#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Perjalanan Untuk Membangkitkan Kesedaran


Selepasnya exam rasa lega. Kurang sikit tekanan. Tapi bukan bermakna aku belajar berorietasikan peperiksaan. Dalam FST hanya kos aku dan kos Fizik Gunaan sahaja yang habis exam awal. Kos lain semua pada 19hb. Hari ini ( 18hb11), aku pergi keluar jalan-jalan sambil memerhatikan alam luar kampus. Tempat yang utama dituju ialah MPH Midvalley manakala tempat sampingan ialah Low Yatt. Barang utama yang dicari ialah Buku tulisan Stephen R Covey iaitu The Habits of Highly Effective People. Barang sampingan ialah pendrive.


Aku memang kemaruk buku mentang-mentanglah dah habis exam. Selepas habisnya exam aku terus meminjam 4 buah buku dari maktabah USIM, buku berikut ialah First Things First ( Stephen R Covey ), The 7 Habits of Highly Effective Teens ( Sean Covey ), The Six Sigma Leader ( Peter S Pande ) dan The Brain Smart Leader ( Tony Buzan ). Habit aku ialah pinjam atau beli buku tapi tak baca. Itulah negatif habit aku.



Aku sampai di MidValley pada awal pagi lagi sekitar jam 8:30pagi sambil tunggu dua orang lagi kawan aku Nawawi dan Azly. Sementara menunggu MPH ( buka jam 10:00pg ) aku sempat merayau-rayau sekitar Midvalley, memang letih rasa nak tercabut lutut.

Aku terjumpa dengan seorang pak cik yang sedang membaca NST, dalam hati aku “ inilah masa untuk aku berkenalan dengan masyarakat luar “. Aku brainstorm cara apa paling sesuai untuk mendekati pak cik ini. Aku dapat idea aku bertanya kepada pak cik bagaimana nak ke Low Yatt dari Mid valley ( pura-pura tidak tahu ). Aku mengutarkan persoalan sambil menghulurkan tangan untuk berjabat. Ternyata hipotesis awal aku valid, perasaan malu dan sedih timbul.


Soalan aku dijawab tapi tangan aku tidak disambut untuk berjabat. Aku redha. Konflik dalaman mula beraksi, maka timbullah satu konklusi

“ Persepsi masyarakat Bandar yang susah untuk mempercayai seseorang yang tidak dikenali oleh mereka“



Begitu teruk sekali tarbiah yang diterima oleh masyarakat Bandar. Aku tidak ingin melihat masyarakat kampung terkena penyakit ini juga. Suasana enigma ini bisa memecahbelahkan kesatuan umat islam. Kebanyakan masyarakat kampung apabila datangnya orang luar, mereka amat mengalu-alukan. Sangat teruk jika masyarakat kampung juga terkena penyakit ini. Seperti kata-kata Ibnu Khaldun:


“ Badwi boleh bertamadun, maju menguasai kota dan kerajaan, kerana sifat-sifat mereka yang berpotensi. Tapi akhirnya mereka runtuh semula setelah hanyut dengan sifat-sifat negatif di Bandar “

Tepat jam 10:05 pagi aku bersiap untuk explore MPH yang sangat luas. Selama lebih kurang sejam setengah aku sudah keletihan. Aku sempat meneliti beberapa buah buku yang agak menarik untuk dibaca tapi bukan untuk aku beli.


1) Novel Faisal tehrani iaitu Saasatul Ibad ( Political Player ) yang berkisar tentang sejarah kerajaan Johor lama yang tidak dimesrai.

2) Novel Paulo Coelho Ahli Alkimia ‘. Novel bestseller antarbangsa yang mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia yang bernama Santiago. Dia merantau dari Sepanyol ke Utara Afrika untuk mencari harta karun di kawasan pyramid. Kemudian dia berjumpa dengan seorang wanita gipsi yang pandai menilik, seorang lelaki yang mengaku sebagai raja dan seorang ahli alkimia yang membantunya. Sebuah cerita pengembaraan anak muda untuk mencari harta karun tetapi bertukar menjadi sebuah pencarian harta yang hanya boleh dijumpai dalam diri sendiri. Sebuah cerita yang boleh membangkitkan perasaan. ( aku belum mengkaji secara mendalam dan tidak tahu dasar penulisan novel ini ).
3) Buku Math and The Mona Lisa. The art and science of Leonardo da Vinci penulis Bulent Atalay seorang prof fizik di Universiti Mary Washinton. Buku ini menjelaskan tentang perkaitan antara sains, matematik dan seni yang dihasilkan oleh Leonardo da Vinci.

