlu kita menghentam ulama-ulama?

Sedangkan diri kita banyak dipalit dengan noda. Kita menghamburkan kutukan kepada mereka? Adakah kita tahu mereka sedang diazab di dalam kubur?. Bagi hamba yang bertaqlid, seeloknya kita bertawaqquf dari membicarakan isu-isu sedemikian.



Mencintai Ilmu


Saya cukup tid
ak suka dengan sesetengah pelajar yang sengaja ponteng kelas, tambah-tambah lagi kelas pengajian agama. Walaupun anda sudah memahami atau sudah pandai tapi ambillah barakah dari majlis ilmu. Islam sangat utamakan ilmu. Bukan setakat Islam yang memuliakan ilmu, tapi seluruh buana ini memandang tinggi orang yang berilmu. Dan tiada istilah belajar sains adalah untuk dunia. Hapuskan mentaliti itu.

Saya suka membelek sejarah kota-kota islam. Yang amat terkenal dengan tradisi keilmuan. Di Baghdad contohnya, sabuah kota ilmu yang termashyur. Satu ketika, bilamana keilmuan ingin diragut oleh penjajah barat. mereka membuang semua kitab-kitab ke dalam sungai, sehingga air sungai menjadi hitam dan ikan juga mati lantaran dakwat dari kitab tersebut. Begitu banyaknya khazanah ilmiah yang dihapuskan.


Dengan Ilmu Kita Bersatu

Tambah dan amalkan ilmu itu supaya kesatuan dapat diperkasakan. Kita tidak mahu ilmu itu disalahguna atau disalahtafsir sehingga menyebabkan perpecahan. Diungkit sejarah silam, iaitu semenjak pertengahan kedua abad lima hijrah banyak berlaku perbalahan. Mereka berbalah bukan kerana mereka tidak mempunyai ilmu, tetapi kerana sesetengah daripada mereka yang terlalu fanatik terhadap sesuatu mazhab dan menolak mentah-mentah mazhab lain, maka terjadilah pergaduhan malah pembunuhan. Prof. Yusuf Qaradhawi juga telah mengingatkan kita agar tidak taasub terhadap satu-satu mazhab. Mereka ulama, mereka berijtihad.


"Di kota Baghdad, pada tahun ini telah terjadi rushuan besar antara penduduk Suqul Madrasah dan Suqul Sulasa, disebabkan oleh pertikaian mazhab. Mereka saling merampas dan menyeksa " - Ibn Atsir ( 470 H )

Thomas Toffle mengatakan bahawa kekuasaan yang paling utama sekali ialah kekuasaan dari sudut ilmu dan teknologi, seterusnya diikuti oleh kekuasaan dari segi ekonomi.

Sekarang kita juga dapat melihat, bagaimana pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan ilmu untuk menindas manusia. Menjadikan keadaan manusia seperti 'Rimba', menjahamkan sesuatu mengikut hawa nafsu mereka.

Jadi kitalah generasi baru mahasiswa islam. Kita mesti berusaha untuk bergelut dalam lautan keilmuan, meredah badai halangan demi memperjuangkan islam dan ilmu islam. Ulama dipinggirkan, sang jahil ditinggi-tinggikan.
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Thu Jul 09, 03:17:00 PM delete

salam..
nak tanye..
konvokesyen 2 open ke?
blh sye dtg even sy bkn stdent c2?=)
neway,pe actvt y de on 2nd Aug?

Reply
avatar