Wednesday, June 04, 2008

Quran Saintifik Siri 1 : Kelebihan Bangun Awal Waktu Pagi

"Bangun!! Bangun!! Dah nak masuk subuh." Begitulah rutin seorang AJK Asrama Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz, Maahad Muhammadi ( Lelaki ). Tugas sememangnya dipertanggungjawabkan kepada setiap AJK. 

Bila nafsu berbisik tugas ini sebagai satu beban, tetapi iman berbicara ini amalan yang sangat mulia. Tugas ini nampak mudah, tapi berapa ramai orang yang mampu lakukan. Apabila melihat budak-budak liat nak bangun, irama mula berubah " Bangun, bangun wahai saudaraku, ahli syurga tidak pernah lena " berteriak sambil mengetuk pintu setiap bilik. Tugas ini tak patut dimatikan setakat di sekolah, di universiti pun perlu diwujudkan. Pelajar-pelajar universiti selalu tidur lewat malam, jadi nak bangun tu susah sikit.


Dirikanlah shalat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan subuh . 
Sesungguhnya shalat subuh itu disaksikan .

Al-Isra' – 78

Demi fajar.Dan malam yang sepuluh
Al-Fajr – 1,2

Sabda Nabi SAW "Dua rakaat solat fajar lebih baik daripada dunia dan seisinya " riwayat imam bukhari

Sesungguhnya hikmah allah dalam segala suruhan, larangan dan pada arahan supaya meninggalkan sesuatu mempunyai hikmah tersendiri tanpa disedari atau tidak disedari.
Tidak ada pada setiap yang ditaklifkan kecuali untuk membawa kepada kebaikan.

Hikmah bangun pada waktu pagi melambangkan kepada kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan. Ini selaras dengan moto perjuangan "Amirul Mukminin " Malaysia iaitu Cemerlang, Gemilang, Terbilang. Hanya orang mukmin sahaja yang dapat merasai hikmah ini.

Ilmu sains moden telah menenui dan mengakui tentang kelebihan bangun awal di waktu pagi.

Nabi S.A.W tidur awal pada waktu malam dan bangun awal pada waktu pagi, baginda juga tidak berjaga malam selepas isya' kecuali untuk menyampaikan majlis ilmu bersama para sahabat yang dikasihi.

Solat Sunat Pada Waktu Malam

" Bangunlah di malam hari , kecuali sedikit, "
Al-Muzammil - 2

Menunaikan solat dua rakaat pada waktu malam ialah satu persediaan untuk menghadapi kesunyian di dalam kubur kelak. Sabda Rasul junjungan mulia:

"Tunaikanlah solat dua rakaat dalam kegelapan malam demi kesunyian di dalam kubur"

Sembahyang malam hebat kesannya kerana ia membekalkan potensi dan daya juang yang tinggi dalam jiwa orang mukmin. Benarlah firman Allah S.W.T:

" Sesungguhnya jiwa ( orang ) yang terbentuk pada waktu malam itu lebih mantap ( keperibadiannya ) dan lebih jitu kata-katanya "
Al-Muzzammil - 6

Kajian sains terhadap kelebihan bangun awal pada waktu pagi untuk kesihatan jasmani
1) Sains menyatakan kandungan gas ozon dalam udara pada waktu pagi adalah tertinggi berbanding pada waktu lain. Gas ozon amat penting untuk tubuh badan. Kesannya untuk kesihatan adalah amat baik, ini lebih baik jika seseorang itu menunaikan solat subuh di masjid, semakin jauh masjid maka semakin baik. Ganjaran pahala pun bertambah. Insyaallah

2) Kandungan ' al-kartozon' dalam darah adalah tertinggi pada waktu pagi sebelum matahari terbit. 'Al-kartozon' baik untuk badan yang mengaktifkan sel dalam badan, dan juga menambahkan kandungan gula dalam darah.

3) Bangun awal di waktu pagi dapat mencegah daripada penyakit hati.

4) Membantu membekalkan kandungan vitamin untuk tubuh badan.

5) Membantu dalam membekalkan tenaga, mencergaskan tubuh badan

Kesihatan tubuh badan akan dirasai oleh orang yang sentiasa bersolat, orang yang menjaga solat subuh, tahajjud, tidur yang sedikit memberi kekuatan dan tenaga yang berterusan. Ini dapat menyangkal dakwaan bahawa tidur yang banyak/lama dapat memberi kekuatan dan kesihatan.

"Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka."
Al-Furqan – 64

"Di dunia mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam. Dan selalu memohonkan ampunan diwaktu pagi sebelum fajar."
Al-Dzaariyat – 17,18

Ganjaran dan keampunan yang dikurniakan kepada sesiapa yang bangun awal pada waktu pagi:
Pertama: akhirat- diganjari pahala oleh Allah
Kedua : dunia- dikurniakan kesihatan, dibekalkan tenaga, kekuatan, kecergasan, terhindar daripada penyakit

" Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu 
ke tempat yang terpuji."
Al-Isra' - 79

Al-Faqiru Ilallah:
Ar-Rasyadan Al-Haqqi ( ARAH )
02/06/08
16:02

Sumber rujukan:
1) Studies Of Quranic Ayat And Hadith On Science, Tamhidi Of Science And Technology, USIM
2) Tafsir Al-Quran
3) Qawarib Al-Najat Fi Hayat Al-Du'ah ( Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah oleh Ustaz Fathi Yakan )

p/s: ' al-kartozon' ana tidak tahu ejaan yang betul, sesiapa yang mengetahui sila emel kepada ana atau komen.

0 comments: