#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Perutusan Aidilfitri

Photobucket

Salam lebaran kepada muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Menjelmanya syawal tidak bererti berakhirnya Ramadhan yang hakiki. Apa yang ingin saya maksudkan ialah amalan-amalan extra yang dilakukan pada bulan Ramadhan tidak harus sesekali kita hentikan. Marilah kita sama-sama melakukan ibadat extra secara berperingkat. Amalan yang dilakukan hendaklah mengikut graf menaik sehingga infiniti bukannya mengikut graf normal iaitu hanya meningkat pada bulan Ramadhan sahaja ( sila rujuk matematik ).

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada keluarga di Kelantan. Guru-guru dan sahabat-sahabar sekalian. Bermula saya menuntut ilmu iaitu di tadika, Sekolah Rendah Sri Rantau Panjang (1), Sekolah Menengah Ugama (A) Al-Fauziah RP, Pusat Tuisyen Tera, Maahad Tahfiz Darul Riyadh RP ( kepada kawan-kawan yang selalu makan maggi bersama-sama ), Maahad Muhammadi Lelaki KB ( kawan-kawan At-Taqwa, Rijal Ariffin, Dhobit, BALKIS ), Pusat Tuisyen Kami, Maahad Muhammadi Rantau Panjang ( kawan-kawan BAKTI ), Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ( kepada ahli-ahli surau dan juga JPP ), Tamhidi Sains & Teknologi ( TTS dan juga kawan-kawan kelate ), Fakulti Sains dan Teknologi, Bioteknologi Makanan USIM ( BSA, SPMM ). Tak lupa juga kepada kawan-kawan di UIA Nilai yang selalu lepak-lepak, borak-borak kosong. Dan juga adik-adik di Pusat Tuisyen Minda Cerah Nilai. Yang sentiasa diingati adik-adik peserta program ( maaf tak sempat nak tulis nama program ). Juga rakan-rakan maya di Portal Tutor, bloggers dan lain-lain.

Harap maafkan jika ada terkasar, tersalah mentafsir, su'u zon, mengumpat, mengata, memperli dan apa-apa jua perbuatan yang boleh mengundang kemarahan dan terasa hati. Sekian terima kasih. Wassalam

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi (ARAH)
29/09/08
1:53
Previous
Next Post »