#Hartanah #Takaful #Makanan

#Hartanah #Takaful #Makanan
hi morning

Tangan Kebatilan VS Suara Kebenaran

Tangan kebatilan terus tertegak dengan angkuh penuh takbur. Watak-watak kebatilan semakin melampau dengan si algojo tanpa belas kasihan mendera dan menyeksa mangsa yang tak berdosa. Bagaikan sang singa gila yang kelaparan membaham mangsa. Mangsanya meraung dan merintih di palang besi yang kukuh.

Palang-palang besi, dinding batu menjadi saksi kekejaman tangan kebatilan. Makin dilawan makin galak membaham mangsa. Darah suci mengalir dari tubuh yang lemah. Darah itu menjadi tontonan tangan kebatilan tanpa setitik kemanusiaan. Hanya janji rabbi sebagai peniup semangat.

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." ( Surah Al-Ankabut: 2,3 )

Tangan kebatilan berselindung di sebalik kuasa demokrasi. Laungan kata-kata manis penuh sandiwara memikat hati sang jahil. Tanpa menghiraukan kebenaran yang semakin jelas terpapar. Ramai yang teruja dengan slogan tersebut. Bagaikan mendapat seorang ketua yang telus adil lagi saksamana.

Suara kebenaran tak mudah menyerah kalah. Demostrasi, Aktivisme, Reformasi menjadi senjata untuk melawan jentera milik tangan kebatilan. Berbekalkan senjata tersebut tak mungkin dapat mengalahkan sang kebatilan tanpa pertolongan Allah. Munajat dan tawakkal dijadikan usaha terakhir bagi memastikan kejayaan di pihak yang benar.

“Negara Islam” dijaja. Hati-hati yang telah buta mengiyakan segala perbuatan batil. Kerana mata keduniaan semakin bersinar-sinar. Iman terus dilempar. Seolah-olah tak memberi erti kepada kehidupan yang fana ini.

Pak turut, Kaki ampu menjulang sang 'tangan kebatilan'. Mengharapkan wang sebagai upah menyokong. Golongan agama juga tak mungkin terlepas dari sang kebatilan. Mereka ini dijadikan boneka bagi melawan kebenaran. Boneka-boneka ini menjadikan isu agama sebagai alas untuk menghentam golongan ulama pewaris nabi. Dahulu sang boneka ini bukan main mempertahankan kesucian islam. Tapi bila ditaburkan wang, emas, perak, kejahatan itu dielokkan. Bila mulut mempertahankan islam sedangkan hati penuh dengan keduniaan, semua kebatilan adalah entang. Fenomena ini enigma bagi golongan masyarakat yang baru mengenali islam.

Ahli-ahli agama bercakaran sesama sendiri. Satu pihak berada pada kebenaran. Yang satu lagi berada pada kebenaran yang direka-reka. Isu-isu furu’ dijadikan topik perbahasan, isu pokok yang telah rosak diketepikan.

Sang tangan kebatilan tersenyum melihat senario ini. Mungkin ini matlamat mereka. Ahli agama berbalah sesama sendiri. Perbuatan jahat tangan kebatilan ditutup rapat oleh boneka-boneka yang telah diikat dengan jarum metarial.

Suara kebenaran menderita menunggu pertolongan Allah,
“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.” ( Surah As-Saff: 10,11 )

Pasti, suatu hari nanti 'tangan kebenaran' akan muncul. Dan tangan kebatilan akan hancur malah suara kebatilan juga tak mungkin wujud. Generasi sekarang perlu dilatih dan dididik supaya menjadi generasi tangan kebenaran yang akan menjunjung daulah islamaiah. Meruntuhkan tembok kebatilan. Semarakkan perjuangan kalian. Bermula sekarang. Bukan hari ini, bukan esok tapi sekarang.

Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. ( Surah As-Saff: 14 )

“Di sana suara kebenaran akan terserlah dan suara kebatilan akan malap, setiap kebatilan pastinya akan runtuh.”

- Syair Arab yang bertajuk ‘Nihayah’ atau Kesudahan

Ibnu Hussin Al-Kelantani
www.rushdunk.blogspot.com
Previous
Next Post »