Sepanjang Exam
Exam kali ini banyak mencatat sejarah. Sejarah membuat kesalahan. Aku pun tak tahu kenapa dimagh ( otak ) aku jadi blur sikit.
Kesalahan Pertama: Semasa paper fizik ( subjek yang paling 'gembira' ) aku buat tak kisah semasa pengawas bagi penjelasan kat depan. Akibatnya aku tak tahu rupanya soalan fizik ada pilihan, aku ingat kena buat semua. Jadi banyak masa aku rugi semata-mata nak jawab soalan lain. Kalau dapat jawab tak apa, tapi kebanyakan soalan aku tak dapat jawab dengan yakin.
Kesalahan Kedua: Sebelah petang pula, paper biologi sel. Soalan objektif ada 65 soalan, macam biasa la, jawab dalam kertas OMR. Habis masa, pengawas nak kutip kertas OMR. Aku dengan murah hati melemparkan senyuman sambil melafazkan " Saya dah hantar kertas OMR dengan Buku Jawapan tadi ". Pengawas pun hanya membalas dengan senyuman sinis. Aduh, rupanya kertas OMR kena asingkan. Senang je aku tebuk kertas OMR tu.
Kesalahan Ketiga: Pagi Sayyidul Ayyam ( Jumaat ) yang penuh dengan barakah dan ketenangan. Tapi malangnya nikmat ketenangan itu aku tidak dapat merasai, apabila nak masuk dewan exam ( sebenarnya stadium ) aku tertinggal slip exam. Nak balik ambil, dah lewat. Tawakkaltu ilallah. Nasib baik pengawas tak check slip.
Kesalahan Keempat: Paper Bahasa Arab, last paper. Soalan agak susah, tambahan pula soalan yang bertimbun macam 'stack'. Lagi 5 minit nak habis, baru aku sedar, satu soalan aku tak ternampak. Ikhrij Afkar Ra'isah Minannasi. Jari aku menari laju menulis jawapan. Istifadah? Cari sendiri
Jalan Masjid India
Pada 3 Mei ( Ahad ) aku terpaksa pulang ke Serdang. Pada hari tu sebenarnya aku ada perjumpaan dengan sahabat aku di bumi sejahtera Nilai. Tapi aku minta tidak dapat hadirkan diri. Nak ambil barang. Mak aku juga datang ke Serdang. Sambil jumpa mak ambil berkat. Lama dah tak balik. Kalau balik pun bukan melekat di rumah. Asyik keluar gi derak ( jalan-jalan ).
Aku ambil peluang ke Jalan Masjid India untuk mencari buku-buku yang sudah lama aku cari. Semasa Pesta Buku tempoh hari, aku bajet untuk buku Rm100, tapi Rm50 pun tak habis, aku sekadar beli 4 buah buku Belajar dari Dua Umar, Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad, Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan dan Kegemilangan Tamadun Islam Yang Telah Digelapkan ( maaf jika tersilap tulis tajuk ). Terpaksalah qadha. Pertama kali aku menjejakkan kaki di Jalan Masjid India. Bila aku melangkah masuk ke kedai buku Fajar Ilmu. Tiba-tiba, kepalaku pening bercampur bingung ( fenomena yang sentiasa berlaku bila masuk ke kedai buku ). Alhamdulillah...aku baru jumpa satu lagi lubuk ilmu yang baru selain MPH Mid Valley. Sangat teruja dengan kepelbagaian buku. Majoriti buku keluaran Indonesia menguasai di kedai buku ini. Syukran kepada Ust Syaari atas bantuanmu.
Dua buah buku yang aku beli setelah 'mesyuarat singkat' dengan diri sendiri.
TELADAN TARBIYAH DALAM BINGKAI ARKANUL BAIAH dan KEBANGKITAN GENERASI SALAHUDDIN DAN KEMBALINYA AL-AQSA KE PANGKUAN ISLAM.
Buku-buku ini ada kekuatan tersendiri dan ada ciri yang istimewa berbanding buku-buku lain. Oleh sebab itulah aku memaksa diri aku untuk mencari buku-buku ini.
Bermulanya Short Sem
Rasa tak sabar untuk belajar. Dua subjek yang amat aku minati ( dulu tak minat ). Rasa menyesal, semasa PMRU dan SMU dahulu aku sekadar menghafal dan target untuk exam. Memang menyesal. Untuk short sem, aku akan belajar Aqidah, Fiqh Ibadat dan Fiqh Munakahat. Subjek-subjek yang dapat memujuk hati yang rindu kepada Kinanah.
Biar Sedikit Tapi Faqih
Dari Banyak Semakin Jahil
Aku menyeru kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat. Belajarlah dengan hati ikhlas dan terbuka. Walaupun tak minat, cubalah untuk mencintai kerana ianya penyuluh hidup kita
Apalah Sangat Sebuah Buku Yang Penuh Dengan Teori Sains,
Jika Dibandingkan Dengan Hanya Sepotong Matan
Berakhirnya Tahun Satu, Menuju Title Senior
Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi (ARAH)
4/5/09
4:53
Sign up here with your email
1 comments:
Write commentssama2 tawakal... ana pun sama je.. bnyk kesilapan n kesalahan yg ana wat spjg mgu exam nih.. nk putar balik masa mmg tak boleh.. yg hnya kita mmpu buat ialah.. doa+tawakal.. bina azam baru.. n jgn ulangi kesilapan ini pd masa hadapan...
Reply~menuju title senior ^^