Selepas membaca tajuk di atas, mungkin telah tertulis beberapa persoalan di benak fikiran masing-masing. Kenapa pandangan mata? Ada apa dengan pandangan mata? Dalam surah An-Nur, Allah S.W.T telah memberi perkaitan antara mata dan alat kemaluan.
Melalui pandangan mata, imej yang diproses mampu meransang anggota-anggota lain. Ini menggambarkan pandangan mata amat hebat dan juga amat bahaya. Dalam pengkajian tentang kehebatan dan keagungan ciptaan Allah, manusia memerlukan penglihatan sebagai medium untuk tunduk dan akur akan keagungan Allah, kerana manusia tak mungkin puas dengan hanya sekadar mendengar tentang cantiknya pelangi, luasnya langit, tapi peranan mata adalah amat penting
Dari sudut ikhtilat pula. Ulama telah membahagikan ikhtilat ini kepada Syar'I dan Ngairu Syar'i. Kedua-dua ini bergantung kepada niat dan juga metod. Saya tak ingin mengupas panjang tentang ikhtilat, ini sekadar selingan. Orang yang jahil tak layak berbicara.
Berkaitan tentang pandangan mata, fitrah bagi lelaki ini mereka mudah teransang dengan pandangan, tapi berbeza dengan perempuan yang tidak terlalu mudah teransang dengan pandangan mata.
Tapi persoalan sekarang yang ingin dikupas, adakah setiap pandangan lelaki terhadap wanita berlandaskan nafsu? Jawapannya tentu sekali tidak. Pandangan mata lelaki terhadap wanita ketika berkomunikasi ada dua jenis. Jenis pertama pandangan mata berserta focus. Kedua pandangan mata tanpa focus.
Jenis pertama, pandangan mata berserta focus memberi maksud, seseorang lelaki yang berkomunikasi dengan wanita memandang wanita tersebut sambil memberi focus terhadap wanita tersebut.
Jenis kedua, pandangan mata tanpa fokus bermaksud seseorang lelaki yang berkomunikasi dengan wanita dengan hanya sekadar memandang ( menghadapkan kepala ) kepada wanita tersebut tanpa mata lelaki itu focus kepada wanita tersebut. Ini bermaksud ketika berkomunikasi mata lelaki itu memandang kearah lain walaupun kepalanya menghadap ke arah wanita. Pandangan cara ini tidak kerap dilakukan.
Konklusinya, tidak semua pandangan mata ini beralaskan keburukan. Ini perkongsian dari saya. Jika ada komen atau percambahan ilmu sila utarakan.
Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH )
09/08/08
1:57
Ar-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH )
09/08/08
1:57
Sign up here with your email
2 comments
Write commentsAssalamu'alaikum wbt...
ReplyFii Amaanillah daiman ya Akh!!!
ana nak komen sket je ...
pe mksud ttg ayat enta'ORG YANG JAHIL TIDAK LAYAK BERBICARA'???
Bagi pndangan ana lah,kalau lah smua fikrah dai'e mcm ayat2 enta tue,ana yakin lagi berani mengatakan habislah perjuangan kita...
Actually,tiada yang 'alim tanpa yg jahil...bgitulah sbaliknya..saling berkait rapat dn diri kita sbgai dai'e tidak perlu dn smmgnya tak patut unt mengisytiharkan diri nie jahil...ckup lah unt pgtahuan diri sdiri bg diri mengISLAHkan diri tp bukan unt diuar-uarkan...
Actly,rendah diri dn qono'ah tue mmg baik tp gunalah pada tempat2 yang spatutnya...kerana MELETAKKAN SESUATU YANG BUKAN PADA TEMPATNYA itu adalah takrifan pada ZALIM...konklusinya,enta dh berlaku ZALIM pd diri sdiri...
So that,mmbangun bersama tawaduk untuk Illahi..
skian,hrp mklum n maaf atas kkasaran bhs..
ws
mantap ya akhi...
Reply