#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Bersatulah Di Bawah Kerendahan Jiwa

Keegoan adalah satu sifat yang wujud dalam diri manusia. Dalam Al-Quran banyak dinukilkan tentang keangkuhan dan kebongkakan makhluk yang bernama manusia.

Kita amat sukar untuk menerima pendapat orang lain. Lebih-lebih lagi apabila pendapat kita ditolak mentah-mentah.

Satu suluk ( sifat ) yang mampu mengikis gejala ini ialah kerendahan jiwa ( tawadhu ) tapi bukan bermaksud terlalu inferior sehingga boleh membawa kepada kurangnya keyakinan.

Sebagai satu unit dari anggota masyarakat, kita perlulah saling bertolak ansur dan bersikap dengan kerendahan jiwa dalam konteks penyatuan ummah.

Kita tidak mahu mengaplikasikan konsep Darwin yang mempopularkan teori rimba. Yang berkuasa semakin berkuasa dan yang lemah semakin lemah. Begitu juga dalam kapitalis.

Kita perlu menjunjung konsep islam. Bila semakin berkuasa maka semakin rendah diri. Ikut resam padi. Semakin berisi maka semakin tunduklah ia. Bukan semakin berisi maka semakin tegak.

Jika kita membelek lembaran sejarah kekuasan sesebuah kerajaan pada zaman dahulu yang menyimpang dari ajaran islam, penerapan konsep penindasan dari segi mental dan fizikal banyak berlaku. Sehingga orang bawahan tidak boleh menegur akan kesalahan orang atasan. Yang sesat terus sesat. Maka lahirlah generasi yang sesat lagi menyesatkan.

Cara pengurusan Henry Ford yang memaksa semua pekerjanya hanya menurut perintah beliau dan tidak dibenarkan membantah. Malah segala cadangan pekerja terhadap sesuatu perkara tidak diendahkan. Sikap inilah yang telah membawa beliau ke arah kejatuhan berbanding dahulu terkenal sebagai satu gergasi automobil

Dalam ekonomi, Teori X merupakan teori yang buruk kerana ia menyekat pekerja bersuara. Bersalahan dengan Teori Y yang member peluang kepada pekerja untuk bersuara kepada pentadbiran.

Saya amat tertarik dengan satu konsep yang amat popular. Yang senang kita sampaikan melalui ceramah tetapi sukar untuk dipraktikkan iaitu konsep Thinking Outside Of The Box @ Think Different. Syarat yang paling utama dalam konsep pemikiran ini ialah menghormati dahulu cadangan / pendapat orang lain.

Apabila kita telah bertungkus-lumus memikirkan sesuatu plan / konsep tetapi dengan tiba-tiba ada golongan minoriti tidak bersetuju dengan kita. Maka kita terus melenting. Pada masa yang sama, minda kita telah set bahawa individu yang menolak plan / konsep kita adalah jumud.

Junjungan besar Nabi Muhammad SAW merupakan contoh yang terbaik dari semua aspek. Walaupun dianugerahkan maksum kepada baginda, tetapi bukan satu tiket untuk memaksa sahabat lain mengikut semua cadangan baginda. Ada sesetengah cadangan baginda tidak dipersetujui oleh sahabat lain. Dalam episod peperangan, ada strategi baginda ditolak secara baik oleh para sahabat. Keterbukaan dan kerendahan jiwa inilah yang memangkin keunggulan pemerintahan islam.

Jadi marilah kita sama-sama merendahkan jiwa supaya penyatuan umat menjadi satu kenyataan dan kecelaruan dapat dihapuskan. Cepat delete virus ukhwah
Previous
Next Post »