#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Three Dimensional Problem Analysis (3DPA)

Sepanjang pemerhatian, setiap masalah yang berlaku pasti akan berulang. Kita sering meremehkan soal masalah-masalah yang timbul. Kebanyakan pada pemikiran hanya timbul penyelesaian untuk masalah yang berada di depan mata. Kita jarang sekali mengimbas sejarah permasalah lama dan juga meramalkan permasalahan baru akan akan wujud. Aku bukanlah seorang yang hebat, tetapi minda suka berfikir, tidak upaya untuk aku menegahnya. Three Dimensional (3D) Problem Analysis ( 3DPA ).

Aku merangka satu sistem yang boleh mengimbau, merasa dan meramal permasalahan yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku. Pakej ini termasuk cara penyelesaiannya. Sila rujuk gambar rajah di bawah



Petunjuk:

No 1 – Fokus permasalahan yang timbul samada satu unit kecil atau biro atau organisasi yang besar

No 2 – Butiran-butiran permasalahan yang wujud. Bahagian atas adalah ramalan permasalahan yang akan timbul. Sebelah kiri adalah permasalahan yang sedang dialami. Sebelah kanan adalah permasalahan yang telah berlaku pada masa lepas.

No 3 – bahagian bawah adalah bentuk penyelesaian yang telah diguna bagi permasalahan yang telah berlaku. Sebelah kiri atas adalah penyelesaian bagi permasalahan yang sedang berlaku. Sebelah kanan atas adalah penyelesaian yang akan digunakan bagi permasalahan yang mungkin berlaku.

Melalui 3DPA, kita dapat mengurangkan kadar kekerapan permasalahan yang sentiasa berulang. Seperti masalah ekonomi sesebuah organisasi yang telah berlaku pada masa lepas, tetapi sekarangpun masih lagi berlaku. Jadi dengan tindakan yang proaktif disertai pemikiran kritis, kita dapat meramalkan masalah ini akan terus berlaku pada masa akan dating atau tidak. Sekiranya kita ramalkan akan terus berlaku pada masa akan datang, lebih baik kita cuba brainstorming kaedah-kaedah untuk menegahnya daripada terus berlaku.

3DPA juga dapat membantu kita mengenalpasti punca dan akar umbi permaslahan yang terjadi. Mungkin puncanya hanyalah kecil tapi kesannya cukup besar. Ini dikatakan masalah dalaman yang membarah di bahagian dalam.

3DPA juga memberi satu peringatan supaya kita tidak mudah leka dan juga menyebabkan kita sentiasa berwaspada.Penggunaan 3DPA dengan dibantu oleh SWOT akan lebih efektif

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi
14/11/08
2:35
Previous
Next Post »