4) The Last Mughal ( The fall of a dynasty Delhi, 1857 ) penulis ialah William Dalrymple. Mengisahkan tentang kejatuhan dinasti mughal. Pemerintah terakhir ialah Zafar. Saya mula tertarik untuk mengkaji tentang Dinasti Mughal selepas mempelajari TITAS.

5) Cinta Kekasih Allah dan Benci Musuh Allah oleh Sheikh Soleh Fauzan Al-Fauzan. Beliau menerangkan tentang dasar akidah islam yang wajib terhadap setiap muslim. Pertama ialah wala’ terhadap orang yang berakidah islam dan musuhi orang yang menentang islam. Kedua cintai orang yang tauhid dan ikhlas serta wala’ terhadap mereka. Ketiga benci kepada orang musyrik dan musuhi mereka


6) Jatuhnya Sebuah Tamadun : Menyingkap Sejarah Kegemilangan dan Kehancuran Empayar Khalifah Islam oleh Mohamad Nurhakim. Umat islam pernah menguasai dunia sejak tahun 630-1258. Pernah menundukkan Empayar Rom pada 1453 dan Empayar Parsi pada 1650. 7) Buku yang berkaitan dengan subjek bagi semester 2 ialah Chemistry, Biology dan Physic.

8) Buku-buku berkaitan Pengurusan dan Kepimpinan banyak juga yang aku jumpa seperti Go For Gold ( John C Maxwell ), Think Big ( Donald J Trump & Bill Zanker ) dan His Holiness The Dalai Lama and Lauren Wan den Muyzenberg.


Ketika sibuk mencari buku, seorang pekerja perempuan menawarkan bantuan untuk mencari. Sangat bagus. Rupanya ada niat sebaliknya. Dia dengan penuh semangat mempromosikan buku-buku berkaitan dengan Kristian dan Jesus. Aku hanya mendengar, kadangkala aku cuba menduganya. Pegangannya terhadap Kristian amat kuat dan semangat untuk menyebarkan kristian amat luar biasa. Ingin saja aku mempraktikkan ilmu perbandingan agama yang aku pelajari dari Bro Shah Kirit dan Bro Lim Joi Soon.



Selepas meneliti semua buku, pancainderaku hanya terpaut pada buku Master Your Mind Design Your Destiny oleh Adam Khoo dan Stuart Tan. Pemilihan buku ini berdasarkan beberapa faktor. Aku telah mengenalpasti banyak kelemahan diri terutama dalam pengurusan. Terutama pengurusan kewangan dan masa. Aku juga amat lemah dalam membangkitkan motivasi diri. Masalah ini amat penting dan perlu disegerakan untuk mengubatinya. Manakala Buku The 7 Habits Of Highly Effective People terpaksa aku lupakan, mungkin aku boleh pinjam dari sahabat-sahabat atau dari maktabah.




Selepas itu kami bertiga ke Low yatt untuk mencari hardware. Menjadi lumrah apabila pergi ke sana memang kena banyak pusing-pusing untuk mencari harga yang paling murah. Aktiviti jalan-jalan tersebut penuh bermakna kerana aku dapat menimba banyak ilmu baru. Ilmu insani yang sukar untuk diperoleh di kampus. Apabila kita hanya terperap di dalam kampus, kesedaran kita terhadap masyarakat luar tidak akan bangkit.

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi
19/11/08
11:28
Previous
Next Post »

1 comments:

Write comments
Wed Nov 19, 04:21:00 AM delete

saasatul ibad?

ambo ade..baru beli..
nk pinjam bereh jah..

Reply
avatar