#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Malcolm X


Mungkin ramai yang tidak mengenali El-Hajj Malik El-Shabazz. Tetapi apabila disebut Malcolm X ramai yang teringat bagaimana beliau ditembak mati oleh tiga orang lelaki ahli Nation of Islam ketika menyampaikan syarahan ketika berumur 40 tahun 21 Februari 2009.

Usaha beliau untuk membetulkan aqidah Nation Of Islam dari Black Supremacy kepada Supremacy of Islam. Dalam hal ini Nation of Islam menganggap Elijah Muhammad, pengasasnya sebagai menyamai seorang Nabi. Inilah yang ingin diperbetulkannya sehingga beliau akhirnya mati syahid. Antara pendirian beliau yang tegas ialah apabila beliau menyatakan,

” I am not educated, nor am I expert in any particular field… but I am sincere and my sincerity is my credential
Malcolm X sangat terkenal kerana kepetahannya ketika berpidato untuk membangkitkan semangat jati diri masyarakat kulit hitam dari penindasan dan diskriminasi masyarakat kulit putih ketika itu. Sejak beliau menjadi jurucakap Nation of Islam, beliau mampu menarik minat masyarakat untuk menjadi ahli, jumlah ahlinya meningkat secara mendadak dari 500 orang kepada 30,000 ahli

Namun apabila beliau menyedari bahawa Elijah Muhammad terjebak di dalam perlakuan zina sehingga melahirkan anak luar nikah, maka beliau memprotes kuat dan keluar dari Nation of Islam dan terus menubuhkan organisasi baru, Muslim Mosque Incorporated.

Bersama dengan Mohamad Ali
Melalui organisasi baru ini beliau mulai mengajar ajaran Islam yang murni dan mengkritik beberapa kesalahan ajaran Nation of Islam. Sekembalinya dari Mekah beliau mulai mempopularkan konsep persaudaraan Islam dan persaudaraan manusia sejagat.

Bibit ajaran Islam inilah yang telah menyelamatkan aqidah sebahagian besar pengikut Nation Of Islam yang menyebabkan keputusan dibuat untuk menamatkan riwayatnya.

Sumbangan terbesar Malcolm X ialah keberanian beliau menentang sistem penindasan baik dalam apa bentuk sekalipun. Perjuangan kebebasan beliau terungkap di dalam kata-katanya,

“Power in defense of freedom is greater than power on behalf of tyranny and oppression, because power, real power, comes from our conviction which produces action, uncompromising action”.
Previous
Next Post »