#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Matlamat Yang Masih Kabur


Semasa di sekolah rendah, cikgu sering menyoal. " Rasyadan, apa cita-cita kamu bila besar nanti? ". aku memandang kekiri dan kekanan sambil menggaru pada tempat yang tidak gatal. " Saya nak jadi doktor " aku menjawab dalam keadaan 'separuh sedar'. Manakala kawan-kawan yang lain, menjawab dengan penuh keyakinan " Insyaallah saya nak jadi pendakwah (tabligh) ", " Saya nak jadi askar, nak pertahankan negara ", " Saya nak jadi pilot dapat naik kapal terbang ". Sungguh dahsyat cita-cita sahabat-sahabatku. Berbanding dengan diriku seperti lalang. Sekejap kekiri sekejap kekanan tidak ada hala tuju yang jelas.
Ketika di sekolah menengah. Aku teringat apabila ustazah menyoal tentang target untuk PMR. Aku seperti biasa yang sentiasa tidak tahu hala tuju dan juga target untuk berjaya. " Ana target dapat 6A " aku jawab sembil tersengih-sengih macam kerang busuk. Ustazah tersenyum sambil memberi semangat " Anta, kalau nak target sesuatu mesti target paling tinggi, target la 9A " Alhamdulillah aku dapat apa yang aku tidak jangkakan.
Ada satu ketika, hatiku berbisik. " Aku nak jadi penghafaz al-quran ". Aku memang bercita-cita untuk menjadi penghafaz al-quran full-time. Aku mahu keluar dari persekolah, aku ingin menjadi ' budak tahfiz'. Aku sempat juga kumpul duit sendiri untuk masuk tahfiz. Tapi duit itu habis untuk kegunaan lain. Itulah aku. Aku mereka teruja untuk memasuki pusat tahfiz, semasa menunggu keputusan PMR sempat juga berada di Maahad Tahfiz Darul Riyadh, Rantau Panjang. Keinginan bertambah apabila sahabat-sahabat di sana ramai berjaya dalam pertandingan. Farid merupakan johan pertandingan hafazan peringkat antarabangsa kategori 30 juzuk yang diadakan di Mesir. Hakim mewakili Thailand ke peringkat antarabangsa bagi kategori 30 juzuk di Dubai. Arif yang kecil mewakili kelantan bagi kategori 5 juzuk peringkat kebangsaan. Zulkifli yang masyi hafazan johan kategori 30 juzuk peringkat kebangsaan. Kubra, Fidae, syahril dan ramai lagi yang berjaya. Tapi aku? Ada apa pada diriku?
Selepas SPM hatiku ini masih kuat goyah, aku tidak tahu ke mana hala tujuku. Adakah lapangan agama atau lapangan sains yang menjadi pilihan. Pilihanku bukan sahaja untuk diriku, tapi aku juga mesti memikirkan juga selepas aku habis belajar apakah bentuk sumbanganku kepada keluarga, masyarakat dan juga agama. Hatiku kuat berbisik ditambah pula syaitan yang meragukan. Ya allah bantulah hambamu yang daif ini.
Kini, keadaan itu masih lagi terjadi padaku. Bila bersendirian aku suka memikirkan matlamat hidupku. Kepalaku sentiasa memikirkan apa sumbanganku kepada masyarakat sekitar. Adakah sumbanganku sekadar menjadi kebanggaan orang kampung, " Di kampung aku ada seorang mahasiswa Bioteknologi dari USIM " atau sumbanganku menabur ilmu kepada mereka yang dahagakan ilmu agama. Pernah juga terfikir alangkah ruginya jika aku tidak dapat mengajar dan mensyarahkan kitab-kitab agama kepada orang kampung. Tapi aku memang tidak layak. Aku cukup teransang apabila melihat kitab-kitab agama yang dikarang oleh ulama-ulama yang hebat. Fathul Bari, Fiqh islami wa Adillatuh, Sahih Bukhari, Fiqh Sirah, Hikam. Siapa yang tak teringin pergi ke bumi kinanah? Dr Yusuf Qardhawi menyatakan kemuncak ilmu adalah di Mesir. Al-Azhar tentu sekali adalah menara ilmu di bumi. Aku tak nafikan kehebatan ulama di Syria, Dr Said Ramadan dan Syeikh Wahbah yang amat kucintai. Tapi alhamdulillah kehidupan di USIM kadangkala mengubat kesedihanku, aku sempat mengikuti pengajian kitab oleh Dr Zulkifli Al-Bakri dan aku juga sempat memeluk Sheikh Wahbah ketika kunjungan beliau ke USIM.
Mungkin selepas membaca artikel ini, ramai yang akan mengatakan kepadaku, " Walaupun anta berada dalam bidang sains, tapi anta boleh lagi belajar agama, ramai lagi PROTAZ yang berjaya". Memang aku tidak nafikan, tapi bila difikir semula tidak sama orang yang berada betul-betul dalam bidang agama dan juga yang berada di bidang sains sambil belajar agama.
" Alang-alang celup pekasam biar sampai ke pangkal lengan "
Targetku 4 tahun lagi. Insyaallah jika diizinkan Allah. Tapi alangkah indahnya jika tahun ini juga impianku menjadi kenyataan.

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi (ARAH)
29/09/08
1:10
Previous
Next Post »

4 comments

Write comments
Anonymous
AUTHOR
Fri Oct 03, 07:31:00 AM delete

kakak ana pom sm cam anta...
dia amik science tp intrest dlm bdg agma...pndgn ana y fkir dlm ilmu agma ni,ble kte amik kos agma kte dah xleh dlmi ilmu bkaitn sc scr mndlm,tp ble kte amik sc kte ttp bleh dlmi ilmu2 agma scra mndlm..

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Wed Jan 05, 10:35:00 PM delete

ilmu allah itu luas
bahagia org yang cinta pada ilmu

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Wed Feb 23, 09:30:00 AM delete

jannah: apa yg setuju?

Reply
avatar