#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Kenangan Sepanjang di Tamhidi USIM

Selama setahun berpenat lelah, bersuka ria, keluh resah. Tapi kini aku akan tinggalkan semua kenangan pahit dan manis di Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia. Aku masih ketika dapat tawaran dari USIM, ketika itu aku di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (USIM). Hari berbelah bagi, nak tinggal sayang, nak lepaskan peluang pun sayang. Tapi aku ambil keputusan untuk masuk USIM juga. Majlis perpisahan di KMNS penuh ceria dan hiba, tapi yang menariknya tarikh itu hampir dengan hari lahirku. Dapat la hadiah dari kawan-kawan muslimin dan muslimat ( sebahagian itu JPP ). Aku sentiasa ingat kamu semua. Perjuangan di KMNS sangat manis.

Bila masuk USIM, kawan-kawan ajak pergi masjid, tapi yang peliknya di USIM tiada masjid, jadi solat di Masjid Putra Bandar Baru Nilai. Memang seronok solat di Masjid BBN, selain pengisian rohani aku juga dapat sahabat-sahabat yang cintakan masjid. Aku cintakan mereka yang cintakan masjid

" Tujuh golongan dinaungi Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan Allah. 1 Pemimpin adil 2 Pemuda yang sentiasa beribadat 3 Pemuda yang hatinya terikat kepada masjid 4 Orang yang berkasih sayang kerana Allah dan berpisah kerana Allah 5 Orang lelaki yang digoda untuk maksiat oleh perempuan yang kaya dan cantik tapi ditolak dengan berkata : Aku takut kepada Allah 6 Orang yang bersedekah dengan tangan kanan tapi tangan kirinya tidak tahu (sembunyi ) 7 Orang yang berzikir kepada Allah bersendirian sehingga bercucuran air matanya." ( HR Bukhari Muslim )

Apabila hari kuliah aku berasa takut dengan beberapa orang pensyarah, dari segi gaya dan tingkah laku mereka sangat mengerikan aku. Tapi lama kelamaan rupanya mereka amat baik sekali Cuma gaya mereka sahaja nampak garang. Tapi jasa Cikgu Abdul Rahim Omar atau ARHO memang tak terbalas, beliau banyak menolong aku dan pelajar lain.

Apabila masa nak balik kampung ( Kelantan ), kena la urus bas, first time urus memang kalut, walaupun sebelum itu aku dah beberapa kali urus bas untuk program sama ada jarak dekat atau jarak jauh tapi terasa kekok juga. Bantuan sahabat-sahabat amat kuhargai. Aku tak tahu hendak balas dengan apa, urus bas masa Tamhidi memang aku tak mengharapkan untung, kadang-kadang ada juga senior suruh caj mahal sedikit, tapi bila fikirkan 'ukhwah' anak-anak kelantan, biarlah dahulu. Aku sedari ada juga segelintir yang tidak suka, itu aku tidak kisah sebab dah lali dengan perkataan 'anti'. Sebab mereka tak faham situasi sebenar, tak perlu aku beritahu di sini, cukuplah aku seorang sahaja yang tahu.

Masa semester satu aku agak malu dan kekok untuk bergaul dengan rakan kuliah, lelaki dan perempuan dari pelbagai negeri. Tapi mereka sangat baik. Subjek yang aku paling suka ialah Studies Of Quranic Ayat And Hadith On Science. Subjek itu memang best. Walaupun subjek itu sudah tidak diajar tapi aku masih membacanya. Kerana apabila kita mengkaji al-quran kita akan temui hidayah dan makrifah. Tambahan pula diri aku ini masih jahil bidang agama bidang sains pun jahil juga.

