#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Sang Murabbi



-->

Setelah melihat cover VCD dan juga Title sudah cukup meransang spirit yang kian lemah. “ Sang Murabbi Mencari Spirit Yang Hilang “. Filem yang berkisar tentang kehidupan ranjau seorang pejuang dakwah “Syaikhut Tarbiah” Ust Rahmat Abdullah. Kisah ini banyak disorot dengan elemen pengorbanan, persaudaraan, kemanisan perjuangan dan juga uslub dakwah yang bias mencairkan hati yang keras, melembutkan hati batu manusia. Atas dasar kefahaman akan tanggungjawab beliau bangkit untuk mengangkat islam melalui uslub dakwah yang cukup efektif ditambah pula dengan keutuhan persaudaraan islam. Hati mana yang tak tersentuh? Jika dalam diri kalian mengalir darah perjuangan, pasti hati kalian akan meruntun melihat karekter sang murabbi.

“ Seonggok kemanusiaan terkapar, siapa yang mengaku bertanggungjawab? Bila semua menghindar, biarlah saya yang menanggungnya semua atau sebahagiannya…” – Ust Rahmat Abdullah

Dalam kisah allahyarham, banyak analogi tarbiah diselitkan. Seekor monyet yang bergayut dari dahan ke dahan. Walaupun datang 3 jenis angin yang kuat tapi monyet itu dapat mengahadapinya. Tetapi apabila datangnya angin sepoi-sepoi bahasa yang dingin bahagia, monyet itu tersungkur ke tanah. Analogi yang cukup bermakna yang cuba menggambarkan kepada kita bahawa kadangkala kita mampu mengahadapi ujian berbentuk kesusahan malah kita menjadi bertambah kuat dan hebat tetapi apabila datangnya ujian yang berbentuk kesenangan kita mula lemah dan kita terjatuh dalam pelukan keselesaan dan mula menghindari kesusahan perjuangan.

Beliau juga mengingatkan “ Allah jadikan air itu lembut mengalir dan batu itu amat keras tetapi mereka dapat bekerjasama “. Konsep persaudaraan yang melangkau sikap antara kita semua. Perjuangan beliau dalam Partai Keadilan Sejahtera (PKS) diteruskan oleh anak didik beliau. Perjuangn beliau dikenang. Betullah pepatah mengatakan “ Harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama ( jasa ) “.

Semoga kita tidak mati dalam keadaan yang tidak ada jasa yang telah ditaburi. Syukran kepada empunya VCD ini dan juga jasad yang membantu pinjaman VCD ini dan lupa kepada mata-mata yang berkongsi menatap sambil mengahayati kisah ini.

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi
14/11/08
2:58
Previous
Next Post »