#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Misi Dakwah Ke PERNIM

Penantian sudah berakhir. Kegembiran jelas terpancar dengan lebarnya senyuman. Destinasi yang ingin dituju sudah berada di hadapan mata. Hanya tunggu kaki dan tangan untuk bergerak. Selepas memunggah barang-barang dari bas, kami terus menuju ke rumah keluarga 'besar' Persatuan Kebajikan Anak HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia ( PERNIM ). Tiba-tiba seorang wanita senyum kepada kami dan mempelawa masuk. Mama itulah panggilan kepada beliau.
Kami disambut dengan mesra. Anak-anak di situ juga mesra menyambut kami, seolah-olah kami adalah keluarga mereka. Kemesraan pantas bertaut.
Penerangan ringkas disampaikan oleh mama sendiri, sebak dan linangan air mata menghiasi suasana hiba ditambah pula dengan 'soundtrack' bersama-mu nyanyian Jac. Betapa besar pengorbanan beliau untuk membesarkan anak-anak HIV/AIDS, anak buangan untuk dijadikan manusia berjaya.
Misi kami di sana iaitu selama 4 hari sahaja ( 11, 12, 13, 14 Jun 2008 ) iaitu selepas 'bertapa' di Kem Jugra Banting ( 8, 9, 10, 11 Jun 2008 ). Jadikan masa yang singkat perlu dimanfaatkan semaksima mungkin. Selepas mengetahui serba sedikit latar belakang PERNIM dan anak-anak disitu, misi dan visi kami kian jelas, semangat semakin berkobar. Pengisian dan modul yang dirancang terpaksa diubah bersesuaian dengan masa dan keadaan adik-adik di sana. Mereka sudah mempunyai jadual harian yang ketat jadi kami tidak boleh sewenangnya mengganggu jadual mereka.
Usia adik-adik di sana antara 3 tahun sehingga 14 tahun. Sejarah sebelum ini, ada yang dewasa tapi membawa masalah kepada PERNIM. Dulu ada perempuan mengandung hasil penzinaan tetapi kerana tidak serik dengan perbuatan maksiat, dia tidak dibenarkan lagi tinggal di PERNIM. Adik-adik di sana ada yang dari keluarga masalah, pelacur, kaki botol dan 1001 masalah. Tapi dari raut wajah mereka setitik noda pun tidak terpancar. Apakah dosa mereka? Kerena nafsu mereka yang menjadi mangsa?
Adik-adik di sana amat dahaga kasih saying ini dibuktikan apabila mereka teringin memeluk kami. Ada yang tidak mahu melepaskan dakapan sehingga saya terpaksa menggunakan taktik orang sakit ( menipu budak-budak ). Adik-adik disitu terlalu aktif dan ini amat kontra dengan penerangan yang diberikan sebelum ke PERNIM. Walaupun kehidupan mereka tanpa ibubapa, tapi mereka mempunyai satu keluarga 'besar'. Mereka mempunyai mama, papa dan abang2, kakak2, adik2.
Didikan yang diberikan membawa mereka dari alam yang gelap kepada alam kejayaan. Jika dulu mereka tinggal di Chow Kit tapi sekarang mereka menuju menara gading. Jika dulu mereka buta huruf sekarang mereka sudah mengenal huruf. 40 orang anak-anak ini hidup dengan harmonis dan disiplin yang terpuji. 2 orang lagi berada di hospital kerana menghidap AIDS iaitu hafiz dan Murni. Murni 7 tahun asal kelantan keadaannya agak teruk. 2 orang lagi menghidap HIV tapi berada di rumah PERNIM kerana keadaan mereka tidak teruk malah aktif. Yang menyedihkan, ada dari kalangan mereka sebelum ini tinggal di gereja dan diresapkan doktrin kristian, tapi mujurlah PERNIM bertindak mengeluarkan mereka.
tidak perlu saya ceritakan semuanya kepada anda semua. Ransangkan deria, cetuskan idea, gerakkan anggota dan buka iman, tujulah ke rumah PERNIM untuk mengetahui keadaan sebenar mereka. Mereka memerlukan kita, kerana kita dianggap bertuah berbanding mereka. Tapi kita lemah dari segi nilai kemanusiaan. Bantulah mereka. Mereka amat mengalukan kehadiran kita semua




Pusat Perlindungan PERNIM
Lot 47, 46, 45, Jalan 47,
Kampung Cheras Baru
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-42950775
Fax: 03-42951079
Mobile Fax: 017-8774444
www.pernim.com

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi
23:22
18/06/08
Previous
Next Post »

2 comments

Write comments
Sun Jun 22, 02:42:00 AM delete

hoho..berkesan naa taktik buat2 sakit tu..

Reply
avatar
Sun Jun 22, 02:42:00 AM delete

hoho..berkesan naa taktik buat2 sakit tu..

Reply
avatar