Kesenangan yang dialami kadangkala melalaikan kita. Sehingga kita memandang enteng beberapa perkara yang cukup bahaya disekeliling kita. Seperti analogi yang diungkapkan oleh Ust Rahmat Abdullah yang memberi maksud, kadangkala kita menjadi bertambah hebat apabila kita menghadapi cabaran yang teruk, kadangkala kita jadi lemah dan jatuh tersungkur apabila dihidangkan dengan kesenangan yang melekakan.
Saya suka untuk membuat kajian dan risikan. Memandangkan kehidupan di Nilai ini tidaklah terlalu mencabar tetapi semua itu bukan dijadikan alasan untuk kita hanya berpaku tangan.
Latar belakang Nilai.
Nilai merupakan kawasan yang boleh dikategorikan sebagai Bandar Ilmu kerana banyak pusat pengajian bertapak di sini. Boleh juga dikategori sebagai bandar perindustrian kerana banyak kilang-kilang industri ditubuhkan dan boleh juga dikatakan sebagai bandar Asing kerana banyaknya pendatang asing dari pelbagai negara berhimpun di sini. Sememangnya Nilai adalah sebuah bandar yang unik.
Dengan adanya keunikan tersebut maka wujudlah beberapa elemen yang kurang sihat yang kita semua perlu ambil berat.
Kolej Kediaman Sutera Indah, USIM ( kediaman saya ) terletak di Bandar Nilai. Berhampiran dengan Masjid Nilai, Pusat Asasi UIA, penempatan warga asing ( Indonesia ), pusat hiburan, gereja dan juga spa ( rumah urut ).
Bilangan masjid dan pusat asasi sains hanya satu, tetapi bilangan penempatan warga asing, pusat hiburan, gereja dan rumah urut cukup banyak dan pertumbuhannya seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Apa yang menjadi kebimbangan ialah, pengaruh atau impak negatif daripada tempat-tempat sedemikian akan merencatkan pembiakan intelektual islam di USIM dan yang lebih teruk akan menggoyahkan aqidah islamiah umat islam amnya.
Salah satu rumah urut yang ‘terpanas’ mengalahkan populariti masjid ini, tidak sampai setahun kewujudannya, tetapi pelanggan mereka ramai dan tidak putus-putus. Kedudukan rumah urut ini yang bersebelahan dengan Sutera Indah. Pelanggan mereka kebanyakan dari golongan berada.
Usia gereja ini juga lebih kurang dengan rumah urut tadi. Cuma kedudukannya di bahagian belakang. Berdekatan dengan penempatan warga Indonesia. Pengunjung ke gereja ini tidak kurang hebatnya, lebih-lebih lagi ketika hari minggu. Apa yang menjadi persoalan, orang Indonesia yang menganut agama Islam tidak terkenakah tempias dari dakyah mereka ?
Saya masih ingat ketika Valentine's Day, pada waktu malam kami ( mahasiswa USIM ) terserempak dengan minah Indon dan jantan entah dari mana, sedang bermadu asrama di tepi bangunan Sutera Indah. Apabila disergah, lintang pukang mereka lari.
Jadi saya menyeru kepada semua angkatan mahasiswa, supaya cakna terhadap persekitaran kita semua. Jangan kita terhijab dengan keghairahan untuk mengejar matlamat peribadi, lemas dalam berkasih dan apa jua yang menghalang kita dari membuka mata hati kita.
“sesiapa yang tidak mengambil peduli akan umat islam, maka bukan dari kalangan mereka ( islam ) “
Bersama Kita Terjah!!!
Sign up here with your email
1 comments:
Write commentsSama2lah kita menangani prkara2 mungkar disekeliling kita insyaAllah..
Reply