Bila masa Fizik itulah masa yang tak mengantuk, lawak Mr ARHO memang tak pernah 'basi' ada je isu, gossip, topic, gelaran yang baru. Sesiapapun tak terlepas, banyak sangat lawak beliau. Tapi yang paling teruk kena mestilah Hindraf. Sorry aku mengumpat kau Adi.
Kafe kedua ialah bilik Mr ARHO sendiri. Memang sesak budak-budak dalam biliknya. Banyak makanan dan pelbagai jenis, sesiapa masuk memang tak lapar. Stok makanan untuk seminggu.

Dalam bilik tutorial, kalau aku keseorangan aku senyap. Tapi bila ramai mula la bising. Kami selalu saling kenakan satu sama lain, memang tak habis. Kawan lelaki dan perempuan semua baik-baik, hasil asuhan dari sekolah lagi.

Yang bestnya apabila ada jamuan, perayaan selalunya kami makan bersama, ada sekali semasa deepavali buat jamuan makan. Tapi yang best jamuan makan malam setiap minggu beserta solat hajat, acara itu diadakan secara bergilir-gilir rumah. Memang seronok bila ingat balik. Ukhwah kami semakin kuat. Ingat lagi, setiap rumah mesti ada orang tumpahkan air, tapi rumah aku pecah rekod tak ada air tumpah. Selain makan, kami saling memberi peringatan. Aku juga risau jika aku turut lagho.

Tamhidi sains teknologi ada buat rehlah Kembara Dimensi dekat dusun eco resort. Memang seronok, tapi malangnya dapat gelaran daddy cool pula. Sebelum pergi rehlah, memang banyak kerenah dan masalah. Masalah kewangan, ada yang tak nak pergi, lambat , destinasi yang nak dituju. Tapi alhamdulillah dapat capai kata sepakat akhirnya. Yang ikut sekali rehlah Mr ARHO sekeluarga, Miss Afzan, Cik Latipah dan Ustz Manan.

Macam-macam aktiviti sepanjang tamhidi, pergi main kat kampus, pergi shopping kat Nilai 3, pergi dengar ceramah Darus Syifa kat Masjid BBN, Majlis solat hajat. Nak ceritakan semua memang tak dapat. Biarlah kenangan ini disimpan. Aku rasa sedih hendak berpisah dengan rakan-rakan, tambahan pula bila nak naik bas balik kelantan, mungkin rakan-rakan ( perubatan dan pergigian ) tak balik bersama. Tapi insya allah kita dapat jumpa lagi. Aku minta maaf jika buat salah.




Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi
20/06/08
00:20
Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Ms.na
AUTHOR
Tue Jul 08, 10:00:00 PM delete

Tamhidi is just a beginning. Take each challenge with determination and patience as for sure there’ll be success at the end.

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Fri Aug 01, 10:01:00 AM delete

friends forever..ukhuwwah fillah abadan abada...

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Thu Nov 03, 10:09:00 PM delete

Assalamualaikum, akhhi, sy fiza dr sarawak. nak tanya, program tahmidi ni kena ada STAM ke? n kalau dah habis tahmidi tu terus ambil degree ke??

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Sun Nov 06, 03:03:00 PM delete

waalaikummussalam wbt ukhti.. program tamhidi memerlukan sijil spm (sama macam matrikulasi) cuma syaratnya ada bahasa arab tinggi dan PQS, PSI. habis shj tamhidi terus masuk degree di USIM. nk detil mkulamat boleh bncg. hntrkan emel ke
fstusim@gmail.com
www.fst-usim.blogspot.com

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
Mon May 20, 07:49:00 AM delete

salam akhi...
kalau saya ambik tamhidi usim, saya memang kena sambung degree kat usim ke? atau boleh ke saya sambung degree kat tempat lain?

syukran jawabkan :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
Mon May 20, 05:43:00 PM delete

ws. ya, memang sambung di usim. lebih terjamin. utk sambung ke tempat lain kena tgk kpd 'syarat' U lain sama ada mrk iktiraf tamhidi usim atau tidak. sbm ni ada je yg smbung ke tempat lain

Reply
avatar