#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Komitmen


-->
Di sebuah kampung terdapat dua buah keluarga yang hidup berjiran. Keluarga Pak Abu dan keluarga Pak Kamal. Amat malang sekali Pak Abu dan Pak Kamal telah kehilangan isteri. Hiduplah mereka bersama anak-anak mereka. Pak Abu mempunyai seorang anak manakala Pak Kamal mempunyai 4 orang anak.

Pendapatan seharian Pak Abu dan Pak Kamal sama. Masing-masing mendapat RM10 sehari. Kehidupan mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Pak Abu akan membelanjakan pendapatannya RM5 untuknya dan RM5 pula untuk anaknya setiap hari.

Manakala Pak Kamal pula akan membelanjakan RM2 untuknya dan RM8 untuk empat orang anaknya. Begitulah kehidupan mereka.

Pada suatu hari anak-anak Pak Kamal ingin mengadakan mesyuarat tergempar bersama anak Pak Abu bagi membincangkan isu wang yang dibelanjakan oleh ayah-ayah mereka.
Anak-anak Pak Kamal menceritakan wang yang mereka dapat setiap hari manakala anak Pak Abu pun menceritakan wang yang dia dapat setiap hari. Alangkah terkejut anak-anak Pak Kamal apabila mendapat tahu yang anak Pak Abu mendapat RM5 sehari sedangkan mereka hanya mendapat RM2 sehari walaupun pendapatan seharian ayah mereka sama banyak.

Bermula pada hari itu anak-anak Pak Kamal mengadakan protes dan mula mempertikaikan wang belanja yang mereka perolehi dari Pak Kamal setiap hari.

Cerita yang saya ingin sampaikan merupakan analogi bagi seorang yang giat dalam aktiviti persatuan/kelab/organisasi. Sehinggakan masa luang mereka diisi dengan program-program. Kadangkala masa mengulangkaji pelajaran digunakan untuk mengadakan mesyuarat. Bagi yang aktif dalam sebuah organisasi tidak sama dengan yang aktif dalam banyak organisasi. Kerana komitmen yang akan diberikan amat berbeza. Orang yang giat dalam banyak organisasi terpaksa membahagikan komitmen mereka kepada semua organisasi yang mereka sertai manakala orang yang giat dalam sebuah organisasi hanya memberi komitmen kepada sebuah organisasi sahaja.

Kisah Pak Kamal menggambarkan orang yang banyak komitmen sehingga terpaksa mengagihkan komitmennya. Manakala Pak Abu mewakili orang yang tidak mempunyai banyak komitmen. Bilangan anak pula mewakili komitmen. Komitmen yang dicurahkan kepada sebuah organisasi sahaja melebihi komitmen bagi orang yang mempunyai banyak organisasi kerana mereka hanya perlu focus kepada satu perkara sahaja. Peranan bagi orang bawahan apabila mempunyai pemimpin yang mempunyai banyak komitmen, mereka perlu memahami keadaaan/situasi pemimpin mereka dan adakalanya mereka perlu membantu bagi meringankan beban pemimpin mereka bukan hanya sekadar mengkritik.

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi (ARAH)
07/10/08
00:01
Previous
Next Post »