#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Memperkasakan Peranan Mahasiswa


Kenyataan Timb. Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
Datuk Saifudin Abdullah

Pembaharuan yang ingin dilakukan di Malaysia oleh Dato’ Seri Najib
( dengan slogan beliau One Malaysia ) perlu bersesuaian dengan pindaan AUKU.

Hal Ehwal Pelajar ( HEP ) yang bertindak sebagai pengawal aktiviti pelajar juga perlu melalui pembaharuan atau ‘rebranding kerana ia perlu jadi satu disiplin ilmu yang khusus bagi mahasiswa.

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menukar nama HEP kepada Pembangunan Mahasiswa. Terdapat dua ciri yang membezakan antara pelajar sekolah dengan mahasiswa universiti.

Pertama: Faktor umur. Majoriti mahasiswa university berumur 18 tahun ke atas. Namun yang menjadi masalah ialah sesetengah universiti tidak faham keadaan ini dan melayan mahasiswa seperti pelajar sekolah.

Kedua: Universiti berperanan melahirkan intelektual. Oleh itu, sebagai intelektual, mahasiswa perlu diberi ruang kebebasan berfikir dan mencari kebenaran berasaskan ilmu.

Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian dalam memperkasakan mahasiswa ialah bagaimana kegiatan kokurikulum boleh dipertingkatkan melalui penglibatan mahasiswa.

Oleh itu, seiring dengan perubahan yang ingin dilakukan adalah perlu melihat sendiri apa sebenarnya yang diinginkan oleh mahasiswa dari kaca mata seorang mahasiswa tidak lagi bergantung kepada metodologi rigid sebagai garis panduan dalam mengawal perkembangan mahasiswa.


Mingguan Malaysia
Ahad 3 Mei
Previous
Next Post »