#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Kursus BAKTI


-->
Pada 10hb oktober 2008, pihak Badan Kepimpinan dan Tarbiah Islamiah (BAKTI), Maahad Muhammadi Rantau Panjang telah menganjurkan Kursus.

Tentatif program adalah seperti berikut:

5:30 ptg : Taaruf
: Slot Pertama
: Find & Solve
7:00 mlm : Solat Maghrib berjemaah
7:45 mlm : Makan malam
8:00 mlm : Kuliah maghrib
8:30 mlm : Solat Isya'
8:45 mlm : Sambungan Slot 1
9:15 mlm : Forum " Dakwah dan Kepentingannya "
: Moderator – Sdr Zainal Abdullah
Ahli Panel – Ust Nik Manzur Nik Lah
- Ahli Panel jemputan dari Nilai
11:00 mlm : Diskusi Alumni
12:00 : Ibadat Sirr
5:00 pg : Qiamullail / Solat Subuh
6:45 pg : Resolusi program
7:30 pg : Mesyuarat Lajnah Tarbiah Alumni MMRP
9:45 pg : Sarapan pagi
10:15 pg : Bersurai

Slot Pertama
Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan yang terdiri daripada muslimin, muslimat, tingkatan 4 dan tingkatan 5. Bahagian pertama setiap kumpulan mesti mencari sekurang-kurangnya 10 masalah luaran yang dihadapi oleh BAKTI. 

Bahagian kedua, selepas 15 minit kedua-dua kumpulan akan saling bertukar masalah yang telah dicari, kemudian kedua-dua kumpulan mestilah mencari penyelesaian bagi setiap masalah itu setiap satu masalag sekurang-kurangnya 2 cara penyelesaian.

Rasional:

1) Kenapa kumpulan perlu bertukar masalah. Kerana biasanya masalah yang dihadapi tidak kita ketahui.

2) Kenapa perlu cari sekurang-kurangnya 2 cara penyelesaian bagi setiap masalah. Kerana setiap masalah tidak semestinya ada satu cara penyelesaian dan apabila ada 2 cara penyelesaian ia boleh dijadikan sebagai back-up. Adakalanya satu penyelesaian tidak efektif pada satu masalah.

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi (ARAH)
13/10/2008
11:35
Previous
Next Post »