Buku Pertama
Politik Baru (mematangkan demokrasi Malaysia)
Oleh: Saifudin Abdullah ( Timb. Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi )“Sekiranya gagasan dan saranan dalam buku ini menjadi amalan, pasti budaya politik Malaysia akan lebih segar” – Prof. Dato’ Dr Zamri B Ujang NC UTM
Dalam buku ini penulis menerangkan gagasan dan saranan beliau terhadap perkembangan politik di tanah air supaya iklim politik menjadi lebih segar. Buku ini mengandungi dua bahagian. Bahagian Pertama iaitu Integriti Politik dan Bahagian Kedua iaitu Kerangka Governas Baru.
Komentar:
Saya mengucapkan sekalung tahniah buat penulis, kerana berjaya menghasilkan saranan berbentuk penulisan yang tampak lebih segar. Iaitu ke arah politik baru Malaysia. Maka terbuktilah sekarang Malaysia menghadapi krisis politik yang tidak stabil. Dua fokus utama yang diambil oleh penulis iaitu berkaitan dengan integriti dan struktur kerajaan. Pada hari ini, kita dihidangkan dengan beberapa berita tentang penyalahgunaan kuasa atau secara umumnya sikap tidak berintegriti dalam kalangan politikus/pemimpin. Saya menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab supaya mencari penyelesaian berdasarkan usul permasalahan ini timbul.
Buku Kedua
Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
(membongkar kewujudan dan rahsia sebenar pejuang agung)
Oleh: Afareez Abd Razak Al-HafizBuku ini berkaitan dengan dokumentari “ Alexander Bukan Zulqarnain”
Di dalam buku ini penulis mengupas sejarah pada zaman dahulu melalui pengkajian beliau sendiri. Sejarah yang merangkumi pada zaman Raja Namrud, Raja Bukhtanasar dan beberapa lagi kerajaan. Pelbagai bukti didatangkan untuk menyangkal dakwaan bahawa Alexander The Great adalah Zulqarnain ( seperti yang terkandung dalam Surah Al-Kahfi ).
Seperti yang kita dapat lihat fakta yang terkandung dalam filem Hollywood “ Alexander The Great” yang memaparkan Raja Alexander mempunyai perilaku yang tidak elok yang bertentangan dengan sifat soleh Zulqarnain.
Komentar:
Sikap soleh Zulqranain telah dinukilkan ( mabni limajhul ) dalam Al-Quran dalam Surah AlKahfi. Perwatakan soleh, keagungan penguasaan dunia dan kehebatan Zulqarnain berlawanan dengan watak yang dilakonkan semula dalam cerita Hollywood. Sejak dari dahulu kita telah didoktrinkan bahawa Zulqarnain ialah Alexander The Great. Untuk mencari kebenaran cubalah mengkaji.
Seterusnya anda beli, hayati dan analisis sendiri. Baru puas hati. Selamat membaca
Sign up here with your email
1 comments:
Write commentshehehe.. sikitnyer pasal ulasan buku untuk alexander bukan zulkarnain... by the way, mcam maner pun kan, kiter sumer sedia maklum,, barat akn menulis n memperlihatkan segala keburukan mengenai Islam. bkan kah mereka sememangnyer ingn menghancurkan Islam.. seharusnyer kiter menyanjungi ulama2 Islam yang sememangnyer pakar,, tetapi malangnyer, kiter sendiri mengagungkan karya2 barat sehinggakan kiter sendiri tidak mengenali tokoh2 ilmuan kiter... sayang sekali bukan....
Reply