#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Jangan Pandangku Begitu

Sikap memandang serong, su’ul zon dan pelbagai istilah yang berkaitan denganya adalah amat buruk. Sikap ini akan menjejaskan hubungan antara manusia ( hablumminannas ). Siapakah kita yang ingin menghukum seseorang?


Pada zaman nabi SAW lebih kurang 5 orang telah dihukum rejam kerana terlibat dengan penzinaan. Ada satu ketika, seorang sahabat mencela penzina yang telah direjam. Tetapi nabi SAW melarang keras, nabi SAW menegaskan bahawa penzina yang mati direjam sedang berenang-renang di syurga, masyaallah. Walaupun perbuatan zina itu amat keji di sisi Allah SWT, tetapi dek kerana taubat mereka, Allah SWT memberi ganjaran yang amat besar kepada mereka.


Imam Ja’far Al-sadiq pernah berkata:

“ Allah SWT menyembunyikan tiga perkara dalam tiga perkara. Allah SWT menyembunyikan keredaaan-NYA dalam ketaatan kepada-NYA, maka janganlah kamu menghinanya, boleh jadi keredaan-NYA terdapat padanya. Allah menyembunyikan kemurkaan-NYA dalam penderhakaan kepada-NYA ( maksiat ), janganlah kamu memandang ringan terhadapnya, boleh jadi kemurkaan-NYA terdapat padanya. Allah menyembunyikan wali-NYA dalam kalangan hamba-hamba-NYA. Maka janganlah kamu menghina seorang pun daripada kalangan hamba-hamba Allah SWT, boleh jadi wali Allah SWT terdapat dalam kalangan mereka."

Kata-kata Imam Ja’far Al-Sadiq tadi menempelak golongan manusia yang senantiasa mencari keburukan orang lain. Dan hanya memandang kepada kesalahan seseorang untuk dijadikan sebagai kayu ukur peribadi seseorang.


Seperti kata-kata hukama’:


"Pandanglah kepada apa yang dituturkan, janganlah kamu pandang kepada orang yang berkata."


Maksudnya: Apabila seseorang bercakap/bagi nasihat/ceramah ambillah iktibar dari kata-kata mereka, bukanlah menyelidiki peribadi mereka sehingga menyebabkan kita enggan mendengar kata-kata mereka.
Jika diimbau kembali sejarah hidup para wali Allah SWT yang terdahulu seperti Fudhail Iyad, Malik Dinar, Hasan Basri. Mereka semua ada sejarah tersendiri, tetapi kerana taubat nasuha, mereka menjadi hamba Allah SWT yang amat taat beribadat.


Sama ada mereka itu pencuri mahupun penzina, mereka tetap saudara kita. Saya masih teringat kata-kata naqib saya iaitu Abg Soleh ketika di maahad. Beliau menasihati kami supaya jangan jadi ‘orang suci’. Kami terkesima kerana tidak memahami kata-kata beliau. Beliau menjelaskan supaya kita supaya ( yang terlibat dengan badan dakwah dsb ) mestilah bergaul dengan semua orang tidak kira latar belakang, jangan asyik berkawan dengan sahabat-sahabat badan dakwah sahaja. Jangan berasa diri kami ini suci dari dosa.

Tidak perlu mendiskriminasikan orang lain. Serendah-rendah ukhuwwah ialah berlapang dada. Kenapa kita perlu mendiskriminasikan orang? Sedangkan diri kita belum pasti ‘no. bilik’ kita di syurga kelak?

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi

15:17
20/05/09
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Thu May 21, 06:16:00 AM delete

salam..

posting anta ini sebenarnya ader relate sket dengan posting saya baru-baru ini..

sebenarnya,saya terasa amat bersalah posting.aibkan orangkah saya?terukkah saya????sebenarnya,saya sepatutnya tidak beritahu perbualan itu dalam media yang semua org boleh bacer..

cumer saya nak relate kehidupan kita seharian dengan kisah rasulullah..

mungkin tak semua pelajar kos lain yang berpandangan begitu..sesetengah mereka respect kita lebih....mereka yang kenal kita sesungguhnya tahu tentang fst itu sendiri...

cumer ada sesetengah sahaja yang masih sempit fikirannya..mereka2 ini yang harus kita buka minda..harus saya tunjukkan nilai yang baik pada setiap diri kami.....

sekadar itu sahaja....
syukran atas hujah anta

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Thu May 21, 10:48:00 AM delete

sebenarnya ana post dulu artikel ni. baru baca artikel nti. ad persamaan baguslah

apa yang fulanah cakap, ada baik dan buruk.
yang buruk tak perlu gitau
yang baik ( walaupun sedikit )
bila orang cakap kia jahil, adalah satu kelebihan. kita tak akan rasa takabbur, kita rasa bersungguh nak belajar ilmu agama

nanti ana akan buat satu artikel untuk menjelaskan maksud sebenar ilmu, alim, jahil.

bukan untuk menghentam fulanah itu. tapi sekadar pedoman.

tq tu fulanah. kerana membuatkan kami sedar betapa jahilnya diri kami ini

Reply
avatar